Tanggungjawab seorang suami sangat besar bukan sahaja perlu menyediakan keperluan untuk anak isteri tetapi mencari nafkah juga bagi penambahbaikan ekonomi keluarga demi menyenangkan dan memudahkan mereka.

Ekoran dari itu, ramai suami yang terpaksa bertungkus lumus bekerja dan menjadi ‘gila kerja’ atau ‘workholic’ demi menampung kehidupan keluarga. Namun ada juga golongan yang mengambil kesempatan dengan alasan ‘gila kerja’ untuk berfoya-foya atau memang sifat semulajadinya yang ‘gila kerja’.

Sungguhpun begitu, terdapat isteri yang berasa tertekan dengan sikap ‘gila kerja’ suami sehinggakan ‘makan diri’. Kenapa ini berlaku? Adakah isteri tidak faham kerja suami?

 

Gila Kerja dan Workaholic adakah sama?

Ya. Gila kerja atau Workaholic adalah sama dimana sesuatu keadaan seseorang yang mementingkan pekerjaannya secara berlebihan dan mengabaikan aspek kehidupan yang lain. Perkara ini juga memberi kesan yang tidak baik kepada seseorang itu.

Dalam hal ini, mereka yang workaholic ini tujuannya untuk mengejar karier mereka dan menganggap hanya mereka sahaja yang boleh melakukan kerja tersebut dengan betul.

Sebaliknya ada juga orang yang dilabel sebagai kerja keras. Kerja keras adalah bekerja secara maksima terhadap pekerjaannya tetapi masih boleh menyeimbangkan masa dengan keluarga dan sosial.

 

Punca Suami Gila Kerja

Rata-rata para suaminya adalah dari jenis gila kerja kerana terbeban dengan berbagai tugasan di pejabat.

Biasanya suami yang gila kerja ialah jenis yang mempunyai cita-cita, tanggungjawab dan komitmen yang tinggi.

Sumber : Magazine Job

Lebih-lebih lagi yang berjawatan ketua atau eksekutif di tempat kerjanya. Suami jenis ini banyak memikirkan masa depan dan tanggungjawab berat untuk memastikan kemajuan dan kepentingan syarikat yang diterajuinya.

Walaubagaimanapun, ada juga lelaki yang dilihat gila kerja kerana tekanan hidup. Mereka terpaksa melakukan kerja lebih masa untuk menambah pendapatan bagi menampung keperluan keluarga.

 

Faktor Isteri Tertekan

Kebiasaannya seorang isteri sudah pasti akan menyokong dan menerima suaminya walau apa sekalipun terutama melibatkan kerja. Tetapi jika merasa tertekan dengan suaminya mesti ada sebab kan?

Adakah isteri itu kurang mendapat perhatian atau layanan, rasa diabaikan atau keseorangan? Sifat seorang isteri, mereka sentiasa inginkan layanan dan perhatian walau sesibuk mana seorang suami itu. Jika ini tidak dapat ditunaikan oleh suami, pasti mereka ‘makan hati’ dan merana.

Sumber: The Asian Parent

Perasaan sunyi, sepi itu bukanlah hanya datang dalam jangka masa sebulan atau dua bulan suami mereka jadi gila kerja sebaliknya bertahun dan mereka tidak dapat menahan lagi perasaan mereka itu.

 

 

Kesan Kepada Keluarga

Setiap perbuatan kita mestilah mempunyai kesan sampingan tidak kira yang baik atau tidak, jangka masa cepat atau lama. Setiap kesan itu bergantung kepada keadaan.

Ramai pasangan yang mengadu mengalami masalah keretakan rumahtangga yang berpunca dari fenomena suami gila kerja ini. Lebih parah lagi jika pasangan itu belum dikurniakan anak sebagai peneman isteri atau golongan suri rumah sepenuh masa.

Sumber. Dunia Cara

Keretakan bermula dari si isteri yang merasa terabai kesunyian sehingga merasa tertekan. Segala urusan rumahtangga termasuk urusan anak-anak terpaksa diuruskan sendiri.

Mereka tidak pandai untuk meluahkan perasaan tersebut. Tindakbalas yang diberikan terhadap suami agak dingin dan berupa protes yang menimbulkan ketegangan. Ini ditambah pula dengan kerasnya sikap suami.

Sumber : Google

Anak-anak juga akan membesar dengan sikap kebencian. Ini kerana mereka akan melihat sikap ibu bapa yang mula berfikiran negatif satu sama lain seterusnya perpecahan berlaku dan anak-anak kehilangan tempat untuk berkasih sayang.

Pemikiran anak-anak yang sedang membesar mampu menyimpan peristiwa buruk dan membina keperibadian yang kurang baik.

 

Bagaimana Untuk Isteri Hadapi

Kebanyakan isteri menjadi tertekan dan merasa tersisih dengan keadaan suami gila kerja. Tekanan itu menyebabkan mereka menjadi berjauh hati dan bersikap emosional terhadap suami. Kerana itu amat penting untuk para isteri bersikap sabar, tenang dan berlapang dada dalam menghadapi situasi itu.

Cuba dampingi suami jenis ini dengan memberikan kata semangat dan penghargaan. Nampakkan yang anda berbangga mempunyai suami yang kuat kerja dan kreatif berbanding suami yang pemalas dan asyik makan tidur sahaja di rumah.

Sumber : Femina

Walaupun kita merasa bosan dan tertekan, cuba pujuk diri agar bertolak ansur ketika permintaan kita tidak dipenuhi. Jangan sekali-kali bersikap mendesak ketika meminta sesuatu apabila dilihat beliau tidak selesa atau melayani permintaan kita. 

Jika memang gila kerja ini tidak dapat dielakkan, cuba fahami situasinya dan jadilah penolongnya secara fizikal. Tawarkan apa sahaja yang boleh anda bantu seperti tolong mengira dan menaip, tolong menyusun dan sebagainya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah gila kerja ini akan memberi kesan kepada isteri dan keluarga?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN