Baru-baru ini berlangsung sesi uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019, yang mana uji bakat ini bertujuan untuk mencari pelapis pelakon-pelakon yang sedia ada pada hari ini.
Selama lima tahun DFKL mula diperkenalkan sejak tahun 2014, pada sesi uji bakat kali ini ada pula seorang juri DFKL yang tidak mahu peserta uji bakat datang menyertai DFKL kalau tidak mempunyai rupa paras yang cantik dan kacak.
Perkara ini dinyatakan oleh penerbit, A Aida Production atau nama sebenarnya Zaidah Awang.
Hanya Bazirkan Masa Kalau Tak Ada Rupa
Aida berkata setiap peserta yang hadir harus mempunyai pakej yang lengkap dan menarik. Bakat itu boleh digilap tetapi rupa juga amat penting.
Maknanya kalau tak ada pakej yang lengkap, lebih baik jangan datang dan juri itu mahu perserta yang tiada rupa ini cermin diri dahulu sebelum datang.
Ada seorang peserta yang datang untuk uji bakat setiap tahun sejak 5 tahun lalu tetapi tidak diterima kerana tidak mempunyai pakej yang menarik.
Duta DFKL Nak Macam Remy Ishak
Nak diangkat menjadi duta DFKL ini, memang sah-sah kami mahukan rupa yang macam Remy Ishak, Syafiq Kyle.
Kata Aida lagi dia tidak mahu peserta yang ‘gagal’ itu terus berharap. Nak cakap tak kacak tak sampai hati pula tapi demi untuk memberi mereka faham, sudah-sudahlah!
Ada yang datang tidak mempunyai rupa atau penampilan tetapi keyakinannya yang sangat tinggi. Sehinggakan dia tidak tahu bagaimana nak memberitahu perserta-peserta tersebut supaya tidak buang masa datang ke uji bakat ini.
Jadi Pelawak Bukan Pelakon
Mungkin agak mengguris hati juga kenyataan ini tetapi itulah yang diungkap Aida bahawa kalau ada bakat tetapi tiada rupa mungkin mereka boleh mencuba untuk menjadi pelawak dengan menghadiri uji bakat program-program realiti komedi seperti Bintang Mencari Bintang.
Sepatutnya peserta harus mencerminkan diri mereka terlebih dahulu dan tidak terlalu yakin dengan rupa paras mereka.
Aida mahu perserta yang tidak mempunyai rupa ini untuk ‘move on’ sajalah daripada erus berusaha untuk menyertai DFKL sebab memang mereka ini tidak akan dapat sertai DFKL.
Kadang kala dia pun pening nak cakap macam mana lagi waima nak menolak untuk mereka menjadi pelakon ekstra pun tidak lepas.
Bakat Lebih Berharga Walau Ditelan Usia
Walaubagaimanapun, nampaknya ramai artis yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Aida yang menyatakan bahawa dunia lakonan hari ini mementingkan rupa paras yang elok sahaja.
Pelakon Fauziah Ahmad Daud menempelak Aida dengan berkata, dia tidak perlu mengeluarkan kenyataaan sedemikian jika tidak memahami “rukun lakonan.”
Katanya, industri hari ini perlukan bakat seseorang yang tulen dan bakat itu akan digilap sehingga ia berharga, bukan kerana rupa.
Dan Que Haidar juga membidas kenyataan Aida mengatakan jangan sibuk membuat duit.
Katanya, Aida mungkin lupa bahawa rupa paras pun boleh ‘digilap’ untuk memenuhi citarasa masyarakat zaman sekarang ini serta rupa paras tersebut akan di telan usia. Tambahan pula, setiap hari ada sahaja muka-muka baharu yang akan muncul dalam arena seni negara.
Tetapi bakat serta seni ilmu lakonan yang sebenar akan terus kekal walau sudah ditelan usia.
Buat Ujibakat Cari Rupa Elok
Pelakon dan juga Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2015, Beto Kusyairy secara sinis berkata dengan keutamaan pada fizikal dan rupa, sesuatu sesi pemilihan tidak wajar lagi diberi nama uji bakat.
Katanya di Twitter, sepatutnya terma uji bakat itu diubah kepada uji helok, baru betul.
Artis Lain ‘Troll’ Kenyataan Aida
KATA ORANG
Ya betul tapi tak semestinya juga yg ada rupa berlakon kayu, yg takde rupa berlakon tak kayu. Kalau anda baca full thread ni anda akan faham apa itu duta (personaliti) & pelakon (boleh berlakon & ada karisma).
— Rewan Ishak (@rewan_ishak) March 13, 2019
Dekat malaysia, ada rupa kau boleh jadi artis. Even berlakon kayu, bakat entah pape. Huhuhu contoh macam daler. Ada rupa tapi berlakon 👎 kehadiran dia dalam industry pun tak bawa apa manfaat.
— J A T S (@twcpnk) March 12, 2019
Bukan nak cakap apa. Tapi aku mmg dah bpe tahun pegi tgk ujibakat DFKL ni. Juri mojority semua sama je. Pilih rupa dari bakat. Org yg tak ada bakat berlakon pun tapi muka lawa kemain "you try act mcm ni. You try act mcm tu. Tp yg tak ada rupa terus "cut!" 😒
— N A J L A A (@NajlaaDelaila) March 12, 2019
Hahahaha cari yg ada rupa eh..tak flexible la mcm tu..nnt berlakon kg muka still nmpk bandar..jadahnya..
— Akim Asri (@_akimasri29) March 12, 2019