Selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, banyak pula cubaan pihak tertentu yang dilihat sengaja mahu menggugat kedudukan agama Islam dan orang Melayu sendiri.

Gambar sekadar hiasan

Yang terbaru, terdapat satu lagi cadangan yang mendesak kerajaan untuk menggugurkan perkataan agama dalam kad pengenalan oleh seorang senator daripada DAP, Nga Hock Cheh dalam sidang Dewan Negara, baru-baru ini.

Katanya, penggunaan agama di dalam kad pengenalan itulah yang menjadi sebab menghalang perpaduan apabila setiap individu diberikan identiti mengikut kaum yang bukannya identiti nasional.

Bagaimanapun, pandangan yang disuarakan senator itu dipertikai semua pihak yang menyifatkannya sebagai satu cadangan tidak wajar serta berniat jahat untuk menggugat perlembagaan negara dan keharmonian sesuatu kaum itu.

 

Mengapa Pentingnya Status Agama Di Mykad?

Gambar sekadar hiasan

Apabila bercakap mengenai soal status agama di dalam Mykad, ia bukanlah satu isu yang harus dipolitikkan.

Tetapi, yang sebenarnya status agama dalam Mykad itu adalah penting untuk urusan yang berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, status agama juga penting bagi membantu segala urusan yang berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang kekeluargaan misalnya dalam soal yang berkaitan dengan pendaftaran perkahwinan.

Sumber: Harian Metro

Dari segi penguatkuasaan undang-undang pula, status agama itu amat memudahkan pihak berkuasa menjalankan tugas dalam isu yang membabitkan kesalahan Syariah seperti puasa, khalwat, dan pelbagai isu yang membabitkan agama Islam itu sendiri.

Semua pihak perlu faham, negara kita ini mempunyai pelbagai masyarakat yang berbilang kaum serta agama yang mana kewujudan status agama itu adalah sekadar untuk mengesah dan melaksanakan peruntukan perlembagaan serta penguatkuasaan undang-undang.

 

Semua Pihak Perlu Henti Tuntut Perkara Sensitif

Walaupun sudah bertukar kerajaan dengan menggunakan konsep ‘Malaysia Baru’, tidak bermakna semua perkara yang telah termaktub di dalam sesuatu perlembagaan itu perlu diusik dan dirombak.

Sumber: Astro Awani

Semua pihak tidak kira agama dan kaum apa sekalipun perlu ingat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang dibina atas kesepakatan semua kaum sejak mencapai kemerdekaan.

Berbalik kepada sejarah asal, antara kesepakatan yang dicapai ketika itu adalah beberapa keistimewaan yang berasaskan kaum di bawah Perkara 153 Perlembagaan Malaysia dan Perkara 3 iaitu agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Dalam perkara ini, sekiranya ada mana-mana pihak yang mempertikai keistimewaan orang Melayu dan agama Islam itu sendiri, ia bermakna mereka telah melanggar Perlembagaan.

Sumber: whatsupmelaka.blogspot.com

Walaupun status agama itu masih dikekalkan sekalipun, hak semua kaum, majoriti dan minoriti sentiasa terpelihara dan terlindung di bawah Perlembagaan serta undang-undang negara.

Tidak ada sebab yang mengatakan status agama di Mykad itu antara punca yang boleh menghalang perpaduan sesuatu kaum dalam negara ini.

Jadi, hentikanlah menuntut perkara yang sama sekali boleh mengugat keharmonian kaum di negara ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah wajar status agama yang terdapat pada Mykad itu digugurkan atas alasan menghalang perpaduan sesuatu kaum di negara ini?
26 votes · 26 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN