Kempen pengharaman penyedut minuman plastik ini sudah mula diterima oleh semua rakyat Malaysia. Walaupun sebilangan kecilnya masih menggunakan penyedut minuman plastik ini.

Sumber:standbynordic.com

Tetapi adakah kempen ini mampu diteruskan? Apabila ada laporan mengatakan seorang wanita maut selepas penyedut minuman besi tertusuk dimata dan terus ke otaknya.

Ramai yang mengambil maklum laporan berkenaan dan mula rasa takut akan penggunaan penyedut minuman selain plastik.

Bahaya Atau Tidak?

Ramai mula mempersoalkan rasional kerajaan untuk menghapuskan penggunaan penyedut minuman plastik ini. Mereka mahu pihak kerajaan mengharamkan penyedut plastik yang boleh membahayakan kepada pengguna. Sebagi contoh penyedut minuman yang diperbuat daripada besi ini.

Sumber:The Vocket

Bagaimana jika kanak-kanak pula menjadi mangsa? Mereka berlari-lari dengan penyedut minuman besi ini dan maut? Persoalan terus dibangkitkan untuk kerajaan mencari solusi yang lebih baik jika mahu meneruskan kempen sebegini.

Ini berikutan Elena Struthers-Gardner, 60 tahun yang dikatakan membawa gelas berbentuk tembikar dengan penyedut besi tahan karat sepanjang 25 sentimeter di tengah penutup apabila dia terjatuh, penyedut itu menusuk matanya dan terus ke otak.

Sumber:Forum Cari

Keadaan yang mengerikan itu menyebabkan rakyat Malaysia mula tidak menerima pemansuhan ini.

Itu Hanya Alasan Semata-Mata

Walau bagaimanapun, ada segelintir besar rakyat Malaysia mahu kerajaan meneruskan kempen pengharaman penyedut minuman plastik ini.

Ramai mendapati penyedut minuman itu merupakan antara punca utama pencemaran plastik berlaku dan mampu mencemarkan alam sekitar termasuk mencedera dan membunuh hidupan liar.

Sebenarnya banyak lagi penyedut minuman yang diperbuat daripada bahan lain seperti kertas dan getah. Itu lebih selamat jika digunakan. dan bukan alasan untuk tidak meneruskan kempen ini.

Sumber:1Media.My

Mereka yang tidak peka ini sepatutnya tahu bahawa penyedut minuman plastik diperbuat daripada polypropylene yang mana ia mengambil masa ratusan tahun untuk diuraikan.

Biarpun jumlah penggunaan penyedut minuman tidak begitu besar berbanding barangan plastik lain, namun ia tetap menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Masyarakat Perlu Ubah Sikap

Sebenarnya tabiat masyarakat kita pada hari ini yang gemar membuang sampah merata-rata. Bukan sahaja di jalan raya, mereka turut membuang sisa pepejal seperti bahan makanan, tin, plastik dan penyedut minuman di dalam sungai atau lautan.

Sumber:mediaindonesia.com

Secara tidak langsung, keadaan tersebut menyebabkan berlakunya pencemaran plastik dan ia menjejaskan ekosistem di dalam air serta membunuh spesies penyu dan haiwan marin lain kerana mereka menyangkakan ia adalah obor-obor.

Selain sukar mereput, pengeluaran, pembuangan dan proses pereputannya juga secara tidak langsung menyumbang kepada pembentukan gas rumah hijau yang menjadi punca utama berlakunya pemanasan global.

Salahkan Penyu Pula

Bukan sebab sayangkan penyu , manusia mati. Tetapi sebab sayangkan alam sekitar semua aspek termasuk haiwan, manusia sekalipun kena dalam keadaan selamat.

Sumber:Kosmo

Untuk membolehkan usaha ini berjaya dalam tempoh jangka masa panjang, perubahan sikap dalam diri individu iaitu tidak menggunakan bahan yang mencemarkan alam sekitar adalah penting demi mewujudkan alam sekitar yang lebih bersih.

Jangan gunakan pelbagai alasan kerana satu kes sahaja. Fikirkan 200 tahun sisa pepejal sebegini tidak akan lupus. Fikirkan soal kehidupan generasi akan datang.

KATA ORANG

KATA ANDA

Jika berlaku keadaan begitu lagi, adakah anda mahu teruskan kempen hari tanpa penyedut plastik?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN