Dengar sahaja nama songket, kita pasti akan tertanya-tanya akan harganya yang boleh dikatakan mahal sehingga mencecah ribuan ringgit bergantung kepada kualiti kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket yang dihasilkan oleh pakar tenun.

Namun kini, disebabkan harga pasaran songket yang seringkali dilihat mahal, ada segelintir peniaga songket dilihat membawa masuk lambakan songket India hanya untuk mencari keuntungan besar dengan cara yang paling mudah.

Hal ini sekaligus memberi ancaman besar terhadap peniaga songket tempatan yang mana apabila berlakunya lambakan songket tiruan ke dalam negara, ia akan menyebabkan orang ramai membeli songket tiruan disebabkan tidak mampu untuk membeli songket tempatan atau songket asli yang jauh lebih mahal.

Memang sejak dahulu lagi, ramai penenun tempatan menyatakan kebimbangan mereka terhadap lambakan songket tiruan yang dibawa masuk ke dalam negara yang telah menutup periuk nasi penenun tempatan.

Sumber: MalaysiaKini

Namun kini, isu mengenai lambakan songket tiruan itu mungkin akan menemui jalan penyelesaiannya apabila Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi akan berbincang hala tuju industri berkenaan bersama pengusaha tenun tempatan termasuklah mengenai lambakan songket tiruan, harga serta kualiti yang ditawarkan hingga tercetusnya punca kemunduran terhadap industri songket negara.

 

Perbezaan Songket India Dan Songket Tempatan

Sumber: [email protected]

Dalam perkara ini, banyak sebenarnya perbezaan di antara songket tempatan dan juga songket India walaupun secara kasarnya kedua-dua warna dan corak songket tersebut dilihat seakan sama sahaja.

Namun sebenarnya, apa yang membezakan kedua-dua songket tersebut adalah dari segi proses pembuatannya yang cukup rumit dan teliti, penggunaan benang dan kualiti kain tersebut.

Bagi songket tempatan, cara pembuatannya sedikit berbeza yang mana songket tempatan akan mengambil masa sehingga berbulan-bulan untuk disiapkan berbanding songket India yang hanya memakan masa selama empat hari hingga dua minggu untuk disiapkan.

Sumber: Harian Metro

Selain itu, penggunaan benang yang digunakan juga berbeza. Penghasilan songket tempatan lebih mempunyai nilai ekstetika tersendiri dan mahal kerana mereka menggunakan benang emas dan perak dalam menghasilkan songket.

Malah, kesemua songket yang dihasilkan oleh penenun tempatan juga kebanyakannya dihasilkan sendiri menggunakan tangan berbanding mesin.

Sumber: Kosmo

Dari segi kualiti pula, kain songket yang ditenun tempatan lebih tahan lama serta tidak berasa gatal ketika dipakai dan digunakan berbanding songket India yang tidak tahan lama yang mana benangnya mudah sekali rosak.

 

Perbezaan Harga Jadi Penyebab Ramai Pilih Songket Tiruan

Sumber: Picluck

Apabila berbicara mengenai songket, mungkin ada di antara kita masih lagi tidak cakna lagi akan perbezaan songket tempatan dan juga songket India.

Sikap tidak ambil peduli akan jenis songket inilah yang sering menyebabkan ramai di antara kita tertipu dengan penjual songket tiruan yang menggunakan nama seni tenun asli Terengganu untuk melariskan jualan produk mereka.

Sudah lah menggunakan nama songket asli Terengganu, dijual pula songket tiruan pada harga yang tinggi sekitar RM800 ke atas.

Pun begitu, ada juga yang memilih untuk membeli songket tiruan disebabkan tidak mampu untuk memiliki songket asli disebabkan perbezaan harga yang amat ketara.

Bagi songket asli, proses pembuatan yang menggunakan benang sutera sememangnya berkualiti tinggi dan hasil tenunannya juga lebih halus berbanding dengan songket tiruan yang dilihat kasar dan keras, tetapi masih ramai di antara kita memilih untuk membelinya asalkan ia menyerupai kain songket.

Berbanding dari Dari segi harga, songket tiruan hanya boleh dibeli pada harga bermula RM100 berbanding songket asli Terengganu yang berharga RM800 hingga RM15,000 sehelai.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah kerajaan mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual songket tiruan di pasaran kini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN