Bagi mereka yang mempunyai pasangan, kita mungkin pernah terdetik untuk memeriksa telefon bimbit untuk mengetahui sama ada pasangan kita ini curang atau tidak?

Sumber: Oh! Media

Namun tahukah anda, di Arab Saudi, jika anda memeriksa telefon bimbit milik pasangan anda tanpa pengetahuan mereka, ada boleh berdepan dengan hukuman penjara selama setahun atau denda sebanyak 500,000 Riyal (RM558,429).

 

Periksa Telefon Diklasifikasikan Sebagai Jenayah

Malah, kerajaan Arab Saudi juga turut mengklasifikasikan perbuatan ini sebagai satu jenayah terhadap pasangan yang menghantar apa-apa informasi kepada alat peranti lain yang boleh diakses mereka sahaja.

Gambar sekadar hiasan

Tetapi, jika seseorang itu hanya memeriksa kandungan yang terdapat dalam telefon bimbit tersebut dan tidak menghantarnya atau merakam apa-apa informasi, hukuman yang dikenakan terhadap mereka akan diringankan.

Undang-undang tersebut membabitkan penggunaan komputer, telefon bimbit serta kamera yang termaktub di bawah akta jenayah siber yang mana pesalah tidak akan terlepas daripada dikenakan hukuman.

 

Undang Perdebatan Hebat Di Media Sosial

Bagaimanapun, keputusan yang dibuat kerajaan Arab Saudi ini pernah mengundang perdebatan hebat netizen di media sosial.

Ada yang berpendapat, undang-undang sebegitu wajar dilaksanakan kerana perbuatan memeriksa telefon bimbit seseorang adalah sesuatu yang tidak boleh dibiarkan malah boleh dikatakan di luar aspek kemoralan seseorang.  

Sumber: Sinar Harian

Tidak kurang juga, ada yang menganggap apa yang dilakukan kerajaan Arab Saudi itu seolah-olah memberi ‘lampu hijau’ pada pasangan untuk berlaku curang dan melakukan perkara yang tidak baik.

Bagaimanapun, ada pakar seksual mengingatkan, jika tidak ingin menyaksikan sesuatu perkahwinan itu diakhiri dengan perceraian, adalah dinasihatkan setiap pasangan itu untuk belajar mengawal diri dari membaca maklumat di telefon bimbit pasangan mereka.  

 

Malaysia Tidak Akan Ikut Cara Arab Saudi

Apa yang dilakukan Arab Saudi ini nampaknya dipersetujui oleh rakyat kita yang mana sebahagian besar daripadanya mahu undang-undang itu diwujudkan di negara ini.

Namun, sebelum ini, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Datuk Awang Musa berpandangan bahawa undang-undang intip data suami, isteri itu tidak perlu diwujudkan di Malaysia.

Sekiranya diwujudkan, ia hanya akan menimbulkan lebih banyak masalah lain pada masa akan datang.

Gambar sekadar hiasan

Bagaimanapun katanya, jika pasangan itu tidak ada hubungan suami isteri, undang-undang lain boleh digunakan seperti yang berkaitan dengan pencerobohan data peribadi.

Jika dilihat dari aspek positif, ada baiknya juga Malaysia tidak ikut cara Arab Saudi ini kerana statistik perceraian di negara ini juga semakin meningkat dengan pelbagai punca perceraian yang tidak munasabah.

Sekiranya ditambah undang-undang sebegini, berkemungkinan besar akan lebih teruk jadinya. Apa yang penting, jika nak bahagia tidak perlulah hendak berahsia bersama pasangan, barulah tak datang perasaan curiga mahupun berprasangka dalam setiap pasangan itu. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah undang-undang yang dilaksanakan Arab Saudi ini sesuatu yang keterlaluan?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN