Seorang wanita berusia 60 tahun mengadapi ‘simptom patah hati’ selepas tersalah memakan wasabi yang disangkanya adalah Avokado.

Sumber: Suratkabar.id

Memetik laporan BMJ Case Report, wanita warga emas itu telah makan wasabi dalam jumlah yang banyak.

Wasabi biasanya dimakan bersama sushi, namun kerana warna dan struktur wasabi seperti Avokado , wanita berkenaan terus memakannya tanpa merasa dan menghidu terlebih dahulu.

Menderita ‘Cardiomyopathy Takotsubo’

Menurut doktor yang merawat wanita itu, melalui pemeriksaan elektrodiogram (ECG) mendedahkan wanita itu menghadapi simptom patah hati ini atau ‘cardiomyopathy takotsubo’.

 

Sumber:ME Conferences

Keadaan itu ditakrifkan sebagai gangguan sementara fungsi pam jantung normal di satu bahagian jantung. Ia biasanya berlaku oleh tekanan emosi atau fizikal melampau seperti kematian orang tersayang atau kemalangan. Kebanyakkan yang terkena adalah mereka yang berusia 50 tahun ke atas.

Ini adalah kes pertama kali berlaku yang didorong oleh pengambilan makanan semata-mata. Pernah ada kes-kes yang berkaitan dengan makanan sindrom ini dikaitkan dengan anafilaksis, tindak balas yang teruk.

Kesan Buruk Wasabi

Tahukah anda Wasabi yang dimakan secara berlebihan boleh menyebabkan maslah kesihatan kepada tubuh badan anda?

Sumber: Ilimunisasi

Lebihan tumbuhan ini boleh menyebabkan kerosakan hati. Ini adalah kerana akar sayuran mengandungi komponen kimia yang dipanggil hepatotoxin, yang tidak menimbulkan bahaya dalam dos kecil. Walau bagaimanapun, lebihan bahan ini membawa kepada hakikat bahawa dia tidak mempunyai masa untuk diproses di dalam badan, yang menjejaskan kerja hati.

Sumber: GM Journal

Perasa ini boleh menyebabkan reaksi alahan, terutamanya pada orang-orang yang mencuba untuk kali pertama.

Sekiranya anda mempunyai alergi, semasa hamil atau menyusu, anda harus berunding dengan doktor tentang kemungkinan memakan wasabi.

Wasabi Boleh Cegah Kanser

Sumber freeconsumerreviews pula mendedahkan wasabi mempunyai kesan baik untuk tubuh  badan. Ini kerana enzim blok isothiosianat yang menukarkan sebatian pramatang ke dalam sebatian karsinogenik, yang dikenali sebagai enzim fasa I.

Sumber: Google

Isothiocyanates mengaktifkan enzim hati dan mengeluarkan bahan penyebab kanser sebelum menyebabkan kerosakan kepada badan.

Sumber: BEBAS LEUKIMIA

Menurut kajian tahun 2002, isothiocyanates menghalang perkembangan sel-sel yang menyebabkan leukemia. Satu lagi kajian di Jepun pada tahun 2005 menunjukkan bahawa sebatian wasabi menghalang pertumbuhan sel-sel kanser payudara, yang merupakan penyakit yang sangat biasa di dunia.

Satu kajian dalam American Journal of Nutrition Nutrition menyatakan bahawa penggunaan wasabi secara teratur dapat mengurangkan peluang untuk membangunkan banyak jenis kanser yang berkaitan dengan sistem pencernaan, kerana tumbuhan ini mengandungi sebatian anti-kanser yang sangat kuat.

Wasabi Dan Sushi

Di Malaysia restoran berasaskan sushi memang sudah banyak dan tidak pernah putus menerima pelanggan. Makanan tradisi Jepun sudah dikenali dengan rakyat tempatan, tidak kira muda atau tua.

Sumber: Kompas.com

Seperti yang kita tahu, adab orang Jepun sangat tinggi dan teratur. Dalam apa jua keadaan kesantunan menjadi aspek utama.

Sumber: Traveloka

Penggemar sushi mungkin tahu cara untuk makan makanan Jepun itu, pastinya ada dua perasa yang mereka gunakan, kicap dan wasabi.

Bagi yang gemarkan kepedasan, wasabi adalah pilihan mereka untuk makan bersama sushi sebagai pengikat selera mereka.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Sebagai penggemar makanan Jepun, adakah wasabi ini wajib di makan dengan sushi?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN