Bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan pada masa kini, apatah lagi untuk mencari syarikat yang terbaik buat diri kita. Ada kalanya pekerjaan yang dilakukan tidak setimpal dengan bayaran yang diberikan. Itu belum lagi mengambil kira hal-hal kebajikan pekerja yang jarang dititikberatkan.

Sumber: PTPTN

Insentif Untuk Pekerja Cemerlang

Tetapi percayakah anda, masih terdapat lagi syarikat yang mementingkan kebajikan pekerja-pekerja mereka. Memetik laporan Malay Mail, seorang majikan yang juga merupakan Pengarah Urusan Vector Infotech Sdn Bhd, Hii Ding Sin telah mengambil inisiatif dengan membuat pembayaran hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) kepada pekerja-pekerjanya cemerlang.

Langkah ini bertujuan untuk memastikan syarikat tersebut tidak kehilangan pekerja-pekerja cemerlang yang memberikan impak besar kepada syarikat. Ini kerana, untuk mendapatkan pekerja kekal yang mahir dalam syarikat bukanlah sesuatu yang mudah.

Lebih-lebih lagi pekerja yang ingin mencari pelbagai pengalaman dengan bertukar-tukar tempat kerja. Itu belum lagi mengambil kira masalah-masalah lain seperti logistik, masalah keluarga dan sebagainya.

Apa yang menarik bukan pekerja sahaja yang diberikan tawaran tersebut, malahan pelatih industri yang terbaik juga akan ditawarkan bekerja dengan syarikat selepas menamatkan pengajian. Sudah pasti tawaran menarik seumpama ini sukar untuk ditolak oleh mana-mana pekerja.

Sumber: World Of Buzz

Kembali Ke Kampung Untuk Cari Calon Pelatih Industri

Sebagai anak tempatan yang berjaya, khidmat beliau untuk berbakti kepada kampung halaman tidak pernah dilupakan.  Beliau kembali semula ke Sibu, Sarawak untuk mencari calon pelatih industri yang sesuai dari Universiti Kolej Teknologi Sarawak.

Sudah pasti langkah yang dilakukan oleh syarikat ini wajar diikuti oleh mana-mana majikan. Selain menarik perhatian pekerja untuk terus kekal bersama syarikat, mengutamakan graduan-graduan dari kampung halaman juga merupakan satu tanggungjawab sosial.

Sumber: The Malaysian Insight

Sahut Inisiatif Kerajaan

Sebenarnya tawaran menarik ini bukan perkara baru kerana pernah diumumkan oleh PTPTN. Berdasarkan laporan Berita Harian, Pengurus Besar Kanan PTPTN, Abdul Ghaffar Yusop berkata, mana-mana syarikat yang memiliki perniagaan berdaftar boleh mendapat pelepasan cukai menerusi pemberian bantuan PTPTN kepada pekerja mereka sepenuh masa.

Malah, pakej alternatif ini telah diumumkan oleh kerajaan ketika Belanjawan 2019 yang lalu sebagai hadiah atau sumbangan majikan kepada kakitangan yang layak menerima tanpa melibatkan gaji kakitangan. Dengan pemberian insentif ini, syarikat tersebut akan mendapat pelepasan cukai dalam usaha membantu pekerjanya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasa ini langkah efektif untuk mengatasi masalah hutang PTPTN
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN