Sejak kebelakangan ini, hebat diperkatakan mengenai isu membabitkan pembelian tanah di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Sehingga ke hari ini, isu pembelian tanah tersebut hebat dipolitikkan pihak pembangkang yang mahu menggagalkan usaha pembangunan semula kawasan tersebut yang berada di tengah-tengah ibu kota.

Sumber: Facebook

Semalam, pengendali Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan pula dikecam netizen di media sosial selepas memuat naik satu hantaran mengenai ‘Rumah Paku’ yang didakwa cuba menyindir penduduk di Kampung Baru.

Disebabkan hantaran tersebut, portal Kementerian Wilayah Persekutuan dikecam hebat netizen di media sosial sehingga menyebabkan pengendalinya membuat permohonan maaf.

 

Kementerian Wilayah Buat Permohonan Maaf

Sumber: Sinar Harian

Selepas menerima kecaman, pengendali portal tersebut segera memadam hantaran tersebut dan memuatnaik permohonan maaf secara terbuka beberapa minit kemudian.

Menurut pengendalinya, perkara berkenaan adalah tidak disengajakan dan berharap agar isu tersebut tidak dipanjangkan lagi.

Jika dilihat pada hantaran tersebut, pengendali portal itu secara jelas menulis satu kapsyen mengenai ‘Rumah Paku’ yang memberi maksud rumah yang enggan dirobohkan pemiliknya di tengah-tengah projek pembangunan.

 

Netizen Masih Tidak Berpuas Hati

Meskipun permohonan maaf telah dibuat, netizen masih tidak berpuas hati dan terus mengecam tindakan kementerian yang telah menyinggung perasaan penduduk Kampung Bharu.

Ada yang mengatakan pengendali portal tersebut tersilap akaun untuk membuat hantaran tersebut.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan pengendali portal tersebut memang sengaja mahu menyindir penduduk Kampung Baru yang dikatakan menolak tawaran kerajaan untuk pembelian tanah mereka untuk dimajukan ke arah yang lebih moden, selesa dan maju.

 

Apa Yang Sedang Berlaku Di Kampung Baru Ketika Ini?

Sejak dari kerajaan terdahulu lagi, masalah pembangunan semula Kampung Baru masih tidak dapat diselesaikan.

Sumber: Sinar Harian

Apabila bertukar tampuk kepimpinan, kerajaan hari ini dilaporkan menawarkan untuk membeli tanah di Kampung Baru di sini dengan kadar RM850 bagi setiap satu kaki persegi sebagai pulangan kepada pemilik dan pewaris bagi pembangunan semula kawasan tersebut.

Tawaran tersebut merupakan kadar tertinggi dinilai oleh JPPH dengan mengambil kira faktor mengekalkan syarat kepentingan pemilikan orang Melayu sahaja.

Sumber: Sinar Harian

Namun, keputusan tersebut dikritik pelbagai pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengkritik tawaran yang dibuat kerajaan.

Najib dalam hantarannya membandingkan harga tanah di Menara Berkembar Petronas (KLCC) mencecah RM3,000 satu kaki persegi, namun harga tanah Kampung Baru yang terletak berhampiran menara itu ditawarkan hanya pada harga RM850 satu kaki persegi.

Namun, isu mengenai tawaran tersebut akan dibincang dan dibawa ke Kabinet sebelum kementerian tersebut memikirkan penyelesaian terbaik untuk semua pihak.

 

Kementerian Wilayah Persekutuan Perlu Lebih Sensitif  

Apa-apa pun, sebagai badan yang memainkan peranan penting dalam isu ini, pamerkanlah sikap yang profesional kerana rakyat sentiasa memerhati segala tindak tanduk yang dilakukan.

Fikirlah sebelum memuat naik sesuatu. Jika ada perkara berbangkit selesaikan dengan cara yang berkhemah.

Tidak perlulah sampai hendak membuat hantaran yang boleh mengguris hati ramai pihak khususnya buat penduduk di kawasan itu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah tindakan yang dilakukan pengendali portal Kementerian Wilayah Persekutuan ini keterlaluan?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN