Mungkin ramai yang mempunyai masalah untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Perkara ini tidak pelik, dan banyak terjadi dalam kalangan rakyat Malaysia masa kini. Ramai dalam kalangan kita juga tidak mampu menutur dalam bahasa Inggeris secara fasih namun hebat dan pakar sekiranya ingin mengulas banyak perkara dengan menggunakan bahasa Melayu. Begitu juga dengan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu (Pak Mat).

Sumber: David Capie

Pak Mat Tidak Pandai Berbahasa Inggeris

Ramai yang mengetahui Pak Mat tidak mempunyai kemahiran menggunakan bahasa Inggeris dalam medium pertuturan. Dalam masa yang sama, ramai yang mengakui kehebatan beliau berpidato dalam bahasa Melayu. Beberapa episod yang ‘memalukan’ negara di pentas dunia kebelakangan ini harus diambil iktibar dan tauladan oleh semua pihak.

Terbaru, beliau ditertawakan lagi oleh kebanyakan rakyat Malaysia kerana tidak fasih menyampaikan ucapan dalam bahasa Inggeris pada Dialog Shangri-La, Sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-18 di Singapura pada 1 Jun lalu. Ini bermakna, sudah kali kedua beliau masih tidak mampu memperbaiki ucapan Inggerisnya.

Cukuplah Memalukan Negara

Maka solusi terbaik ialah kita menggesa Pak Mat dan pemimpin-pemimpin negara yang tidak fasih berbahasa Inggeris untuk bertutur sahaja menggunakan bahasa Melayu dalam apa-apa forum di peringkat dunia. Sekurang-kurangnya, tidaklah merapu dalam bahasa Inggeris yang ‘entah apa-apa’.

Bahasa, hanyalah medium untuk berkomunikasi. Ada kalanya penggunaan istilah dan sebutan yang salah dalam bahasa Inggeris akan berisiko untuk disalahtafsir oleh pemimpin dunia. Lebih-lebih lagi sekiranya ia merupakan ucapan dasar negara.

Sumber: Karl E

Ramai Pemimpin Dunia Gunakan Penterjemah

Apa salahnya menggunakan penterjemah untuk memastikan ucapan tersebut diterjemah dengan betul ke dalam bahasa Inggeris. Adakah kita sanggup mengambil risiko sekiranya ucapan pemimpin kita sering disalahtafsir? Sudah tentu tidak bukan. Sedangkan ramai lagi pemimpin di peringkat dunia yang menggunakan penterjemah dalam siri ucapan mereka.

Sama ada dari China, Jepun, Turki, Korea, negara-negara Arab dan negara latin sekalipun mereka tidak kekok menggunakan bahasa negara mereka. Malah begitu yakin dan tegas dengan pendirian negara mereka di peringkat dunia. Itu yang harus kita contohi.

Budaya Yang Perlu Dimulakan

Bukan tidak boleh, tetapi kita sahaja tidak memulakannya. Mungkin agak canggung bagi sesetengah rakyat Malaysia untuk melihat, mungkin juga ada yang akan tertawakan langkah ini memandangkan ia perkara baru. Malah, untuk membudayakan perkara baru agak sukar. Tetapi pedulikan semua itu kerana cakap-cakap tersebut tidak pun membantu.

Dengan bilangan penutur sebanyak 250-300 juta, bahasa Melayu sudah pun dianggap sebagai bahasa keenam terpenting di dunia. Hakikat itu yang harus kita banggakan. Kita tahu kemampuan berbahasa pemimpin kita di tahap mana.

Sumber: Malaysiakini

Sama ada sesuai atau tidak untuk beliau menggalas jawatan tersebut, itu soal lain. Ini memandangkan jawatan menteri pertahanan merupakan jawatan politik yang ditentukan oleh parti yang memerintah. Meskipun tidak bersetuju, tetapi itulah hakikat politik yang perlu kita terima.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju menteri gunakan BM di peringkat dunia?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN