Baru-baru ini, pertikaian di antara Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama seorang pengusaha produk minuman tempatan, Hausboom menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Apa yang menghangatkan lagi suasana apabila penguasaha produk yang dikenali sebagai Azri Zahier Azmi berkongsi ketidakpuasan hatinya di Facebook yang bertajuk ‘Sempena Tahun Babi, Ini Cerita Pasal Ke-Babian’ yang mendakwa Syed Saddiq telah memungkiri janji untuk membaca profil perniagaannya di hadapan jemaah menteri ketika mesyuarat Kabinet diadakan.
Dalam masa yang sama, penguasaha tersebut turut mendakwa Syed Saddiq turut berjanji untuk mempromosi produk keluaran syarikatnya menerusi akaun Instagram menteri tersebut.
Malah katanya, Syed Saddiq turut berpegang kepada kedua-dua janji tersebut sebelum bersetuju untuk menaja minuman pada mesyuarat berkenaan.
Katanya, beliau kecewa terhadap Syed Saddiq yang tidak menunaikan janjinya hingga menyebabkan posting beliau itu menjadi tular media sosial dan menerima maklum balas dari Syed Saddiq sendiri.
Pengusaha Hausboom Tuntut Dua Janji
Melihat kepada posting yang ditulis pengusaha tersebut, jelas sekali memperlihatkan bahawa beliau benar-benar marah dan tidak puas hati terhadap Syed Saddiq sehingga bertindak mengharamkan minuman yang telah diminum oleh menteri itu.
Katanya, sebagai usahawan muda, beliau tidak mahu berharap kepada mana-mana ahli politik untuk mempromosikan produknya.
Namun, disebabkan program inisiatif promosi produk di media sosial yang dikendalikan oleh Kementerian Beliau dan Sukan (KBS), beliau turut serta menyokong program terbabit memandangkan Syed Saddiq juga mempunyai jumlah pengikut yang ramai di Instagram dan mampu membawa impak positif.
Setelah beberapa bulan, walaupun surat bertulis sudah diberi kepada Syed Saddiq dan juga Timbalan Pengarah di kementerian tersebut, namun tiada maklum balas sehinggakan beliau terpaksa menggunakan medium media sosial untuk mendapatkan perhatian.
Syed Saddiq Balas Dakwaan Dilemparkan
Berikutan perkongsian yang dibuat saudara Azri Zahier Azmi, Syed Saddiq turut mengeluarkan respon mengeluarkan status terbaru beliau di Facebook bagi berkongsi niat beliau dalam mempromosikan produk usahawan tempatan.
Katanya, niatnya adalah untuk membantu usahawan tempatan agar dapat memasuki rangkaian kedai serbaneka 7Eleven, namun sebaliknya beliau dicaci oleh pengusaha terbabit.
Seperti apa yang dijelaskan, beliau sama sekali tidak memungkiri janji memandangkan beliau telah berusaha membawa produk-produk tempatan ke perhatian usahawan terkenal seperti Tan Sri Vincent Tan termasuk produk Hausboom ini.
Memang sekarang ini, banyak pihak dilihat sering menjadikan media sosial sebagai platform untuk mereka berkomunikasi bersama ahli politik tidak kira untuk memohon bantuan dan sebagainya namun caranya perlu professional dan tiada unsur caci dan makian.
Ya, mungkin apa yang dilakukan oleh pengusaha tersebut hanya untuk mempertahankan nasib usahawan muda tempatan yang lain namun tindakan itu sebenarnya boleh memakan diri sendiri.
Jika dilihat di kedai 7Eleven sekalipun, produk Hausboom ini sudah lama berjaya memasuki pasaran tempatan sebelum mesyuarat Kabinet lagi cuma yang menjadi isu di sini adalah soal layanan yang diberi oleh Syed Saddiq sendiri yang dikatakan memilih ‘kroni’ perniagaan tertentu.
Tidak dipastikan sama ada benar atau tidak akan dakwaan tersebut, Syed Saddiq akhirnya mengeluarkan arahan untuk membayar semula kos penajaan yang dikeluarkan usahawan berkenaan kerana tidak mahu memanjangkan isu tersebut.
KATA ORANG
Dia sindir tu sebab SS claim usaha SS lah yg buatkan produk HB masuk 7E
— Mika (@hidayat80) February 5, 2019
Padahal John dah lama buat kerja tu
Salam wbt YB, sy tak tahu secara menyeluruh ttg inisiatif ini. Tp diharap agar dilihat semula rules, regulations dan kaedah perlaksanaan. Kerana penaja tidak sepatutnya meletakkan apa2 syarat atau expect utk mendapat guaranteed support drpd Kementerian, kerana ia x beretika. Tq.
— Maryam Anuar (@MaryD159) February 5, 2019
Ini lah jadi, bila kita rasa entitled. Rasa kita berhak nak terima bantuan orang. For me, bila SS nak tolong, we should be grateful. Bila kita minta tolong, then SS tanak tolong, then it’s okay also. Siapa dia nk tolong itu hak dia. Tak perlu bitter. Kita focus je dgn produk kita
— Helmi Razali (@HelmiRazali) February 5, 2019
Conversely, if ada contract, then SS will be the one in the wrong.
— Helmi Razali (@HelmiRazali) February 5, 2019
But he’s doing it for free, so i still think it’s a favour and not an obligation.