Pernah dengar kisah si suami meninggal dan isteri hidup papa kedana meminta sedekah. Sedangkan kehidupan dengan si suami ketika masih hidup senang dan mewah. Cukup makan dan pakai malah tempat berteduh juga selesa.

Namun selepas kematian suami, isteri terpaksa merayu minta dikasihani demi menyara kehidupan bersama anak-anak malah ada yang terpaksa meminta bantuan kerajaan untuk meneruskan kehidupan.

Kisah tragis seperti ini, pasti jarang kita dengar. Namun dengan adanya media sosial sekarang, pelbagai ragam kehidupan berumahtangga diluahkan melalui platform ini. Mungkin ada yang menganggap seolah-olah mengaibkan pasangan mahupun keluarga mertua dan sebagainya. Namun jika dilihat dari sudut yang lebih besar, ianya secara tidak langsung dapat dijadikan pengajaran untuk orang lain.

Baru-baru ini, seorang wanita yang kehilangan suaminya secara mengejut berkongsikan kepayahan hidupnya bersama tiga anak kerana semua harta milik suami diambil oleh keluarga mertua.

Tidak mahu memburukkan keadaan, dia tepaksa redha dan menerima keadaan tersebut dengan hati yang terbuka.

Dia yang dulunya merupakan suri rumah sepenuh masa kini terpaksa bekerja demi menyara kehidupnya dan anak-anak.

Tanpa rasa bersalah, ibu mertua dan adik beradik si suami datang dan menuntut setiap harta si suami tanpa memikirkan kehidupan si isteri dan anak-anak di masa hadapan.

 

Suami Meninggal, Tanggungjawab Jatuh Kepada Siapa

Mungkin ramai yang tidak tahu ataupun mengambil mudah isu siapa yang patut menyara si isteri dan anak-anak jika anak lelaki mereka meninggal dunia.

Tanggungjawab menyara anak-anak jatuh kepada keluarga wali dan pakcik, dan kerana itulah jika merujuk kepada hukum faraid pembahagian yang lebih akan diberikan kerana wali dan pakcik sebelah lelaki lah yang akan menjaga nafkah anak-anak simati.

Namun begitu, kerana wang dan harta ramai yang gelap mata. Ramai yang hanya pandai menuntut namun tanggungjawab sebenar tidak digalas dengan betul.

Ramai yang lepas tangan selepas harta dibahagikan, hak nafkah anak-anak tidak dilunaskan malah kebajikan si isteri dan anak-anak diabaikan sehinggakan ramai yang menjadi janda perlu mengemis dan menagih simpati orang ramai.

 

Jangan Ambil Mudah Wasiat, Mati Tak Kenal Usia

Kerana itulah, rata-rata pemilik harga akan dinasihatkan untuk membuat surat wasiat supaya jika ada sesuatu yang tidak diingini berlaku, nasib anak-anak dan isteri mereka akan terbela.

Bukan ingin memburukkan sesetengah orang, namun ahli keluarga kita yang dulunya baik dan prihatin tidak mustahil boleh bertukar menjadi mata duitan dan tamak.

Lagi-lagi kalau harta yang ditinggalkan sangat tinggi nilainya. Siapa yang tak gelap mata.

Bagi yang ingin membuka akaun KWSP juga, selalunya pihak KWSP akan menyarankan anda untuk terus mendaftar nama waris agar apa-apa urusan tuntutan atau pembahagaian wang jika anda sudah tiada akan lebih mudah dan tidak rumit.

Kes-kes penganiayaan terhadap wanita yang kematian suami semakin teruk dan rumit. Malah susah hendak diselesaikan jika si suami tidak bersedia lebih awal dengan menyediakan wasiat dan sebagainya.

Jangan sangka badan yang sihat dan tidak berpenyakit tidak akan terkena musibah, kita wajar berjaga-jaga demi kesenangan ahli keluarga kita.

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

                                                       

Pada pendapat anda, wajarkah keluarga mertua lepas tangan selepas kematian anak lelaki mereka?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN