Sumber: Go Shop

Penyanyi Wanita Popular, Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah memecah rekod dalam program jualan langsung Astro yang dikenali sebagai Go Shop apabila berjaya menjual 22,000 unit koleksi peralatan masak berjenama ‘Vantage’.

Ini merupakan kemunculan sulung beliau dalam program tersebut yang bersiaran secara langsung pada 6 Januari 2019 bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari

Purata keuntungan yang dikutip pada sesi itu ialah sebanyak RM 8,000,000 dimana jumlah jualan yang terkumpul adalah lebih dari yang dijangka.

Untuk tempoh hanya seminit, beliau mampu menjual set peralatan itu dengan jumlah RM67,000.

 

Pertikai Kualiti Produk Jualan

Sumber: Gempak

Disebalik kejayaan tersebut, ada juga komen-komen yang kurang enak dari netizen mengatakan populariti Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang menjadi penyebab koleksi alatan masak tersebut berjaya dijual dengan jumlah jualan yang berlipat kali ganda.

Sedangkan kata mereka, kualitinya tidak seperti yang dibayangkan.

Ramai yang tidak tahu, kemunculan beliau dalam rancangan Go Shop adalah kerana beliau merupakan duta kepada produk ‘Vantage’ tersebut. Menurut Siti, sebelum bersetuju untuk menjadi duta, beliau sendiri telah mencuba koleksi tersebut dan menyakini ketahanan dan kualitinya.

Antara sebab lain dipercayai dari pengumuman peraduan ekslusif dan peluang memenangi tiket ke Konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour pada 16 Mac ini di Axiata Arena.

Bayangkan, dengan harga RM369 setiap satu set, anda bukan sahaja dapat periuk tetapi tiket konsert beliau juga. Pastinya peminat setia Siti tidak akan ketinggalan untuk merebut peluang ini.

 

Artis Jual Confirm Laku

Sumber: Rojak Daily

Tidak dinafikan, ramai artis dan selebriti aktif terlibat dengan perniagaan selain dari bidang nyanyian dan lakonan. Malah ramai juga yang menjadi duta dan dibayar dengan nilai yang cukup tinggi bagi membantu melariskan dan mempromosi jualan.

Personaliti, nama dan pencapaian seseorang artis itu pastinya mampu menarik dan mempengaruhi pembeli untuk mencuba sesuatu produk.

Di dalam dunia perniagaan, ini adalah sesuatu yang normal dan merupakan strategi perniagaan yang relevan dan lebih cepat.

Walaupun pemilik perniagaan mungkin perlu menanggung kos yang banyak untuk melantik artis-artis terkemuka untuk ‘menjual’ produk mereka, namun keuntungan yang mungkin diperolehi kelak pastinya akan menguntungkan kedua belah pihak.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, adakah kualiti produk jualan berbaloi dengan harga yang dijual?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN