Sumber: Says.com

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull telah mencadangkan kepada kerajaan agar mengenakan hukuman sebat ke atas pesalah rasuah. Beliau berkata, tindakan berkenaan diharap mampu menjadi pengajaran kepada mereka yang mahu melakukan rasuah.

Antara kenyataan Syukri:

“Saya ini seorang yang cukup benci rasuah. Saya cukup allergic dengan orang terlibat rasuah.

“Kalau Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kata kalau boleh hukum bunuh, nak hukum bunuh, saya sokong.

“Di China memang jalan hukuman bunuh. Tapi di Malaysia tidaklah sampai tahap itu. Malaysia pun sekarang sedang hapuskan (hukuman) bunuh untuk kesalahan lain”.

Shukri berkata bahawa undang-undang anti rasuah yang sedia ada hanya di bawah Akta SPRM 2009, hukuman bagi sebarang kesalahan berkaitan rasuah adalah maksimum 20 tahun penjara dan denda minimum RM10,000, atau lima kali ganda nilai suapan yang mana lebih tinggi.

 

Adakah Orang Ramai Setuju Tindakan Itu Dilaksanakan?

Malaysia sekarang ini sudah terbiasa dengan hukuman apabila kes pertama melibatkan dua wanita yang melakukan hubungan songsang disebat di Terengganu dan kes kedua melibatkan seorang wanita dan juga ibu tunggal anak dua yang melacurkan diri demi mencari nafkah hidup.

Tetapi berbalik kepada pelaku rasuah ini pula, pelbagai pendapat yang timbul oleh orang ramai, ada yang setuju dan tidak dengan tindakan Shukri.

Sumber: Facebook

Ada yang mengatakan bukan sahaja pelaku rasuah tetapi juga sebat pemberi rasuah. Ada kata patut sebat di depan orang ramai supaya dijadikan pengajaran dan mereka akan takut untuk lakukan rasuah lagi.

Macam-macam pendapat dizahirkan. Apa-apa pun kita harapkan pihak kerajaan meneliti cadangan ini dan mengambil kira semua sudut sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.

 

Negara Mana Yang Amalkan Tindakan Itu?

Difahamkan China telah mengenakan hukuman ke atas kira-kira sejuta penjawat awam yang didapati bersalah atas tuduhan menerima suapan daripada orang ramai.

Maknanya negara itu benar-benar nak hapuskan rasuah.

 

Kedudukan Rasuah di Malaysia

Malaysia mencatat penurunan sebanyak 7 anak tangga dan kini berada di kedudukan ke-62 daripada 180 negara dalam indeks rasuah yang dikeluarkan oleh badan ketelusan antarabangsa, Transparency International (TI), prestasi yang terburuk sejak 5 tahun lepas.

Malaysia memperoleh markah 47 daripada 100 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 yang dikeluarkan oleh kumpulan anti rasuah tersebut.

Walaupun Malaysia muncul di kedudukan ke-3 dalam kalangan 10 negara Asean, ia masih jauh terkebelakang dari segi markah.

Di tempat teratas di kalangan Asean adalah Singapura dengan 84 markah, yang juga mendapat tempat ke-6 dalam kedudukan antarabangsa, diikuti Brunei dengan 62 markah.

 

Bolehkah Hukuman Berat Hapuskan Rasuah?

Kalau ikut CPI yang diberikan, Malaysia antara negara yang paling banyak melakukan rasuah, tambah-tambah lagi kes rasuah mengaitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kroni-kroninya.

Kalau kita lihat pihak SPRM semakin telus dalam menjalankan tugas mereka, setiap hari boleh dikatakan ada sahaja tangkapan yang dibuat dan ia masih berlangsung sehingga hari ini.

Tetapi dengan mengenakan hukuman berat terhadap pelaku rasuah ini, bolehkah mereka insaf? Jika sebelum ini, negara ada menubuhkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) (Pencegahan) pada tahun 1968 untuk banteras rasuah sebelum wujud SPRM. Dan jangan terkejut kalau hasila kajian BPR, menunjukkan ancaman rasuah kepada negara dalam tempoh 1976 – 1995 membimbangkan terutama di sektor perkhidmatan awam.

Amalan rasuah ini memang wujud sejak dulu lagi dan ia semakin parah sehingga hari ini. Kalau hukuman berat ini dikenakan mungkin ia satu langkah yang baik untuk menghapuskan amalan rasuah yang ada di negara ini.

KATA ORANG

@The_Mamu ini rasuah berjuta, klu najib berbilion tak nampak rupa jubo dah kne sebat

KATA ANDA

Adakah anda setuju hukuman berat dikenakan terhadap pelaku dan pemberi rasuah ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN