Sumber: The Star

Siapa yang tidak kenal Datuk Seri Mohamad Hassan atau dikenali sebagai Tok Mat, watak yang bersahaja, tenang dan sangat teliti dalam membuat keputusan. Kini beliau memegang teraju utama UMNO selaku Timbalan Presiden yang memangku tugas-tugas Presiden selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil keputusan bercuti dari menjalankan tugas.

Meneraju Parti Ketika Parti Lemah

Memegang jawatan utama parti sewaktu parti dalam keadaan lemah bukan sesuatu tindakan yang popular, ditambah lagi dengan usaha untuk menyatupadukan ahli parti yang telah berpecah-belah.

Ini sememangnya tugas yang amat berat. Kekalahan demi kekalahan BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) seakan-akan memalapkan harapan untuk UMNO dan BN bangkit dari kegelapan.

Tekanan dari dalam dan luar parti inilah yang menyebabkan Presiden UMNO mengambil tindakan bercuti dari melaksanakan tugas parti dan memberi tugas kepada Tok Mat. Namun, semenjak Tok Mat mengambil alih teraju parti dan BN, sinar kebangkitan mula kelihatan.

Mencipta Kejutan

Bermula dengan kemenangan sulong BN dalam siri PRK Parlimen di Cameron Highland disusuli dengan kejayaan merampas kerusi Dun Semenyih yang agak mustahil telah membuktikan bahawa Tok Mat mempunyai aura tersendiri sebagai seorang pemimpin politik.

Sumber: UMNO online

Ini kerana beliau sedar perlunya suara pembangkang yang kuat di Parlimen dan politik Malaysia, beliau berjaya menggembleng kekuatan bersama Parti Islam Semalaysia (Pas). Kekuatan Pas selaku parti Melayu bersama UMNO berjaya ditampilkan dalam kedua-dua siri PRK dengan undi Melayu yang sangat signifikan seterusnya memberi kemenangan yang besar kepada BN.  

Sumber: Mstar

Berjaya Menyatukan Suara Parti Pembangkang

Bukan itu sahaja, imej BN sebagai gabungan parti yang semakin berpecah berjaya dipulihkan. Jika dahulu MIC dan MCA melihat Pas sebagai parti yang terlalu islamik tidak wajar didekati, namun pada hari ini kedua-dua mereka tidak canggung untuk bersama dan duduk sepentas. Begitulah politik. Siapa sangka perkara yang mustahil seperti ini akan berlaku.

Sumber: Harakah daily

Kehebatan Tok Mat bukan lagi di peringkat Dun tapi sudah tiba masanya beliau berada di Parlimen. Trek rekod kejayaan dalam pentadbiran beliau di Negeri Sembilan sudah cukup untuk membuktikan beliau mampu menjadi pemimpin di peringkat nasional.

Rekod Tadbir Negeri Baik

Lihat sahaja rekod prestasi ekonomi Negeri Sembilan yang memberangsangkan. Pada tahun 2015 sahaja, negeri ini berjaya melepasi sasaran pelaburan RM1 bilion dan trend ini semakin meningkat saban tahun. Malah, sewaktu pentadbiran beliau, negeri ini merupakan satu-satunya negeri yang membayar hutang secara tunai kepada Kerajaan Persekutuan.

Sumber: Travel Malaysia

Malah, idea-idea bernas beliau khususnya berkaitan dengan projek-projek kewujudan bandar Agropolis yang menjadi nadi penting sumber makanan kepada warga Lembah Klang diteruskan oleh kerajaan PH Negeri Sembilan hari ini.

Namun, tidak adil untuk menyalahkan Tok Mat atas kejatuhan pentadbiran NS kepada PH dalam PRU yang lalu. Penolakan rakyat bukan kepada pemimpin tempatan tetapi penolakan terhadap pemimpin parti di peringkat nasional.

Sama ada Tok Mat menang atau pun kalah dalam PRK Rantau ini, suara beliau perlu digemakan di Parlimen dengan bertanding di kerusi Parlimen. Sama ada kerusi parlimen kosong atau dikosongkan, itu terpulang kepada strategi parti politik.

Sumber: Barisan Nasional

Perkukuhkan Suara Pembangkang Di Parlimen

Hari ini, kita memerlukan suara pembangkang yang kuat bagi memastikan tugas semak dan imbang kerajaan berjaya dilakukan. Kerajaan hari ini perlu dipastikan menunaikan manifesto dan aspirasi yang dimahukan.

Tonjolkan kekuatan pembangkang yang berwibawa. Rakyat tidak mahu lagi melihat wakil-wakil rakyat yang menjadi lalang di Parlimen mendekati sang penguasa.

KATA ORANG

KATA ANDA

Bilakah tempoh sesuai Tok Mat ke Parlimen?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN