Selepas menjadi pembangkang, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini semakin mendapat perhatian ramai sehingga digelar βRaja Trollβ oleh pengguna media sosial.
Sehinggakan populariti beliau semakin meningkat naik saban hari terutama di media sosial.
Ada sahaja idea serta lawak lucu yang dihasilkannya sendiri untuk menyerang parti kerajaan dengan pelbagai cara termasuk sindiran terhadap beberapa pemimpin kerajaan, trend βMalu Apa Bosskuβ dan kali ini lagu Harapan Dusta pula!
Sejak semalam, video lagu berdurasi Β 4 minit 29 saat yang dinyanyikan khas oleh Najib bersama sekumpulan anak muda menjadi tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi buat pengguna media sosial.
Kenang Kejatuhan Lalu
Cara yang digunakan Najib kali ini memang benar-benar berbeza berbanding sebelum ini yang mana lagu Harapan Dusta yang didendangkannya itu mengisahkan kejatuhannya pada 9 Mei tahun lalu.
Sebaik sahaja Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, kejatuhan Najib memang tidak dinafikan lagi sebaik beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan jenayah rasuah dan salah guna kuasa.
Selain daripada rasuah dan salah guna kuasa, skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes Altantuya juga terus dikaitkan dengan Najib.
Setiap kali media tempatan mahupun antarabangsa menyiarkan berita mengenai Najib, rakyat pastinya akan mengutuk serta membuat pelbagai tuduhan ke atas diri beliau dan juga isterinya, Rosmah Mansor.
Hari ini dalam sejarah, Najib tampil dengan satu lagu yang mengambil melodi daripada lagu βHatiku Luka Laraβ oleh kumpulan dari Singapura iaitu Black Dog Bone.
Apa yang melucukan, bait-bait lagu asal tersebut telah diubah yang mana liriknya menyentuh kejatuhan beliau akibat difitnah dan kecaman terhadap kerajaan PH.
Berikut adalah antara lirik yang dibawakan oleh Najib:
Inilah hari paling sedih dalam hidupku
Setelah tanggal 9 mei 2018
Aku disingkirkan
Selama ini aku berjuang
bermati-matian demi rakyat
Yang amat aku kasih dan sayang
Tapi apakan daya aku teraniaya
Dengan mainan Pakatan Harapan
Yang agendanya semata-mata
fitnah dan dendam
Namun aku berserah pada Tuhan
Agar diberi kekuatan untuk menyusun semula Barisanβ¦
Lancar Lagu Untuk Menyesali Situasi Negara Di Bawah PH
Sebaik mendengar lagu yang dihasilkan oleh Najib, pasti ramai yang tertanya-tanya akan motif sebenar beliau melancarkan lagu tersebut bukan?
Jika dilihat pada lirik lagu yang dinyanyikan beliau, ia sama sekali menunjukkan bahawa lagu tersebut direka khas bagi menyesali akan situasi negara di bawah pemerintahan kerajaan PH kini.
Daripada isu mengenai harga minyak, tol dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dijanji untuk diturun serta dihapuskan, hanya sekadar mimpi sahaja.
Sehingga ke hari ini, rakyat Malaysia melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan kerajaan yang tidak mengotakan janji malah sebaliknya membuat pusingan-U dengan menangguh sesuatu isu tersebut.
Melihat kepada apa yang dilakukan oleh Najib ketika ini, adakah beliau mempunyai motif tertentu dengan cara βtrollβ pemimpin kerajaan hanya untuk meraih populariti semata-mata dan mengaburi rakyat terhadap kesalahan yang beliau lakukan sebelum ini?
Beri Masa Kepada Kerajaan Baru
Sebaik PH menjadi kerajaan, apa sahaja yang dilakukan oleh mereka pastinya untuk kesejahteraan rakyat secara umumnya.
Memang tidak dinafikan,Β sebagai sebuah kerajaan yang baru, banyak perkara yang dibuat itu pasti tidak akan dipersetujui oleh rakyat serta pembangkang.
Dalam masa tiga hingga lima tahun ini, rakyat perlu beri masa dan ruang untuk PH pulihkan semula negara akibat hutang yang mencecah lebih RM1 trillion.
Yang pastinya, kerajaan PH yang ada ketika ini sememangnya masih berusaha untuk memperbaiki keadaan ekonomi negara dan juga rakyat untuk memulihkan semula keadaan fiskal negara yang telah dirosakkan oleh kerajaan terdahulu.
KATA ORANG
sejak dah tak jd pm ni, dia kelihatan bebas dari kawalan bini dia. nampak dia makin ceria.
β junaR (@junaR61410911) January 24, 2019
Nk meraih simpati..jgn harap klu salah tetap salah
β abbyizzara (@abbyizzara) January 23, 2019
Maybe this is the reason why he asked for postponement of his case, to release the video first.
β smarthesis (@iam_meelo) January 23, 2019
multi talented guy...
β Ridzwan Mazlan π (@RidzwanMazlan) January 23, 2019
first he was a magician who can make money disappear,
now he is a king of troll and also a singer... ππ