Bagi golongan wanita, pernahkah anda diusik dengan siulan golongan lelaki ketika sedang berjalan berseorangan ke kedai runcit atau ke mana-mana sahaja?

Dan adakah anda berasa selesa dengan tindakan siulan itu walaupun ia dianggap sebagai usikan semata-mata?

Tidak bukan?

Sumber: Kompas Internasional

Walaupun perbuatan itu kelihatan seperti satu usikan namun tindakan bersiul dengan niat mengusik itu sebenarnya boleh dikategorikan sebagai salah satu gangguan seksual terhadap wanita.

 

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Gangguan Seksual?

Sumber: Wanista.com

Gangguan seksual adalah kelakuan berunsur seks yang sengaja ataupun tidak sengaja, diundang atau diminta.

Gangguan seksual seperti ini kebiasananya dilakukan terhadap mangsa dengan cara  sentuhan, cubitan, komen mengenai rupa badan seseorang, siulan, pujuk rayu yang berterusan untuk keluar bersama atau untuk melakukan hubungan intim serta perkongsian gambar lucah terhadap si mangsa. 

Selain itu, gangguan seksual juga boleh terjadi di tempat kerja dan juga di tempat awam. 

Jenis Gangguan Seksual

Bila bercakap mengenai gangguan seksual, banyak sebenarnya bentuk gangguan yang seringkali berlaku terhadap wanita baik gangguan berbentuk lisan, isyarat, visual, psikologi dan fizikal. 

Sumber: says.com

Bagi gangguan seksual yang berbentuk lisan, mangsa akan diganggu dengan kata-kata, komen, gurauan, usikan bunyi dan soalan yang berbentuk ancaman seksual.

Sebagai contoh, pengganggu seksual akan memuji mangsa dengan menyatakan mangsa mempunyai tubuh badan yang cantik. Itu juga boleh dikira sebagai gangguan seksual! 

Bagi gangguan secara isyarat, kebiasaanya si pengganggu ini akan membuat pandangan seperti jelingan, menjilat bibir, memegang atau memakan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks dan tingkah laku mengurat secara berterusan kepada mangsa. 

Sebagai contoh, si pengganggu seksual akan memandang mangsa sehingga mangsa berasa tidak selesa dengan keadaan tersebut.

Sumber: says.com

Bagi gangguan secara visual, mangsa akan diganggu dengan bahan-bahan lucah, menulis surat yang berunsurkan seksual dan mendedahkan bahagian sulit kepada mangsa. 

Contohnya, si pengganggu menghantar mesej, video atau gambar sendiri yang berunsur lucah ke telefon pintar mangsa.

Sumber: says.com

Seterusnya, bagi gangguan secara psikologi pula, mangsa akan diganggu dengan cara memujuk untuk keluar bersama secara berterusan sehingga mangsa sudah tiada alasan untuk menolak pelawaan tersebut. 

Dan yang terakhir, gangguan secara fizikal. Gangguan ini antara yang paling meninggalkan kesan terhadap mangsa disebabkan sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium dan melakukan serangan seksual.

 

Jangan Malu Untuk Lapor Pada Majikan Sekiranya Diganggu!

Walaupun tiada undang-undang khusus mengenai gangguan seksual namun Kementerian Sumber Manusia Malaysia telah memperkenalkan Kod Amalan Untuk Mencegah Dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja 1999 sebagai panduan untuk mencegahnya di tempat kerja.

Sumber: Toodia

Tidak kira baik wanita mahupun lelaki, sekiranya diganggu mereka boleh menfailkan aduan kepada majikan. 

Sekiranya majikan gagal untuk menyiasat aduan gangguan seksual daripada si mangsa, majikan tersebut telah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 10,000! 

Tiga sebab lelaki lakukan gangguan seksual

Sumber: LaciHitam

Memetik sumber daripada Berita Harian, tiga sebab utama yang menyebabkan lelaki kerap kali melakukan gangguan seksual terhadap wanita adalah kerana golongan ini menganggap darjat mereka lebih tinggi berbanding wanita. 

Sebab yang kedua, berlaku salah faham isyarat wanita, hanya kerana mereka berpakaian seksi atau “mesra”. 

Dan yang terakhir, golongan lelaki tidak sedar atau tidak kisah dengan perbuatannya yang sudah melampaui batas seperti ini. 

Tip elak gangguan seksual: 

– Elakkan berdua-duaan dengan pelaku (walaupun untuk urusan kerja).

– Bawa teman sekiranya terpaksa berjumpa pelaku.

– Katakan ‘tidak’ dengan tegas. Sekiranya amaran tidak dipedulikan, buat aduan secara rasmi kepada pihak berkuasa. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah bersiul itu boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap golongan wanita?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN