Penyanyi Sufian Suhaimi, 27 sekali lagi mencipta kontroversi dalam video klip lagu terbarunya ‘Mencuba’ yang dilancarkan pada 3 April lalu.
Ia berikutan terdapat satu babak yang memaparkan Sufian menaiki helikopter bersama model perempuan yang dianggap netizen sama seperti kisah silamnya.
Umum mengetahui, sebelum ini Sufian pernah bertunang dengan pelakon Elfira Loy dan pernah membuat kejutan menaiki helikopter sempena hari jadi Sufian ke-25 sekitar dua tahun lalu.
Â
Relevan ke Babak Naik Helikopter?
Terdapat netizen mempersoalkan adakah relevan untuk Sufian menggunakan helikopter dalam babak ini? Kenapa tidak menggunakan kenderaan lain?
Walaubagaimanapun, Sufian Suhaimi menjelaskan, babak menaiki helikopter dalam video muzik single terbarunya, Mencuba, tiada dalam perancangan awal pembikinan klip terbabit.
Namun, pada saat akhir perubahan dibuat apabila mereka menerima tawaran tajaan daripada sebuah syarikat penerbangan persendirian yang ingin terbabit sama dalam penghasilan video itu.
Sufian turut menjelaskan, beliau agak bimbang pada mulanya untuk melakukan babak helikopter ini kerana takut akan menyinggung mana-mana pihak.
Tetapi beliau menegaskan lagu dan video klip tersebut tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak.
Â
Sufian Tak Move On?
Masing-masing ada persepsi berbeza untuk ditafsirkan. Cuma bagi Sufian, babak helikopter itu tidak bermaksud beliau masih dibayangi kisah lampau. Sufian anggap babak itu sebagai nilai tambah dan perkara menarik untuk ditonton.
Sufian turut mengakui dirinya sudah lama ‘move on’ tanpa memikirkan lagi apa yang pernah terjadi sebelum ini.Jelasnya, babak helikopter itu adalah elemen perbezaan yang cuba diketengahkan kerana ia bukan dapat dilihat setiap hari.
Sufian juga berkata, lagunya sebelum ini ‘Dimatamu’sangat memberi kesan. Jadi, untuk lagu baru ini beliau perlu buat yang lebih baik. Kalau tidak boleh sama seperti Di Matamu pun, beliau berharap ia mampu memberikan kejayaan tersendiri.
Kontroversi dan Cuba Lariskan Lagu
Ramai juga netizen beranggapan bahawa babak tersebut sengaja dibuat bagi mencipta kontroversi dan secara tidak langsung akan melariskan lagu tersebut.
Sufian mengucapkan terima kasih kepada netizen dengan anggapan itu kerana selalunya netizen akan menganggap beliau hanya belum ‘move on’ .
Sekiranya, ia benar-benar hanya gimik ternyata beliau berjaya membuatkan orang ramai menonton video klipnya itu.
Video tersebut kini telah mendapat tontonan 1.3 juta orang dalam masa seminggu.
KATA ORANG
I love how sufian suhaimi had the closure in his new song mencuba tu. Not everything will go as how we wanted them to be and there's also things that no matter how hard you try pun if its not meant for you then it's not for you. Go lah listen hahahahaha
— am (@Amandaabd_) April 4, 2019
The most deepest helicopter is in @sufiansuhaimi song #jomkitamoveon
— mia (@nurqiamianis) April 5, 2019