Jenama Supreme yang berasal dari New York, Amerika Syarikat ini pada awalnya hanya menjual barangan ‘skateboarding’. Kini, apa sahaja barangan yang mempunyai logo Supreme, sudah semestinya akan menjadi kegilaan ramai walaupun harganya mahal.

sumber: highsnobiety

Masyarakat dunia hari ini begitu obses dengan barangan yang mempunyai logo Supreme ini dan hampir seluruh ruang di dalam rumah dan juga pakaian harian semuanya ada logo Supreme.

 

Habis Semua Benda Nak Di-Supreme-kan

Mungkin persoalan ini terlintas dalam hati anda apabila melihat satu jenama yang ada pada bermacam-macam benda iaitu Supreme menjadi kegilaan ramai.

sumber: GQ

Terbaru, dalam laman thevocket.com ada menulis artikel berkenaan kolaborasi jenama Supreme bersama BLU dan juga Honda telah menarik perhatian umum yang merupakan koleksi terbaru mereka.

Strategi perniagaan yang menggunakan konsep edisi terhad menjadikan penggemar barangan mereka berlumba-lumba untuk mendapatkanya sehingga ada yang menangis kerana tidak berpeluang untuk mendapatkan barangan edisi terhad ini.

Tidak hairanlah jika mereka letakkan harga sehingga beribu-ribu ringgit hanya untuk sebuah telefon edisi terhad dan ada yang akan membelinya.

 

Terlalu Obses Dengan Barangan Yang Dikeluarkan

Kegilaan terhadap apa jua barangan yang mempunyai logo Supreme sehingga sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk menggumpul koleksi barangan mewah ini telah menjadi satu fenomena dalam kalangan generasi milennial.

sumber: lobak merah

Jika ada yang masih ingat, seorang yang bergelar ‘instafamous’, Asyraff Mazlan yang pernah tular menggunakan kapak berjenama Supreme untuk memotong daging korban pada ketika itu. Sudah pasti perkara seperti itu menarik minat netizen untuk berperang di ruangan komen.

Mungkin ia menjadi satu hobi yang mahal bagi sesetengah individu yang gemar mengumpul barangan Supreme ini dan menjadikannya sebagai satu pelaburan dengan menjual semula barangan yang dibeli.

Bagi mereka yang ‘obses’ untuk menggumpul barangan seperti Supreme ini tidak merasa rugi walaupun sedikit kerana tahu barangan tersebut mempunyai nilai jika dijual semula. Barangan yang mempunyai status edisi terhad ini jika dijual dengan harga yang mahal sekalipun pasti akan ada yang sanggup mendapatkannya.

 

Barang Palsu Pun Bukan Orang Tahu

Bagi mereka yang tidak berkemampuan tetapi mahu kelihatan bergaya seperti orang lain, sudah pasti barangan berjenama tiruan akan menjadi pilihan mereka.

sumber: fashionista

Barangan tiruan yang kelihatan seperti produk asli merupakan satu kepuasan bagi pengguna walaupun kualiti barangan tersebut tidaklah seperti yang asli.

Tetapi ahli psikologi mendapati mereka yang mengikuti trend terkini sehingga sanggup membeli barangan tiruan sering dikaitkan dengan pemikiran untuk mendapat pengiktirafan dalam masyarakat.

Mengapa perlu berhabis wang untuk mendapatkan barangan berjenama sedangkan yang tiruan juga selesa untuk dipakai dan bersesuaian dengan pepatah, ‘Ukur baju di badan sendiri’.

sumber: kompas lifestyle

 

Tidak salah untuk membeli barangan yang berjenama jika anda memang benar-benar berkemampuan tetapi janganlah sehingga dilihat keterlaluan pula. Mana tidaknya, batu bata cap Supreme yang mencecah sehingga RM45000 (harga reseller) pun ada yang sanggup membelinya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah salah untuk seseorang obses dengan sesuatu jenama?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN