Baru-baru ini, seorang remaja dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan sumbang mahram bersama kakak kandungnya sejak dua tahun lalu.
Apa yang menyedihkan, perbuatan terkutuk itu telah menyebabkan kakaknya yang berumur 16 tahun melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas rumah mereka pada 15 Disember lalu.
Disebabkan itu, banyak netizen di media sosial dilihat mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan kedua beradik tersebut dengan mendesak agar ibu bapa mengawasi anak masing-masing di dalam rumah.
Tidak kurang juga, ada yang menyalahkan ibu bapa kepada kedua beradik itu disebabkan gagal mengawal serta mendidik anak mereka.
Adakah Teknologi Masa Kini Menjadi Penyebab Utama?
Remaja masa kini sememangnya bebas memiliki pelbagai jenis teknologi sama ada komputer riba mahupun telefon bimbit untuk berkomunikasi dengan rakan mahupun ahli keluarga.
Jika ibu bapa tidak memberikan telefon, ada pula yang sanggup bertindak mahu melarikan diri dari rumah sekiranya hasrat tersebut tidak ditunaikan oleh ibu bapa.
Setiap seorang daripada kita mesti pernah melalui fasa remaja yang mana fasa tersebut sememangnya mempunyai banyak cabaran dan dugaan.
Ketika usia inilah, remaja dilihat mahu mencuba dan menerokai sesuatu yang baru dan mencabar sehingga sering memerangkap mereka ke dalam belenggu yang sukar untuk mereka mencari jalan pulang.
Misalnya, sekiranya ibu bapa tidak memantau serta mengawasi setiap gerak geri anak, berkemungkinan besar anak mereka akan mudah terjebak dengan aktiviti tidak sihat seperti merempit, bersosial sehingga lewat malam, minum arak dan sebagainya.
Namun apabila ibu bapa terlalu mengongkong anak, lain pula jadinya apabila anak itu sendiri akan bertindak lebih agresif sehingga ada yang sanggup membunuh ibu bapa sendiri.
Sumbang Mahram Dilarang Sama Sekali Dalam Islam
Bagi masyarakat Islam, perbuatan sumbang mahram ini cukup menggambarkan sesuatu perbuatan yang jijik serta terkutuk.
Apa yang lebih menjijikkan apabila perbuatan itu dilakukan dalam kalangan sesama ahli keluarga yang mempunyai pertalian kekeluargaan dan persaudaraan secara dekat.
Kes sebegini bukan dianggap luar biasa, malah sebelum ini sudah banyak kes yang sama berlaku melibatkan bapa kandung dengan anak, bapa tiri atau bapa angkat, bapa saudara, bapa mertua dan menantu, dan di antara abang dan adik, adik dan kakak, atau pun ibu dan anak, datuk dengan cucu dan sebagainya.
Memang tidak dinafikan, remaja masa kini seringkali terdedah kepada video lucah dalam telefon bimbit sehingga timbul keinginan untuk mengetahui serta mencubanya.
Dalam hal ini, kerajaan mungkin perlu mengadakan silibus yang lebih baik untuk pendidikan seks bagi menyelesaikan masalah buang anak, zina, HIV, AIDS dan sebagainya.
KATA ORANG
Jangan lihat pada kes SUMBANG MAHRAM sahaja, tapi selidik punca.
— queenAYU (@asmaliniLinie) January 16, 2019
Kejadian bermula 2 tahun lepas. Bermakna adik berumur 12 tahun dan kakak 14 tahun.
Semoga allah lindungi anak anak kita semua. Allah sedihnya 😥 https://t.co/0ufkpRB7Td
Ok baca article psl sumbang mahram but first of all how can yal turn on dgn siblings sendiri 🥵💆🏻♀️
— ♡^▽^♡ (@afiqxhun) January 14, 2019
apooo sia kakak dengan adik sumbang mahram sampai beranak kakak dia kesian sial baby tu lahir2 je mesti kene kecam
— b (@yoimgreat1) January 14, 2019
remaja lelaki, 14 tahun, sumbang mahram dgn kakak, 16 tahun,..... dah dua tahun buat benda ni ya Allah what happened..........
— syfuqh (@ssnsrshd) January 14, 2019