Antara perkara yang dinantikan umat Islam pada bulan Ramadan selain berpuasa ialah solat sunat tarawih. Dapat dilihat pada bulan mulia ini surau-surau atau masjid pasti penuh dengan kehadiran orang yang ingin solat tarawih.

Sekadar Gambar Hiasan

Mereka mengambl kesempatan untuk menghidupkan malam-malam di dalam bulan Ramadan dan untuk mendapat ganjaran berganda.

Malah, Nabi Muhammad SAW juga ada bersabda : Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

Namun, apa yang menyedihkan ialah seringkali berlaku perbalahan dan pertelingkahan dalam melaksanakan ibadah-ibadah sunat dalam bulan Ramadhan terutamanya mengenai bilangan rakaat solat sunat Tarawih.

 

Apa itu Solat Sunat Tarawih?

Tarawih er­tinya beristirehat. Solat tarawih adalah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan berlapang hati selepas melakukan solat fardu isyak.

Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.

Solat ini boleh dilakukan secara sendirian atau lebih afdal lagi secara berjemaah di masjid atau surau.

 

Lapan Rakaat ke 20 Rakaat Ikut Sunnah?

Kalau kita lihat masjid-masjid atau surau di Malaysia ini akan mengerjakan solat sunat tarawih sama ada lapan rakaat atau 20 rakaat tidak termasuk solat sunat witir. Tetapi mana yang lebih afdal?

Sekadar Gambar Hiasan

Untuk pengetahuan, bilangan rakaat solat tarawih adalah perkara yang termasuk di dalam perbezaan pendapat Ulama. Isu ini merupakan perkara lama yang telah pun dibincangkan oleh ulama-ulama mu’tabar sejak dahulu lagi.

Mengikut Syeikh Dr. Abdul Malik al-Sa’di, tidak terdapat dalil yang benar-benar pasti tentang bilangan rakaat solat tarawih yang dilakukan oleh Rasulullah saw kerana terdapat pelbagai riwayat tentang bilangan rakaatnya.

Malahan Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan .

Oleh itu, semakin banyak Ibadah yang dilakukan pada malam-malam Ramadhan, maka semakin banyaklah pahala yang akan diperolehi.

 

Lebihkan Sunat, Tinggal Yang Wajib

Di samping itu, terdapat pula masyarakat Islam yang begitu beria-ia dan berduyun-duyun ke masjid dan surau untuk mengerjakan solat sunat Tarawih, pada masa yang sama mereka meninggalkan solat fardhu seperti Maghrib dan Subuh.

Mengapa perkara begini boleh berlaku, adakah masyarakat kita masih tidak boleh membezakan mana yang lebih utama antara sunat dan fardhu?

Solat tarawih ialah solat sunat muakkad. Sekiranya seseorang itu meninggalkan solat tarawih, dia tidak berdosa sebaliknya solat fardhu adalah wajib dan berdosa jika ditinggalkan.

Sumber: Utusan

Sama ada kurang daripada 20 rakaat atau lebih, tunaikanlah mengikut kemampuan masing-masing. Kudrat setiap orang berbeza terutama warga emas, wanita mengandung atau wanita yang mempunyai anak kecil.

Jangan kita jadikan solat tarawih sebagai ritual. Jangan kita jadikan solat tarawih itu sebagai budaya dalam bulan puasa. Sebaliknya, ia adalah antara amalan sunat yang dijanjikan ganjaran pahala yang besar

KATA ORANG

KATA ANDA

Berapa rakaat selalunya anda mengerjakan solat sunat tarawih?
16 votes · 16 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN