Semalam, seorang isteri kedua meluahkan perasaanya di sebuah halaman rumahtangga di Facebook dan ingin meminta cerai kerana merasakan dirinya teraniaya.
Perkongsian tersebut menerima kecaman hebat dari netizen yang rata-rata melabel wanita berkenaan sebagai pisau cukur dan sanggup menjadi isteri kedua semata-mata kerana pangkat dan harta yang dimiliki oleh suaminya.
Suaminya yang disahkan mempunyai penyakit stroke dan tidak mampu menguruskan diri sendiri memerlukan perhatian dan jagaan orang lain untuk melalui hari-hari mendatang.
Si isteri kedua yang kesal dengan nasib yang menimpanya kerana kini beliau terpaksa menjaga suami yang seolah-olah seperti menjaga anak kecil.
Dia juga dikatakan ingin meminta cerai kerana tidak mahu hidupnya habis dengan menjaga si suami yang uzur.
Apalah malang nasib si suami, semasa sihat dan berharta dia digila-gilakan namun bila sudah uzur begini mudahnya ingin dicampak begitu saja.
Isteri Pertama Ambil Semua Harta Dan Lepas Tangan
Menurut perkongsian wanita berkenaan juga isteri pertama seperti tidak mahu mengambil tahu tentang suami mereka yang sedang sakit. Malahan habis semua harta suami seperti rumah dan kereta mewah diambilnya.
Wajarkah isteri pertama tersebut berbuat demikian, adakah kerana masih menyimpan dendam kerana dimadukan atau memang sudah tidak ada rasa cinta terhadap si suami?
Siapalah kita untuk menilai, namun yang pastinya suami yang sedang sakit itu tidak patut dibiarkan terkontang-kanting tanpa tempat bergantung. Kan syurga seorang isteri dibawah telapak kaki suami.
Mana Janji Susah Senang Bersama?
Inilah ragam berumahtangga, waktu senang macam-macam janji manis ditabur terhadap pasangan namun apabila suasana sudah bertukar pahit semua nak lepas tangan.
Sepatutnya, secara logiknya kesakitan yang dihadapi oleh si suami sepatutnya menjadi ringan dan penuh sokongan kerena mempunyai dua orang isteri yang boleh menjaga kebajikan si suami. Namun yang sebaliknya pula yang berlaku.
Jika kita ditempat suami, pastinya akan berada sedih kerana merasa diri seperti tiada nilai di mata keluarga.
Siapa Suruh Gatal Dengan Suami Orang
Perkongsian jujur dari si isteri kedua ini dilihat seperti tidak wajar kerana terang-terangan menunjukkan dia berkahwin dengan si suami hanya kerana harta.
Gelaran b*b* penyondol yang sering diberikan kepada wanita-wanita yang suka merosakkan rumahtangga sesebuah pasangan dikatakan layak diberikan kepada wanita ini.
“Dah seronok kikis harta, bila dah sakit pandai la jaga, ni nak mintak cerai pulak”, komen seorang netizen di halaman Facebook tersebut.
Pahit manis bermadu
Ada isteri-isteri yang bermadu dikurniakan kehidupan berumahtangga yang aman dan bahagia. Walaupun di dalam hati tiada siapa yang tahu, namun masing-masing sanggup bertolak ansur dengan satu sama lain demi kebahagian bersama.
Namun tidak kurangnya, jenis madu yang saling memburukkan satu sama lain walaupun sudah 10-15 tahun hidup bermadu.
Ada saja yang tidak kena dan sentiasa merungsingkan suami dengan hal-hal yang kecil sehinggakan suami tertekan dengan keadaan.
Hidup berpoligami tidak dilarang oleh agama, namun ada perkara yang perlu dititikberatkan sebelum anda membuat keputusan untuk bermadu.
Di zaman moden ini juga, ramai isteri pertama yang rela diceraikan dan membawa diri bersama anak-anak dan tak rela dimadu. Kerana wanita zaman sekarang semakin kuat dan lebih berdikari.
Apapun jika sudah tertulis takdir anda sebegitu, laluilah dengan hati yang terbuka dan jadikan ia satu ibadah sebagai saham untuk anda di akhirat sana.
KATA ORANG
Syariah meja bulat harini invite intan liana, ex madu izreen azminda. Ally tanya;
— htzzif (@htzzif) April 16, 2019
"bagaimana penerimaan intan selepas dimadukan?"
Intan: Saya cuba redha hidup bermadu namun tetap diceraikan.
😢
If really the first wife is a victim, I wish her to be stronger than ever. Because she doesn't deserve that. You left her right after you got married to your 2nd wife. Mana adil dan saksama dalam hidup bermadu?
— yesadl (@yesadl) March 2, 2018
Aku nak jadi isteri pertama dan terakhir dalam hidup seorang lelaki.Bukan isteri ke 2 ke 3 ke 4 ke 5 ke 100.Sorry tak berminat nak bermadu.
— atxxn_ (@pakOftwit) December 2, 2016
berani mati betul minta kebenaran bini nak jadi madu dia sebab suka tengok suami orang tu. mana ada orang suka berkongsi, kalau boleh tidur nak sekatil hari hari, sentiasa ada kat rumah, nak panggil terus ada. gila betul. say no to hidup bermadu
— embun karina (@embunkarina_) January 11, 2019
KATA ANDA