Baru-baru ini, tular beberapa keping gambar yang memperlihatkan sebuah tanah perkuburan yang terletak di Bachang, Melaka dibakar dan dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: NewMalaysianPost.com

Dalam kejadian itu, tanah perkuburan seluas 0.8 hektar (2 ekar) itu hanya mempunyai dua penjaga, namun kedua-dua penjaga tidak berada di lokasi ketika kejadian berlaku hingga menyebabkan lebih 30 buah kubur dirosak, dicabut dan dibakar.

Lebih mengejutkan, masjid di kawasan itu juga turut sama dirosakkan individu terbabit yang mana motif kejadiannya masih belum dikenal pasti sehingga ke hari ini.

Kejadian yang berlaku itu juga sama sekali mengundang kemarahan netizen yang rata-ratanya terkejut dan marah dengan situasi tersebut. 

 

Warga Indonesia Dan Penuntut IPTS Ditahan Polis 

Sumber: Astro Awani

Dalam kejadian itu, pihak polis telah menahan seorang penuntut institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang merupakan suspek kedua selepas menahan seorang tukang rumah warga Indonesia berumur 46 tahun dua hari selepas kejadian tersebut, bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, penuntut terbabit dilepaskan dengan jaminan polis kerana mempunyai rekod waran tangkap dari mahkamah atas kesalahan lampau berkaitan dadah dan telah menghadapi pertuduhan mahkamah atas kesalahan itu, semalam.

Manakala, tempoh reman terhadap suspek warga Indonesia itu pula telah dilanjut dua minggu sehingga 11 Julai ini.

 

Disyaki Angkara Khianat

Seminggu sebelum Ramadan yang lalu lagi, satu kubur di kawasan itu difahamkan telah dirosakkan namun kali ini, makin melampau-lampau pula sehingga sanggup merosak dan membakar batu nisan seolah-olah pelakunya ‘hilang akal’.

Sumber: NotaKaki

Namun, tidak dinafikan kejadian yang berlaku itu mungkin disebabkan perbuatan khianat terhadap kawasan perkuburan kubur terbabit.

Tidak kurang juga, ada yang membuat andaian bahawa kejadian yang berlaku itu mempunyai kaitan dengan unsur perbuatan mistik atau syirik.

Namun, apabila dilihat semula pada rekod si pelaku, sekiranya seseorang itu berada di bawah pengaruh dadah, ianya akan menjadikan seseorang itu bertindak agresif dan hilang kawalan diri.

Tidak pasal-pasal orang yang tidak bersalah pula yang terkena tempiasnya.

 

Perlu Buat Pagar Di Kawasan Kubur

Malang tidak berbau. Meskipun kawasan kubur dilihat tidak mempunyai apa-apa ‘nilai’, namun ianya tetap perlu dijaga dengan rapi dan terkawal.

Gambar sekadar hiasan

Salah satu caranya dengan membina kawasan pagar atau tembok batu di kawasan perkuburan bagi mengelak orang luar daripada menceroboh masuk tanpa tujuan.

Bila tiada pagar, macam-macam benda boleh jadi. Selain manusia yang berniat ‘jahat’, keadaan boleh menjadi lebih teruk apabila ada haiwan peliharaan masuk atau berkeliaran di kawasan perkuburan yang dikhuatiri dijadikan tempat pembuangan najis.

Apa-apa pun, diharap pihak berkuasa segera menyiasat dan menangkap si pelaku untuk dibawa ke muka pengadilan segera memandangkan kesalahan yang mereka lakukan ini sama sekali sudah melampaui batas dan melanggar nilai serta norma hidup masyarakat.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai kejadian yang berlaku ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN