Ramai pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 tidak berpuas hati dengan syarat yang dikemukan oleh pihak kerajaan.

Sumber: Utusan

Dikatakan kerajaan sengaja mahu mengurangkan jumlah penerima BSH berbanding BR1M dengan mengenakan syarat yang ketat termasuk perlu mengemukakan sijil nikah bagi permohonan di bawah kategori keluarga.

Ada diantara mereka meluahkan rasa kesal kerana proses tersebut menyusahkan, tambahan pula setiap kemaskini perlu menyerahkan sijil-sijil yang diperlukan Lembaga Hasil Dalam Negari (LHDN) untuk proses selanjutnya.

 

Sebahagian Proses ‘Pemutihan’ BRIM

Susulan kecoh perkara ini dikalangan rakyat, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, tindakan kerajaan mengetatkan syarat untuk pemohon BSH ini adalah bertujuan memastikan hanya yang benar-benar layak menikmati bantuan itu.

Sumber:thestar.com.my

Ulasnya, syarat itu juga diperkenalkan sebagai proses pemutihan penerima BR1M sebelum ini.

Sumber:mysumber.com

Tujuan yang dilakukan kerajaan adalah bagus supaya mereka yang benar- benar layak dapat dibantu. Bagaimanapun, proses itu adalah menyukarkan sesetengah pihak terutama orang kampung yang tinggal jauh di pedalaman.

Banyak urusan perlu dilakukan,dari LHDN dan perlu beratur panjang untuk menyerahkan dokumen yang diperlukan. 

 

Kerajaan Akan Kaji Semula Proses BSH

Sinonim dengan kerajaan hari ini, apabila perkara ini kecoh diperkatakan rakyat, baru kerajaan mengambil langkah seperti kaji semula, akan diperlihat dengan lebih terperinci, namun semuanya tidak membuahkan hasil.

Sumber:Astro Awani

Ramai golongan warga emas sebelum ini dapat bantuan BR1M, bagaimana mereka ingin mengemaskini dokumen seperti sijil kahwin dan sebagainya.

Tetapi Timbalan Menteri Kewangan itu berkata kerajaan akan cuba memudahkan golongan yang benar-benar layak menerima bantuan tersebut.

Sumber:Buletinonline.net

Beliau juga meminta pemimpin masyarakat termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) turun padang membantu pemohon terutamanya melibatkan warga emas dalam melengkapkan dokumen yang diperlukan.

Berapa ramai warga emas yang perlu dikemaskini? Berapa pula MPKK perlu sediakan orang untuk pergi ke pejabat agama dan sebagainya? Berapa pula kos terlibat?

Sepatutnya perkara-perkara sebegini difikirkan terlebih dahulu sebelum melaksanakannya. Jangan menyusahkan rakyat atau pemohon.

 

Pemohon Hampir 1 Juta Orang

Lebih 900,000 orang sudah memohon BSH 2019 sejak tempoh pendaftaran dan kemas kini program itu dibuka 1 Februari lalu.

Sumber:inspirasi – Era Baru

Kementerian Kewangan memaklumkan, permohonan itu merangkumi 200,000 permohonan baharu dan 700,000 permohonan kemas kini.

Bagi memastikan BSH 2019 berjalan lancar, kementerian mengambil langkah memudahkan proses pendaftaran program termasuk borang permohonan BSH 2019 boleh diterima walaupun pemohon tidak mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri yang lengkap ketika penghantaran.

 

Syarat Dilonggarkan

Keluhan orang ramai mengenai syarat rumit dalam mendapatkan BSH 2019 mendapat respons segera Kementerian Kewangan yang bertindak memudahkan lagi proses pendaftaran BSH 2019.

Sumber:Mypt3.com

Dalam reaksinya, MoF memaklumkan tiga langkah telah diambil bagi memastikan Program BSH 2019 berjalan dengan lancar.

Tiga langkah berkenaan ialah:

i. Borang permohonan BSH 2019 boleh diterima walaupun pemohon tidak mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri yang lengkap semasa penghantaran. Borang berkenaan akan diproses berdasarkan maklumat
yang dilaporkan dalam Borang BSH yang dikemukakan oleh pemohon sahaja.

ii. Pemohon juga mempunyai pilihan untuk membuat permohonan secara dalam talian di mana muat naik dokumen bukan lagi syarat wajib, dan

iii. Bagi pemohon BSH berumur 60 tahun dan ke atas (warga emas), pemohon tidak perlu mengemaskini maklumat melainkan jika terdapat perubahan maklumat memandangkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan menggunakan data BSH 2018 untuk diproses.

Diharapkan pemohon yang benar-benar layak dapat memohon dan menerima bantuan tersebut.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah syarat ketat dibuat bagi permohonan BSH 2019?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN