Sumber: Bernama

Tindakan kerajaan persekutuan menarik balik penyertaan ke dalam Statut Rom terus menimbulkan persoalan kepada semua pihak. Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dimaklumkan semasa sidang media dilakukan pada hari Jumaat yang lalu.

Kerabat Diraja Turut Beri Reaksi

Jika isu ICERD mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan rakyat, khususnya masyarakat Melayu, isu berkenaan Perjanjian Statut Rom pula dilihat menimbulkan polemik yang unik memandangkan bukan sahaja percanggahan pendapat di kalangan rakyat, dalam masa yang sama, suara-suara bantahan turut dijelmakan dari kerabat-kerabat diraja.

Bagi pihak yang pro-Perjanjian Statut Rom semestinya mempersoalkan tindakan kerajaan membatalkan penyertaan tersebut yang dikatakan mampu memberi jaminan keadilan, keamanan dan kesaksamaan kepada masyarakat dunia.

Kerajaan U-Turn

Penarikan diri pihak kerajaan seolah-olah seperti anti-klimaks memandangkan beberapa perbincangan, rundingan dan persetujuan telah dilakukan bersama Pemangku Yang di-Pertuan Agong dan seterusnya Yang di-Pertua Agung (YDA).

Sumber: The Star

Bagi ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim beliau mempersoalkan tindakan yang dilakukan kerajaan. Adakah keputusan tersebut dilakukan secara konsensus atau berdasarkan keputusan majoriti, atau keputusan Perdana Menteri seorang diri?

Sumber: Facebook Asheeq Ali

Pandangan Ahli Akademik Berat Sebelah?

Perkara sama turut diulas oleh aktivis mahasiswa. Malah, mereka turut mendedahkan rumusan kerja oleh empat orang ahli akademik bersifat berat sebelah telah digunakan untuk meyakinkan Majlis Raja-Raja bagi menolak Statut Rom. Mereka turut menuntut wacana di semua peringkat termasuk ahli akademik bagi membahaskan isu ini.

Kata mereka,  sebagai ahli akademik yang beretika, mereka perlu menyatakan kebaikan dan keburukan Statut Rom untuk dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja dengan sewajarnya.

Bagi pihak yang anti-Perjanjian Statut Rom tentunya berasa sangat gembira dengan tindakan kerajaan menarik balik penyertaan dalam perjanjian tersebut memandangkan perjanjian itu dikatakan secara jelas telah ‘bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan’. Benarkah dakwaan ini?

Malah, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu kerajaan menolak perjanjian antarabangsa yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana,apa-apa perjanjian yang bertentangan dengan kuasa Raja-raja Melayu, keistimewaan  orang Melayu dan agama Islam ‘tidak boleh disentuh atau dikurangkan’.

Bagi memahami isu Statut Rom penilaian yang dilakukan perlu bersifat adil, tanpa emosi, tidak berdasarkan penilaian politik serta mengambil kira relevan perjanjian ini dalam menghentikan keganasan dan ketidakadilan dunia.

Sumber: HRW.Org

Apa Itu Statut Rom?

Statut Rom merupakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang pertama berasaskan triti dengan matlamat melaksanakan siasatan dan dakwaan kepada mana-mana individu yang disyaki melakukan jenayah antarabangsa yang sangat serius seperti genosid, jenayah perang, jenayah kemanusiaan dan jenayah pencerobohan.

Sekiranya Malaysia melakukan jenayah perang, YDPA tetap tidak akan disentuh oleh ICC kerana Artikel 40, Perlembagaan Persekutuan menyatakan YDPA adalah Raja Berperlembagaan. Semua tugas dilaksanakan atas nasihat Perdana Menteri dan kabinet

Begitu juga dengan Artikel 41, YDPA merupakan pemerintah tertinggi angkatan tentera persekutuan namun tidak diberikan kuasa mengisytiharkan perang. Maka secara jelas, dakwaan bahawa kuasa YDPA, dan Raja-raja Melayu akan terjejas adalah kurang tepat.

Di Asia Tenggara Hanya Kemboja Sertai

Namun begitu, di Asia Tenggara, hanya Kemboja sahaja yang bersetuju untuk menyertai Statut Rom. Indonesia yang terkenal dengan negara yang sangat demokratik di rantau Asia Tenggara juga tidak menandatangani Statut Rom.

Sumber: Makassar Sindonews

Begitu juga dengan Thailand dan Singapura. Malah, Filipina yang menyertai Statut Rom 10 tahun lalu menarik balik penyertaan mereka pada 2017 dan 2019. Jelas, ada yang tidak kena dengan perjanjian ini.

Untuk memberikan jaminan keadilan dan kesaksamaan dunia juga boleh dipertikaikan. Hal ini memandangkan 3 daripada 5 kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat (AS), Russia dan China tidak menandatangani perjanjian ini.

Sumber: Vanityfair

Kuasa Besar Masih Ada Kuasa Veto

Masalah utama ialah kuasa besar dunia masih lagi mempunyai kuasa veto sekiranya tidak bersetuju dengan usul yang dipersetujui di Statut Rom. Maka apakah relevan peraturan ini sekiranya mampu lagi disanggah oleh kuasa veto?

Israel yang secara terang-terangan mencabuli pelbagai perjanjian antarabangsa masih lagi boleh bermaharajalela di tanah jajahan milik Palestin dan yang terbaru pentaklukan kawasan Bukit Golan atas sokongan AS.

Sehingga ke hari ini, tidak ada sekatan ekonomi terhadap Israel, pendakwaan di mahkamah antarabangsa terhadap bekas pemimpin Israel. Maka saya pertanyakan kembali apakah keberkesanannya Statut Rom? Sekiranya perlu diwujudkan wacana yang panjang dipersilakan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah Malaysia Menyertai Perjanjian Statut Rom
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN