Ramai yang mungkin tahu kebaikan ikan salmon ini terhadap kesihatan tubuh badan kita.

Sumber:Mother and Baby Indonesia

Salah satu sumbernya adalah lemak omega-3 terbaik yang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Selain itu, omega-3 juga telah dibuktikan dapat menurunkan risiko inflamasi, darah tinggi, dan risiko terkena penyakit.

Adakah anda tahu? Ikan salmon ini adalah antara ikan yang unik. Di mana ia lahir di perairan air tawar berhijrah ke lautan dan apabila tiba masa untuk membiak ia akan kembali ke air tawar.

 

Suntik DNA Salmon Untuk Awet Muda

Kelebihan ikan salmon itu juga telah membuatkan penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti, mengakui mengambil suntikan DNA ikan salmon bagi mengekalkan kejelitaan wajah dan awet muda.

Sumber:Kumparan

Menurut laporan media Kompas, Krisdayanti memberitahu rawatan tersebut merupakan salah satu rahsia kecantikannya dan ia diambil bagi tujuan mencerahkan kulit wajah.

Patutlah wajah penyanyi itu kelihatan cantik dan muda rupa-rupanya dia menggunakan suntikan DNA ikan salmon untuk kekal sihat dan awet muda.

 

Korea Dan Singapura Juga Guna DNA Ikan Salmon

Sementara itu, doktor kecantikan yang merawat penyanyi itu berkata, proses meremajakan kulit wajah menggunakan ikan salmon sudah banyak dilakukan di Korea dan Singapura.

Sumber:Wow Menariknya

Jadi sebab itu kulit muka orang Korea dan Singapura sangat bersih, cantik dan berkilau.

Doktor berkenaan turut menyarankan Krisdayanti mengambil suntikan setahun sekali memandangkan keadaan kulit wajahnya masih baik.

 

Netizen Pula Panas

Ada yang mengatakan bahawa suntikan ikan ini boleh mengundang bahaya untuk kesihatan pada badan manusia.

Ada yang belum pernah mendengar suntikan DNA ikan salmon ini wujud dan ia boleh diguna pakai untuk awet muda.

Mereka turut mempersoal tindakan Krisdayanti mengamalkan suntikan tersebut.

Sedangkan pakar kecantikan mengakui bahawa terdapat banyak khasiat ikan salmon ini untuk tubuh badan manusia.

Rasanya netizen tidak perlu berlebih dalam memberi komen negatif. Krisdayanti mempunyai kemampuan yang lebih dalam menjaga kesihatan kulit wajahnya itu.

 

Khasiat Ikan Salmon Yang Perlu Anda Ketahui:

Selain untuk kecantikan kulit wajah anda, ikan ini juga bermanfaat untuk tubuh badan anda yang lain.

1) Meningkat Fungsi Otak Dan Ingatan

Mengandungi Vitamin A dan asid amino yang mampu merangsang aktiviti otak dan membuat fungsi memori anda secara optimum.

2) Mengurangkan Radangan

Mengamalkan ikan salmon ini dapat membantu kurangkan pembekuan darah dalam otak, elak kanser, strok dan radang sendi darah.

3) Mengurangkan Kemurungan

Ia juga mengandungi omega-6 yang mampu mengurangkan tekanan atau tanda-tanda kemurungan.

Itu antara khasiat yang dapat dikongsi, sebenarnya banyak lagi khasiat lain yang anda perlu terokai untuk kesihatan anda.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adalah anda yakin suntikan DNA ikan salmon membantu anda untuk awet muda?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN