Baru-baru ini tular sebuah video klip yang dirakam oleh seorang individu mendapat perhatian ramai. Video tersebut dipercayai dirakam ketika individu tersebut sedang berada di tingkat paling atas sebuah bangunan di kawasan Pekan Sungai Besi. Di dalam video tersebut, terlihat seorang individu lain yang sedang mandi dan berenang di dalam tong air besar yang dipercayai disalurkan ke sebuah kedai mamak di Kawasan tersebut.
Yang menjadi persoalan, adakah air dari tangki yang tercemar tersebut digunakan untuk memasak dan menyediakan makanan dan minuman para pelanggan yang datang ke kedai berkenaan. Jika betul dakwaan sesetengah pihak bahawa tangki itulah punca air yang digunakan oleh kedai mamak tersebut, maksudnya bersihkah makanan dan minuman yang dijamah oleh pelanggan yang datang?
Tahap Kebersihan Yang Teruk
Ini bukanlah kes pertama yang melibatkan kedai mamak di Malaysia, sebelum ini sudah terlalu banyak isu tentang kebersihan sesebuah kedai mamak dilaporkan oleh orang ramai. Sama ada dari aspek kebersihan makanan ataupun kebersihan persekitaran kedai makan itu sendiri. Orang ramai yang prihatin dan mementingkan kebersihan pastinya berasa tidak selesa jika makanan yang dihidangkan tampak tidak bersih dan menimbulkan rasa was-was terhadap pelanggan.
Mengapakah sesetengah kedai makan yang sudah secara fitrahnya menjadi tempat orang menjamu selera nampak lokek dalam aspek-aspek yang paling asas ini. Bayangkan keadaan kedai yang kotor dan berlalat. Belum lagi bahagian dapur memasak yang sarat dengan pinggan tak bercuci dan lantai yang kotor dan menjijikkan. Manakala, satu lagi aspek kebersihan yang sering diabaikan adalah kawasan tandas.
Semua ini merupakan faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu makanan itu tercemar dan boleh membuatkan pelanggan terdedah kepada risiko keracunan makanan. Sebelum ini juga tular isu tangan seorang pembuat roti canai di sebuah restoran kedai mamak mempunyai luka berdarah dant tidak berbalut. Mengapa isu ini diambil mudah oleh pemilik kedai tersebut? Siapa yang akan dipersalahkan jika sesuatu berlaku kepada pelanggan yang datang menjamu selera di kedai tersebut.
Pantauan Berkala Perlu Dijalankan
Tidak dinafikan ada sesetengah pengusaha kedai makan yang mengambil mudah isu kebersihan makanan mahupun kedai. Yang penting pelanggan ramai dan keuntungan besar. Aspek kebersihan sering diketepikan tanpa memikirkan kesan yang mendatang.
Jika ingin dihuraikan kes kebersihan kedai makan ni, pastinya tidak akan habis dengan cepat. Antara langkah yang boleh diambil oleh pihak berwajib adalah dengan menjalankan pemeriksaan secara kerap keatas kedai-kedai makan terutamanya yang pernah menerima aduan dari orang ramai.
Hukuman seperti saman yang tinggi kerana kecuaian pengusaha untuk memastikan premis mereka berada di tahap yang terbaik juga perlu dikenakan supaya perkara ini tidak berulang lagi.
Berbalik kepada kes tangki air ini, betulkah tangki air tersebut merupakan sumber air yang digunakan oleh kedai mamak yang bertempat di Sungai Besi itu? Jika betul, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia harus mengambil tindakan sewajarnya kerana ini melibatkan keselamatan orang awam.
Orang awam juga memainkan peranan yang penting dalam menjaga bersama kebajikan orang ramai apabila berkait dengan isu kebersihan. Jika anda ternampak mahupun pernah mengalami secara langsung berkenaan isu-isu ini segeralah laporkan kepada pihak yang berwajib demi menjaga kepentingan dan keselamatan kita bersama.
KATA ORANG
Dalam isu rumah PPR ni yang paling bangang sekali penguatkuasa lah, lagi2 penguatuasa DBKL, berapa banyak orang salah guna rumah PPR, tapi yang dia sibukkan angkut barang peniaga tepi jalan.
— Fitri (@FitriBoom) March 7, 2019
Melayu yg duduk ppr ni x maklum ka dulu rumah tu bukan milik dia selamanya? Bila dah sampai tahap mampu untuk menyewa dengan kereta dua tiga satu family apa hak nak kekal duduk ppr? Berilah orang2 muda pulak duduk...
— Tun Амир Хамза (@amr_hmzhrfk) March 7, 2019
Elok gak depa kena chase out kalau memasing salah guna rumah ppr...
— Tun Амир Хамза (@amr_hmzhrfk) March 7, 2019
pasal salah guna rumah ppr ni boleh report. https://t.co/WsP99bCJzR
— فاتهى امىرول اشراف (@Fathi_Fatty) August 5, 2017