Adalah menjadi suatu lumrah hidup manusia bahawa kita bekerja untuk mencari rezeki. Rezeki yang diperolehi biasanya dalam bentuk makanan, barangan atau dalam zaman ini lebih berbentuk wang atau upah (gaji).

Sumber: Usahawan.com

Gaji yang diperolehi itu adalah hak kita. Namun, adakah menjadi hak kita juga sekiranya syarikat tersalah masuk wang ke dalam akuan bank kita?

Itulah yang berlaku kepada sebuah syarikat di Kuantan apabila pengurus sumber manusia tersilap memasukkan sejumlah wang kepada kakitangan mereka.

 Syarikat Terpaksa Tanggung Rugi

Sebuah syarikat di taman perindustrian Kuantan mendakwa kerugian sebanyak RM7,298 kerana tersilap membayar gaji kepada kakitangan yang telah berhenti.

Sumber:Viramon

Difahamkan wang berkenaan dikreditkan ke dalam akaun milik dua bekas pekerja bagi pembayaran gaji Ogos, sedangkan mereka telah meletak jawatan pada Julai lalu.

Pengurus berkenaan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan supaya wang itu dikembalikan.

Tidak mahu Bekerjasama

Tindakan dua kakitangan yang berhenti itu enggan bekerjasama dan tidak mahu memulangkan sejumlah wang yang telah dikreditkan ke akuan mereka.

Sumber: SAYS

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, ekoran laporan sudah dibuat, pihak polis akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Apabila wang masuk akuan kita pastinya itu adalah menjadi hak kita kerana bukan disabitkan mencuri ataupun penipuan. Tetapi pihak syarikat juga mempunyai hak ke atas wang berkenaan kerana  berlaku kesilapan dan bukan sengaja memasukkan wang tersebut.

Salah Siapa?

Menjadi persoalannya, apabila berlaku kecuaian seperti itu pihak mana yang patut dipersalahkan. Ramai yang mengatakan pihak sumber manusia perlu bertanggungjawab dan mengganti semula wang berkenaan kepada syarikat kerana itu kecuaian daripada pihak mereka.

Sumber: FB Astro Awani

Sepatutnya mereka lebih peka terhadap kakitangan yang sudah berhenti. Tutup semua akses kepada akaun kakitangan yang berhenti dan perkara sebegini tidak akan berlaku.

Dan bagi pihak kakitangan yang sudah berhenti pun bersalah juga kerana mengambil wang yang bukan hak mereka dan mereka tahu sumber wang itu adalah bayar gaji pekerja lain. Sikap tamak beginilah yang bakal merugikan mereka.

Jika bersalah, mereka terpaksa berdepan penjara 10 tahun bukannya pihak syarikat. Jangan kerana wang yang tidak seberapa hidup merana bertahun-tahun.

“Kesian Kakitangan Yang Nak Gaji”

Rata-rata netizen mendesak bekas kakitangan syarikat berkenaan memulangkan semula wang yang tersalah kredit itu kepada syarikat itu.

Sumber: FB Astro Awani

Mereka bimbang  jika tidak dikembalikan wang tersebut bagaimana dengan nasib kakitangan yang masih bekerja untuk menerima gaji mereka.

Mungkin syarikat ini tidak sebesar mana, sebab itu berlaku kesilapan dan ia kemungkinan dibuat secara manual. Diharap bekas kakitangan itu memahami nasib kakitangan yang masih bekerja.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Siapa yang salah dalam hal ini?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN