Jika bercerita berkenaan pokok getah mungkin ramai yang menggambarkan nilai semasa harga lantai getah sekerap di pasaran tempatan yang berkadar RM2.50 sekilo. Satu pendapatan yang tidak begitu menguntungkan bagi memenuhi kos sara hidup pada hari ini.

Namun begitu, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat pokok getah yang bernilai sebanyak RM3.8 juta. Pokok getah tersebut terletak di Seremban, Negeri Sembilan. Pokok getah itu merupakan pokok getah tertua di Negeri Sembilan dan mempunyai perjalanan sejarah hampir serupa dengan pokok getah tertua di Kuala Kangsar.

Sumber: Kosmo

Bermula Dari Brazil

Secara ringkasnya, pokok getah berasal dari negara Brazil. Ahli pelayaran Sepanyol, Christopher Columbus merupakan orang pertama menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473 dan membawanya ke Eropah. Pada tahun 1876, sekitar 2,000 anak pokok dihantar ke Wardian, Sri Lanka dan 22 dihantar ke Kebun Bunga Botani di Singapura, sebelum ditanam di Malaya.

Menurut Penolong Pegawai Senibina Jabatan Taman dan Landskap, Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Mohd. Azpuri Abd. Aziz berkata, pokok getah yang hidup di sebelah Galeri Diraja itu merupakan salah satu daripada 22 anak benih yang dibawa dari Kew Gardens, England pada tahun 1877. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 11 anak benih telah disemai di Botanic Gardens, Singapura manakala bakinya dibawa ke Malaya. Sembilan dari 11 anak benih pokok getah telah ditanam di Kuala Kangsar manakala dua lagi baki pokok getah telah ditanam di Melaka dan Negeri Sembilan.

Pokok ini merupakan anak benih yang dibawa ke sini, memandangkan usianya selari dengan tahun anak benih berkenaan dibawa ke Malaya. Menguatkan lagi hujah berkenaan, pokok getah ini berada betul-betul di depan bekas tapak kediaman rasmi Residen British di Negeri Sembilan.

Kajian Dari FRIM

Berdasarkan rujukan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), meskipun pokok getah ini sudah tua dan tumbesaran yang perlahan, keadaan pokok tersebut sihat dan tidak ada tanda-tanda pereputan. Malah, pokok tersebut masih mampu mengeluarkan susu getah walaupun sudah berusia ratusan tahun. Hal ini berbeza sekali dengan pokok getah biasa yang lazimnya akan kehabisan susu getah selepas melepasi tiga dekad.

Pokok getah yang berusia 120 tahun ini mempunyai lilitan batang sepanjang 3.5 meter dan ketinggian 25 meter. Hasil penilaian terhadap pokok getah berkenaan mengikut piawaian fizikal dan sosial antarabangsa menunjukkan ia bernilai RM3.8 juta, satu nilai yang sangat tinggi.

Sumber: Tripadvisor

Ladang Getah Pertama di Negeri Sembilan

Linsum Estet, Rantau menjadi ladang getah pertama dibuka di Negeri Sembilan setelah tumbesaran sempurna pokok getah di TTS berjaya meyakinkan pihak British untuk membukanya.

Jika H.N. Ridley orang yang bertanggungjawab menjadikan Kuala Kangsar sebagai daerah industri getah di Perak, maka Thomas H. Hill (Bapa Perusahan Getah Asli Malaya) menjadi orang yang bertanggungjawab membuka ladang getah di Negeri Sembilan. Dengan keluasan seluas 1,600 ekar, ladang getah di Linsum Estet, Rantau, Negeri Sembilan telah dibuka pada tahun 1883.

Langkah Pemuliharaan

Bagi memastikan nilai khazanah pokok ini terus terpelihara, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) mengambil inisiatif memagar kawasan berkenaan pada tahun lepas. Ia amat perlu memandangkan pokok getah tersebut berada di kawasan rekreasi yang luas.

Sumber: Majlis Perbandaran Seremban

Papan tanda informasi turut diwujudkan bagi memberikan maklumat kepada pengunjung mengenai sejarah pokok getah tersebut. Racun anai-anai turut disembur bagi memastikan pokok tersebut terus kekal hidup tanpa gangguan anai-anai.

Dengan adanya informasi berkenaan pokok getah tersebut maka ia menjadi daya penarik dan tarikan baru buat pelancong bukan sahaja pelancong tempatan, tetapi juga pelancong dari luar negeri untuk datang melihat pokok getah yang tertua dan sangat bernilai itu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah Pokok Getah Tersebut Sesuai Dijadikan Tempat Tumpuan Pelancong
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN