Siapa yang tidak kenal usahawan kosmetik Dato’ Aliff Syukri yang terkenal dengan tagline ‘terlajak larisnya’ dan kaya dengan pelbagai kontorversi.

Beliau yang sudah berumahtangga dikurniakan empat orang anak dan seorang anak angkat. Semalam,Dato’ Aliff Syukri berkongsi berita gembira apabila isterinya Datin Shahida disahkan hamil anak kembar. Sebelum ini memang dia dan isteri ada menyatakan hasrat untuk menambah cahaya mata mereka lagi. Namun tidak sangka secepat ini rezeki mereka.

Namun begitu, isterinya terpaksa dimasukkan ke dalam sebuah hospital kerana mengalami pendarahan dan doktor mengatakan ada risiko keguguran.

Ada desas desus mengatakan isterinya tertekan dengan isu dakwaan Alif Syukri mendera anak mereka, Khadijah ataupun Cess. Isu tersebut mendapat perhatian pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Lebih memburukkan keadaan lagi isu tersebut memberi imej yang buruk buat keluarga dan empayar perniagaan mereka.

Sikap Aliff Syukri yang suka menayangkan semua aktiviti harian mereka menjadi punca mengapa isu ini berlaku. Kalau anda lihat laman sosialnya, setiap perkara yang dilakukan pasti beliau memuatnaik di Instagramnya yang mana itu tindakan tersebut memakan dirinya semula.

Walau apapun diharapakan kandungan Datin Shahida selamat dan bayi kembar mereka membesar dengan sihat dan sempurna.

 

Cabaran Mengandung Kembar

Setiap pasangan pasti mahu menimbang cahaya mata dan mendapat peluang untuk melahirkan anak sendiri. Ianya menjadi impian yang diidamkan setiap wanita.

Namun begitu, tempoh 9 bulan  yang perlu dilalui untuk membesarkan janin yang sihat dan sempurna bukanlah mudah.

Pengalaman hamil bukanlah satu pengalaman yang mudah dan ringan  kerana pelbagai aspek perlu dititkberatkan dan kesihatan si ibu dan bayi yang dikandung perlu sentiasa diawasi ekoran mudah terdedah kepada bahaya.

Dengan loya dan alahannya, tuntutan kerja yang berat bagi ibu-ibu yang bekerja dan juga tugasan harian sebagai ibu boleh membuatkan wanita hamil menjadi tertekan dan berisiko mengalami keguguran dan masalah kehamilan lain.

Bayangkan pula jika anda hamil anak kembar, lebih besar risiko yang perlu ditanggung. Pemeriksaan pra-natal yang perlu dilakukan oleh wanita-wanita hamil juga perlu digandakan agar perkembangan si kembar dapat diteliti dengan baik.

Selain itu, salah satu risiko yang sangat membimbangkan ialah purata kematian janin kembar adalah lebih tinggi berbanding bayi tunggal.

Malah, kebanyakan bayi kembar juga berisiko untuk lahir awal dari tarikh yang ditetapkan dan kurang dari 37 minggu. Ini akan mengakibatkan bayi lahir dalam keadaan pramatang dan kurang berat badan dimana mereka akan diletakkan dibawah pemantauan NICU sehingga keadaan kesihatan mereka stabil sebelum dibenarkan untuk pulang ke rumah.

Jika diberi pilihan, pasti ramai yang teringin nak anak kembar bukan? Selain mendapat kegembiraan yang berganda, bayi kembar juga sering dikaitkan dengan kelebihan yang istimewa seperti boleh membaca minda pasangan kembarnya dan maju dari aspek akademik. Bagi yang inginkan anak kembar, tapi tidak mempunyai genetik kembar didalam keluarga bolehlah cuba tips-tips dibawah ini. Selamat mencuba!

 

Potensi Mengandung Anak Kembar

  1. Amalkan Minum Susu Dari Usia Muda
  • Amalan meminum susu sangat disarankan oleh doktor kerana tinggi kalsium dan bagus untuk tulang dan gigi. Namun ianya juga merupakan salah satu minuman yang boleh meningkatkan lagi peluang untuk kita melahirkan anak kembar.
  1. Ubi Dan Kentang
  • Dua makanan ini dikatakan mampu meningkatkan ovulasi seseorang wanita dan secara tidak langsung membantu mematangkan lebih dari satu telur untuk disenyawakan. Afrika merupakan negara yang mempunyai bilangan kembar yang tertinggi di dunia, dan kajian menyatakan ianya berlaku kerana ubi dan kentang merupakan salah satu makanan utama di sana.
  1. Mempunyai Ramai Anak & Lebih Berusia
  • Bagi wanita yang pernah melahirkan ramai anak dan lebih berusia mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapatkan anak kembar. Terutamanya wanita yang berusia 45 tahun keatas, yang selalunya akan cuba hamil dengan kaedah rawatan kesuburan. Tambahan  di usia ini, ramai yang akan melalui proses  perimenopause dimana penghasilan ovum yang lebih dari satu selalunya berlaku.
  1. Ubat Kesuburan dan Rawatan IVF
  • Terdapat ubat yang dipercayai mampu meningkatkan potensi untuk melahirkan bayi kembar. Menurut Dr. Hamid Arshat seorang doktor pakar kesuburan, Clomid yang sering diberikan untuk wanita yang sukar hamil juga boleh membantu wanita untuk menghasilkan lebih dari satu telur dan berjaya disenyawakan dengan benih suami. Selain itu, rawatan IUI dan IVF juga dikatakan boleh membantu seseorang untuk hamil anak kembar. Doktor selalunya akan memindahkan lebih dari satu benih suami.
  1. Tawakkal dan Doa
  • Kaedah yang paling penting adalah dengan banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah. Didalam Al-Quran sendiri ada tertulis doa-doa yang boleh dibaca khas untuk memohon zuriat kembar.

Bayi kembar ataupun tunggal bukanlah keutamaan yang perlu dititiberatkan, apa yang penting, si ibu dan bayi yang dikandung membesar dan sihat dan sempurna

KATA ORANG

KATA ANDA

Jika diberi peluang, ada mahu zuriat kembar atau tidak?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN