Apabila sebut sahaja mengenai ‘pengganas’, perkataan itu cukup sinonim sekali untuk dilabelkan kepada umat Islam terutamanya masyarakat Barat sehingga timbul istilah Islamofobio.

Sumber: https://ips-dc.org

Mengapa tanggapan ini seringkali terpalit kepada masyarakat Islam sahaja? Adakah disebabkan jihad (berjuang dengan bersungguh-sungguh) yang menjadi perjuangan umat Islam itu memberi tanggapan buruk sehingga ada yang melabel kita sebagai pengganas?

Atau adakah mungkin, media Barat sengaja mahu menutup jenayah kekejaman yang dilakukan oleh ‘bangsa’ mereka dan meletakkan segala kesalahan keganasan kepada orang Islam?

Sumber: https://www.lifesitenews.com

Sehingga ke hari ini, tanggapan tersebut amat sukar sekali untuk diperbetulkan memandangkan ia sudah lama disemat di dalam setiap pemikiran masyarakat Barat .

Malah timbul rasa benci terhadap seluruh umat Islam yang tidak mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku di negara luar.

Disebabkan itu, tanggapan mengenai istilah ‘pengganas’ ini harus didefinisasikan secara lebih jelas lagi bagi mengelak ia terus disalah tafsir oleh beberapa pihak tertentu sekaligus membantu menangani pandangan serong masyarakat Barat terhadap Islam secara khususnya.

Siapakah Pengganas?

Walaupun tiada takrifan jelas mengenai istilah pengganas ini, namun pengganas boleh ditafsirkan kepada mereka yang mengganas, menceroboh kawasan atau kepentingan orang lain.

Sumber: https://dermovillage.wordpress.com

Lihat sahaja kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap umat Islam di Palestin yang dibedil dengan bom hampir setiap hari hingga merosakkan hospital, sekolah, kediaman, orang awam termasuk kanak-kanak dan bayi ditembak secara hidup-hidup. Adakah perbuatan yang dilakukan oleh rejim Israel ini tidak dilabel sebagai pengganas juga?

Melihat kepada isu ini, adalah tidak adil sekiranya masyarakat Barat sering melabelkan umat Islam sebagai pengganas memandangkan perbuatan ‘keganasan’ itu bukan bersifat agama dan bukan sahaja membabitkan agama Islam.

Sumber: http://abu-azzam99.blogspot.com

Malah, agama lain yang turut melakukan aktiviti keganasan juga tidak terkecuali untuk digelar sebagai pengganas!  

Istilah ‘Pengganas’ Jejas Imej & Keselamatan Umat Islam Secara Umum

Masyarakat Barat perlu faham bahawa tidak semua umat Islam di dalam dunia ini adalah pengganas.

Malah, istilah yang terpalit kepada mereka itu sememangnya perlu diperbetulkan bagi mengelak salah faham yang berpanjangan hingga menjejaskan imej umat Islam itu sendiri.

Sumber: https://www.beliefnet.com

Mana tidaknya, disebabkan tanggapan sebegitu, seluruh umat Islam di dunia seringkali dicemuh oleh masyarakat Barat hingga timbul rasa prasangka dan diskriminasi pada agama Islam serta umat Islam secara keseluruhan.

Jika ada umat Islam yang berhijrah ke negara-negara Barat, pasti ada yang menjadi mangsa gangguan serta serangan dari individu-individu serta pertubuhan yang tidak bertanggungjawab terutamanya ketika mereka berada di sana.

Dari soal pemakaian sehinggalah ke paras rupa seperti bertudung, berniqab, berjanggut pasti ada sahaja yang tidak kena di mana mereka.

Sumber: NBC Chicago

Disebabkan itu, masyarakat Barat harus diberitahu untuk menghentikan sebarang usaha untuk menyamakan agama Islam dan umat Islam dengan keganasan mahupun Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). 

Umat Islam juga harus memberi pemahaman secara terperinci kepada masyarakat Barat mengenai segala penetapan tatacara kehidupan yang telah ditetapkan oleh ajaran agama Islam untuk umatnya seperti tujuan utama dan kepentingan untuk memelihara aurat misalnya.

Selain itu, mereka juga perlu tahu bahawa segala masalah yang sedang dialami oleh negara-negara Islam pada ketika ini, bukan disebabkan oleh ajaran agama Islam.

Segala masalah yang menimpa umat Islam serta kebanyakkan negara-negara Islam pada masa kini adalah berlaku atas faktor-faktor lain seperti penjajahan berpuluh tahun negara-negara Barat ke atas negara-negara Islam seperti yang dialami di Baitulmaqdis.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah media perlu membantu kerajaan dengan bertindak memperbetulkan kembali tanggapan mengenai ‘pengganas’ yang seringkali terpalit dengan agama Islam itu sendiri kepada masyarakat Barat khususnya?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN