Semalam, Sarawak Report menyiarkan gambar Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun dan beberapa pegawai kanan polis menyertai rombongan sambil belajar ke Turki.

Sumber:Malaysiakini

Delegasi itu dilaporkan ke negara tersebut untuk mempelajari dasar perjudian dalam talian.

Sumber:sarawakreport

Menurut laporan itu pada 10 Februari lalu, seramai 16 pegawai kanan menyertai lawatan kerja itu yang menelan belanja lebih RM300,000 untuk menaiki penerbangan kelas perniagaan dan penginapan di hotel 5 bintang.

Kos Hampir RM15,000 Seorang

Difahamkan kesemua pegawai kanan polis itu menginap di Sura Hagia Sophia Hotel & Spa yang merupakan hotel lima bintang dan terbaik di negara itu.

Dalam carian di Booking.com, harga bilik di hotel berkenaan adalah RM685 bagi satu malam.

Sumber:sarawakreport
Sumber:sarawakreport
Sumber:sarawakreport

Dalam laporan Sarawak Report itu, pengiraan kos secara kasar dibuat melibatkan penerbangan pergi balik pada hari yang sama serta perbelanjaan lain yang terlibat.

Kos pergi menelan belanja sebanyak RM6154 dan RM8800 untuk pulangan, ini bermakna sejumlah RM14,954 bagi setiap pegawai.

Kos semuanya mencapai RM254,218 secara keseluruhan untuk penerbangan dan kira-kira RM58,225 untuk bilik-bilik, sebelum mengambil makanan dan perbelanjaan lain.

Nampaknya sangat mewah rombongan pegawai kanan polis yang pergi ke Turki ini, Diharap kes perjudian dalam talian dapat ditangani, bukan saja-saja pergi.

Satu Sen Duit Kerajaan Tidak Keluar

Susulan beberapa gambar menunjukkan pegawai kanan polis bersiar-siar dan menjamu selera di Istanbul , Menteri Kewangan tampil menjawab isu berkenaan.

Sumber:intraday.my

Kata Lim Guang Eng, syarikat perjudian, Da Ma Cai yang menaja rombongan lawatan kerja diketuai Ketua Polis Negara itu.

Lim berkata, kementeriannya tidak menanggung kos lawatan kerja itu, walaupun Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata, ia ditaja Lembaga Totalisator Malaysia, sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.

Sumber:4D Result Malaysia

Tegas Lim, satu sen duit kerajaan tidak terlibat dalam rombongan yang dilakukan institusi keselamatan negara itu.

Syarikat tersebut dikatakan syarikat nombor ramalan dan memang banyaklah duit mereka taja. Nak taja boleh tetapi jangan ada konflik kepentingan pula di belakang hari nanti.

PDRM adalah institusi yang diamanahkan rakyat untuk jaga keselamatan rakyat dan juga negara.

Tetapi pelik juga, kenyataan Lim dan Muhyiddin bercanggah dalam isu ini? Ada apa-apa nak sorok kepada rakyatkah?

Pemimpin Pembangkang Dakwa Cemarkan Imej Polis

Pastinya isu ini amat menggusarkan ramai pihak, bukan sahaja rakyat tetapi juga pemimpin pembangkang. Isu ini dilihat sebagai isu besar dan risau wujud agenda disebalik tajaan pegawai-pegawai kanan polis di negara ini.

Adakah syarikat itu cuba merasuah pegawai polis dan kerajaan ataupun memang niat mereka semata-mata untuk menaja sahaja. Tiada niat lain. Kita tak tahu betul atau tidak.

Beberapa pemimpin pembangkang membidas itu ini, antaranya Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Noraini Ahmad yang mendakwa tajaan itu hanya mencalarkan imej pihak berkuasa.

Sumber:Twitter Noraini Ahmad

Malah, ulasnya lagi, ia juga turut menyinggung perasaan umat Islam negara ini.

Dan beliau berharap kerajaan sepatutnya menapis dahulu tajaan daripada pihak syarikat judi kerana ia terang-terangan bertentangan dengan syarak.

Manakala, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendesak kerajaan Pakatan Harapan menyatakan jumlah sebenar kos yang ditaja sebuah syarikat nombor ramalan berkaitan isu lawatan tersebut.

Sumber:FMT

Sambil mempersoalkan bagaimana sebuah syarikat nombor ramalan boleh menaja lawatan itu, Khairy mahu PH supaya segera memberi penjelasan agar tidak wujud konflik kepentingan berhubung perkara berkenaan.

Sumber:Twitter kerabu bersuara

Jelas Khairy, hal ini kerana jika dilihat kepada gambar yang tular dalam internet, pegawai polis yang turut serta dalam lawatan kerja itu turut ditemani oleh isteri mereka.

 

 

Bimbang Wujud “Industri Dosa”

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata perkara itu boleh menimbulkan konflik kepentingan dan menimbulkan tanggapan negatif wujud hubungan syarikat perjudian dan agensi penguatkuasaan jenayah.

Sumber:Malaysia Dateline

Sementara itu, menggelarkannya “industri dosa”, Nasrudin berkata beberapa perkara baru, antaranya kenaikan lesen dan duti perjudian sekurang-kurangnya 30 peratus, seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2019.

Begitu juga desakan anggota parlimen supaya cabutan khas nombor ramalan dihapuskan.

Perdebatan ini akan terus dibangkitkan sekiranya PH tidak menjelaskan fakta yang sebenar. Rakyat sedang gusar dengan tindakan kerajaan hari ini.

Belum lagi reda dengan isu Perdana Menteri ‘mengambil balik’ bekas Umno yang menyertai parti Bersatu, pelbagai isu lain pula timbul.

Jangan tumbang pula pada PRU-15 nanti. Rakyat sedang memerhati setiap gerak geri yang dilakukan kerajaan yang baharu memerintah ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Salahkah syarikat judi taja pegawai kanan polis ke Turki?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN