Penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) ketika ini sekali lagi menjadi tanda tanya.

Ia selepas siri tangkapan 12 individu yang disyaki terlibat dengan gerakan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang turut melibatkan dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Pandangan Berbeza Dari Mahathir

Terdapat percanggahan pendapat dalam kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH). Bagi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau mempertahankan tindakan polis menahan individu terbabit di bawah akta Sosma.

Memetik laporan Free Malaysia Today, beliau berkata undang-undang itu masih boleh digunakan memandangkan tidak ada lagi peruntukan undang-undang yang menggantikan Sosma. Kenyataan itu dikeluarkan selepas Mahathir mendapatkan taklimat daripada polis dan mereka mempunyai sebab-sebab tertentu untuk bertindak.

Lain pula pendapat yang diutarakan oleh Ketua Umum Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim. Beliau berkata akta Sosma sebagai drakonian kerana kuasa yang diberikan kepada polis berlebihan.

Beliau bersetuju dengan tangkapan yang berkaitan dengan aktiviti keganasan, namun begitu penahanan berkenaan tidak seharusnya dibuat di bawah Sosma yang disifatkan sebagai terlalu keras.

Sumber: Cepul

Begitu juga dengan pandangan yang dibangkitkan oleh pemimpin DAP P Ramasamy. Beliau mengkritik kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir, dan dalam masa yang sama menganggap pembelaan Mahathir terhadap Sosma sebagai pahit untuk ditelan.

Yang menariknya, secara tiba-tiba Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyatakan bersetuju dengan Sosma tetapi harus dipinda dari semasa ke semasa.

Perbezaan Pendapat Dalam Kalangan PH Baik Atau Tidak?

Dari satu segi, PH dilihat meraikan pendapat ahli-ahlinya yang bermacam ragam. Namun dari satu sisi lain ia memberi konotasi yang tidak jelas bahawa sering kali berlakunya perbezaan pendapat dalam kalangan pimpinan PH.

Sekiranya perkara-perkara kecil yang menjadi perbalahan mungkin tidak mengapa, tetapi sekiranya hal berkaitan dasar, sudah pasti ia menimbulkan persepsi yang tidak enak dalam gabungan itu.

Sedangkan perkara tersebut telah pun disepakati sebelum PH memenangi PRU Ke-14 lagi. Malah, turut terkandung dalam salah satu manifesto yang ingin direalisasikan.

Sumber: Berita Harian

Tangkapan Boleh Sahaja Diletakkan Di Bawah Kanun Keseksaan

Timbul persoalan dalam kalangan orang ramai, sekiranya tidak diperuntukkan di bawah Sosma, maka perlu diletakkan di bawah undang-undang apa? Jawapannya iaitu tangkapan perlu diletakkan di bawah Kanun Keseksaan.

Ini memandangkan polis sudah pun mempunyai bukti yang cukup untuk melakukan tangkapan terhadap individu-individu terbabit. Maka apakah keperluan untuk ditahan tanpa bicara di bawah undang-undang Sosma?

Sekiranya penggunaan Sosma diteruSkan, polis dianggap segaja mengambil jalan mudah untuk bertindak sewenang-wenangnya. Ini kerana, Sosma membolehkan suspek ditahan tanpa bicara selama 28 hari.

Namun begitu, kesilapan besar yang sebenarnya berlaku ialah PH lambat membawa usul mengenai undang-undang Sosma untuk diperbahaskan di peringkat parlimen. Sungguhpun terdapat satu jawatankuasa pasukan petugas khas bagi mengkaji undang-undang keselamatan termasuk Sosma, tetapi tidak nampak keberkesanannya. Mengapa hal ini terjadi?

Sumber: Sanjeevan SS

Memetik laporan Malaysiakini, Pesuruhjaya Suhakam,Aishah Bidin berkata, ia berikutan hasil mesyuarat jawatankuasa tersebut tidak berniat mahu mengubah undang-undang tersebut. Mereka Cuma menggesa moratorium bagi Akta Hasutan 1948.

Melihat kepada situasi yang berlaku ketika ini, maka apakah pendirian PH ketika ini mengenai Sosma. Adakah perlu dikekalkan, dipinda atau dimansuhkan?

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai Akta Sosma?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN