Sumber : Astro Awani

Khamis 10 Januari 2019, Sultan Johor, Sultan Ibrahim menerima kehadiran Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Bukit Serene Johor Bharu.

 

Sultan Johor Memandu Proton Saga Berusia 34 Tahun

Sumber : Utusan

Kereta proton saga keluaran yang pertama berwarna biru yang dipandu Sultan Ibrahim itu dijual pada harga RM17,000 pada awal pelancarannya sekitar tahun 1985.

Kereta yang sudah berusia 34 tahun itu masih cantik dan berfungsi dengan baik kata Tun Mahathir.

 

Perjumpaan Sultan Johor Dan Tun Mahathir

Perjumpaan ini merupakan pertemuan pertama Tun Mahathir dan Sultan Ibrahim selepas perlantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri yang ke -7 dan selepas pertukaran kerajaan yang diambil alih oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Tun Dr Mahathir tiba di istana pada jam 3.50 petang dan perjumpaan tersebut berlangsung selama 90 minit.

Perjumpaan antara kedua-dua tokoh ini tidak dapat dipastikan motifnya namun Sultan Ibrahim dan Tun Mahathir nampak mesra dan selesa sepanjang proses perjumpaan ini berlangsung.

“Saya boleh berkomunikasi dengan Baginda (Sultan Ibrahim), kita bersetuju supaya kita lebih ‘frank’ (terbuka), bercakap secara berterus-terang dan tiada sembunyi-sembunyi. Baginda bagi pandangan Baginda, saya bagi pandangan saya,” kata Tun Mahathir pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru, Johor.

 Selain itu, Tun Mahathir turut menerangkan bahawa perjumpaan tersebut tidak berkaitan dengan institusi Raja-Raja.

 

Spekulasi Rakyat

 Ramai yang tertanya-tanya apakah sebab disebalik perjumpaan kedua-dua tokoh negara ini. Adakah ia berkait dengan perletakan jawatan Sultan Muhammad V yang berlaku baru-baru ini.

Terdapat juga individu yang mengatakan Tun Mahathir terlibat dengan pemilihan Sultan baru yang akan ditabalkan.

Apa-apa pun, pertemuan ni menunjukkan bahawa kedua-dua individu terhormat negara ini mempunyai hubungan yang baik.

Selain dapat menjadi teladan yang baik untuk rakyat, pertemuan ini dapat memberi imej yang baik untuk negara bagi pandangan negara luar.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat, apakah motif Sultan Ibrahim dan Tun Mahathir berjumpa di Istana Bukit Serene?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN