Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Begitulah pengakhiran kehidupan kita sebagai insan yang bergelar manusia. Cuma bagaimana pengakhiran hidup kita, tidaklah dapat dipastikan. Apa yang boleh kita harapkan adalah kematian kita adalah dalam keadaan Husnul Khatimah (kematian dalam kedaan baik).

Memandangkan artikel ini bercerita soal kematian bukan bermakna ingin bercerita mengenai peristiwa-peristiwa ngeri ataupun perkara yang menyeramkan. Namun ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai perkuburan. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat kawasan perkuburan terbesar di dunia. Besarnya kawasan perkuburan ini bak kata pepatah seluas mata memandang.  

Sumber: Sakshi News

Wujud 1,400 Tahun Lalu

Kawasan perkuburan tersebut ialah Perkuburan Wadi Al-Salaam yang terletak di wilayah Najaf, Iraq. Memetik laporan Mynewshub, Wadi Al-Salaam merupakan satu-satunya tanah perkuburan di dunia dengan proses pengebumian yang masih berterusan semenjak 1,400 tahun yang lalu sehingga ke hari ini.

Kata Wadi dalam bahasa Arab bererti banjir dan lembah antara dua gunung. Al-Salam pula adalah salah satu nama Allah yang dalam bahasa Arabnya bermakna “selamat dari bencana dan malapetaka.

Dengan 50,000 jenazah disemadikan setiap tahun, dan kawasan seluas 1,485 ekar, adalah satu cabaran bagi waris yang ingin menziarahi kubur ahli keluarga atau saudara-mara. Untuk mengenali kawasan pun sudah memakan masa. Belum lagi diambil kira dengan kubur-kubur asal yang berjumlah sekitar lima juta.

Boleh dikatakan kawasan Najaf dihuni oleh majoriti ahli kubur berbanding penduduk setempat yang hanya sekitar 600,000 orang.

Namun begitu, disebabkan pergolakan politik dan perang saudara yang berlaku di Iraq ketika ini, jumlah mangsa yang terkorban dalam peperangan menentang militant Daesh semakin meningkat.

Sumber: Lucie Azema

Golongan Nabi, Sahabat Dan Raja Turut Disemadikan

Untuk pengetahuan semua, kawasan perkuburan ini turut menjadi persemadian tokoh-tokoh penting termasuklah beberapa orang nabi, raja, sultan serta sahabat nabi. Antaranya ialah Nabi Hud, Nabi Saleh, Ayatullah Sayyid Muhammad Baqir al-Sadr serta Saidina Ali Ibn Abi Talib.

Jangan kata kegiatan khurafat berlaku di alam Melayu sahaja. Di kawasan ini juga turut berlaku kegiatan khurafat memandangkan terdapatnya perkuburan tokoh-tokoh besar. Misalnya pada tahun 2012, terdapat laporan terdapat masyarakat yang berkelakuan aneh.

Ada yang membawa pulang tanah dengan niat memendam kuku dan rambut dan ada yang memahatkan nama di atas batu dengan beranggapan roh mereka setelah mati akan pindah ke tempat ini.  

Sumber: Shane

Disebabkan Wadi Al-Salaam menjadi kawasan perkuburan popular, ini menjadikan harga sesebuah lot kubur seluas 500 kaki persegi naik daripada AS$1,500 (RM5,948) pada tahun 1991 kepada AS$10,000 (RM39,659.50) hari ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah negara kita juga mewujudkan tanah kubur seperti itu?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN