Setiap kali kita nak beli kereta, mesti kita akan buat kajian (survey) atau tinjau terlebih dahulu tempat jual kereta, berapa bayaran bulanan dan sebagainya.

Sumber:OhBulan

Tetapi yang menjadi tujuan utama sebelum membeli kereta adalah kita akan melihat iklan-iklan jualan kereta sama ada baru dan terpakai dengan tawaran ‘zero downpayment‘ atau tanpa sebarang deposit mahupun duit muka 10 peratus dari jumlah pinjaman sebenar.

Bukan semua orang ada keupayaan untuk memberi 10 peratus duit muka, ada yang buat kira-kira dengan pinjaman penuh, maknanya tidak mahu keluarkan satu sen duit muka untuk beli kereta.

Namun tahukah anda perkara ini sebenarnya adalah menyalahi undang-undang dalam negara kita dan anda boleh dihukum kerana duit muka?

 

Dihukum Bawah Akta Sewa Beli 1967

Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor Azman Adam.

Sumber:Bernama

Ini berikutan bayaran 10 peratus pendahuluan adalah termaktub dalam Akta Sewa Beli 1967.

Dalam serbuan Op ‘0 Peratus Deposit’ di seluruh negeri Selangor, KPDHEP mengesan 11 syarikat jualan kereta tidak mengenakan deposit 10 peratus kepada pembeli kenderaan mereka.

Pihak berkuasa mendapati syarikat terlibat ini mengambil deposit kurang daripada 10 peratus daripada pembeli dan ini bermakna mereka melanggar Seksyen 31(1) Akta Sewa Beli 1967.

Sumber:Madjongke.com

Beliau berkata seksyen itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 bagi kesalahan pertama dan untuk kesalahan kedua serta seterusnya denda tidak melebihi RM250,000 jika sabit kesalahan.

Jadi, selepas ini sesiapa yang mahu membeli kenderaan pasti anda mempunyai duit muka kalau tidak anda sekali boleh dihukum sama.

 

Tanpa Duit Muka Untuk Lariskan Jualan Kereta

 

Sumber:Selangorkini

Inilah taktik sebenar penjual kereta, mereka mestilah nak lariskan jualan kereta dan perlu mencari pembeli dengan cepat. Kena buat iklan yang dapat menarik pembeli. Bukan senang orang nak beli kereta dalam keadaan ekonomi yang semakin tahun semakin mencabar.

Dengan kos sara hidup lagi, harga barang lagi. Orang ramai akan buat kira-kira dulu sebelum beli kereta. Beli kereta bukan macam beli baju. Komitmen bayaran bulanan pun dah tinggi, nak kena hadap lagi sembilan tahun bayaran untuk kereta baru.

Kebanyakkan penjual kereta menggunakan taktik dengan memanipulasi harga menerusi ciri dan reka bentuk kereta sebelum menawarkan kaedah pembelian tanpa deposit kepada pelanggan. Contohnya memohon pinjaman untuk Honda Jazz varian pertengahan gred E tetapi menggunakan spesifikasi dan model versi tertinggi gred V.

Sumber:PanduLaju

Dan dengan tawaran seperti itu akan menarik lebih ramai pembeli kerana tidak perlu menyediakan simpanan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga kenderaan berkenaan.

Penjual pun tahu bukan ramai rakyat Malaysia yang ada simpanan yang tinggi, paling kurang pun ada RM10 untuk simpanan wajib bagi kad sahaja. Kalau tidak, RM10 pun boleh lesap.

 

Elak Pembeli Disenarai Hitam Oleh Pihak Bank

Selain itu, ia dapat mengelak pembeli disenarai hitam atau diisytihar bankrap oleh bank sekiranya bayaran bulanan tinggi.

Sumber:PYMNTS.com

Bank akan menilai berapa bayaran yang anda mampu setiap bulan tetapi pihak bank juga akan mengambil kira komitmen anda yang lain, ada yang lepas pinjaman penuh, ada yang tidak. Bergantung kepada pihak bank juga.

Tetapi ada juga yang menyatakan kalau buat bayaran tinggi di bank mudah lulus dan sebagainya. Tetapi apa-apa pun perlu rujuk pihak bank terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa pinjaman.

 

Pembeli Perlu Bayar Sedikit Duit Muka

Menurut KPDHEP, berdasarkan Akta Sewa Beli (ASB) 1967, pembeli perlu membayar tidak kurang daripada satu persepuluh harga tunai kenderaan yang termaktub dalam perjanjian dan syarikat yang tidak mematuhi peraturan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(1) ASB 1967.

Sumber: mudahtakaful.wordpress.com

Ini sebagai jaminan bahawa pembeli juga tidak akan tertipu dan dimanipulasi soal harga.

Tetapi kalau ada niat ingin beli kereta mesti ada sedikit simpanan untuk bayar muka kereta.

Dengan begitu kita sebagai pengguna atau pembeli tidak akan menghadapi pelbagai masalah di kemudian hari.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkan dikenakan tindakan undang-undang hanya kerana tidak beri duit muka untuk beli kereta?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN