Baru-baru ini, telah berlangsung Debat Piala Tun Razak 2019 bagi kategori bahasa Inggeris yang diadakan di Sekolah Dato’ Abdul Razak yang mana ia menimbulkan kontroversi apabila pihak penganjur memberi tajuk homeseksual, dengan mengatakan bahawa ‘Islam tidak menghalang homoseksual’ dan ‘Penulisan Semula Al-Quran’.
Dalam pertandingan tersebut, pelajar yang beragama Islam perlu membuat hujahan berkenaan tajuk yang diberikan itu namun, Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dilihat telah menarik diri dari menyokong topik tersebut.
Cetus Rasa Kurang Senang Pelbagai Pihak
Susulan itu, ramai yang menggesa agar Kementerian Pendidikan mengambil tindakan terhadap pihak penganjur dengan segera untuk dijadikan pengajaran kepada semua pihak supaya sentiasa menjaga sensitiviti beragama di Malaysia.
Dalam masa yang sama, Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar juga sangat kesal dengan pemilihan tajuk debat berkenaan yang langsung tidak memberi sebarang pertimbangan menjaga sensitiviti beragama di Malaysia apatah lagi ianya dianjurkan oleh orang Islam sendiri dan disertai oleh orang Islam juga.
Katanya, tajuk yang diberikan penganjur boleh menjejaskan akidah apabila suatu pihak terpaksa menyokong atau menentang tajuk itu.
Tidak kurang juga, rata-rata ibu bapa turut menyatakan kekesalan mereka dengan pemilihan tajuk sebegitu yang tidak wajar dilakukan di peringkat sekolah.
Pengajur Mohon Maaf
Atas insiden yang berlaku, pihak Jawatankuasa Piala Tun Razak 2019 telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dan memberi penjelasan kepada pihak terlibat terhadap apa yang berlaku.
Dalam kenyataan itu, mereka turut menjelaskan mengenai kontroversi yang berlaku yang mana isi penjelasan itu sama sekali beralaskan ‘hypothetical motion’ yang mana usul yang diminta untuk dibahaskan oleh pendebat pelajar hanyalah sebagai ‘gambaran dalam sebuah dunia imaginasi di mana Muslim boleh mereka versi baru Al-Quran seperti mana yang wujud dengan pelbagai versi kitab Bible iaitu (Protestan, Catholic dan Ortodox).
Walaupun hanya imaginasi sekalipun, apa yang dilakukan penganjur ini seolah-olah ada agenda untuk menormalisasikan budaya homoseksual di negara ini.
Perlu Lebih Sensitif
Apa-apa pun, dalam isu ini, pihak penganjur wajar dikenakan tindakan tegas kerana telah sengaja menggugat sensitiviti agama Islam dalam sesebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.
Sudah terang dalam Islam, budaya homoseksual adalah bercanggah, jadi mengapa ia perlu diperdebatkan dan memaksa pelajar untuk menyokong atau menentang tajuk itu?
Sekalipun pihak penganjur menggunakan hujah hak asasi manusia dan hak bukan Islam, ternyata perkara ini bercanggah dengan fitrah dan tamadun manusia dan tidak pernah dibenarkan dalam sejarah mana-mana agama di dunia.
Banyak lagi tajuk lain yang lebih ilmiah, boleh diperdebatkan selain daripada tajuk yang boleh mengundang kontroversi dan tidak sesuai untuk diperdebatkan oleh pelajar-pelajar sekolah.
KATA ORANG
Ini untuk agenda normalisasi dan sangat tidak wajar dikenakan kepada pelajar agama (ia seakan membuli dan mendiskriminasi).
— Faizal Riduan (@faizalriduan) October 15, 2019
Jika hendak berikan nilai akademik tajuk yang wajar ialah:
“LGBT Adalah Hak Asasi Manusia”
“Homoseksual Ialah Sebahagian Penyakit Mental”
cantas semua anasir² yg menormalisasikan perbuatan mazmumah walaupun "hypothetical". Malu siot aku bce "PIALA TUN RAZAK" ade tajuk mcm ni.
— Hafiz Abu Tahir (@HafizAbuTahir) October 15, 2019
Paling celaka bila letak hypothetical motion “rewrite Quran”
— John Starch (@Schxtsss) October 15, 2019
Bodohnya tajuk.
— Erichaikal (@AnakPuanRokiah) October 15, 2019
Untuk debat piala tun razak ni siapa yang bagi idea untuk usul homoseksual tu? Isu yang bagus tapi usul tu tak sesuai la especially untuk pelajar sekolah. Punya banyak isu ekonomi,pendidikan,kesihatan.
— mileychan loves joel matip (@kekli_) October 15, 2019