Sumber: Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

Tidak cukup dengan kontroversi yang dilakukan sebelum ini, peguam dan juga aktivis masyarakat, Siti Kassim mencetuskan kontroversi terbaru di halaman media sosial baru-baru ini.

Kali ini beliau mempersoalkan kewajaran penggunaan istilah ‘takwim’ yang diguna pakai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk kepada jadual persekolahan sesi 2020.

Sambil mempersoalkan penggunaan istilah takwim, Siti Kassim sempat memberi pandangan sinis terhadap KPM kononnya wujud golongan fanatik agama dalam kerajaan yang penuh dengan sikap hipokrit dan pilih kasih sehingga menyebabkan istilah itu diguna pakai.

Dalam masa yang sama, Siti Kassim bertanya, apakah yang tidak kena dengan istilah jadual sehingga menyebabkan istilah takwim digunakan? Kenyataan Siti Kassim ini seolah-olah memberi gambaran bahawa KPM yang diterajui oleh Dr. Maszlee Malik sedang membawa unsur-unsur islamisasi dengan penggunaan istilah-istilah Arab. Benarkah dakwaan tersebut?

Sumber: Zulhafidz Yahaya

Istilah Takwim Sudah Lama Digunakan

Isu penggunaan istilah ‘takwim’ bukanlah perkara baru. Ini kerana penggunaannya sudah diguna pakai sejak dahulu lagi. Bukan di KPM sahaja, malah turut digunakan dalam terma undang-undang di Malaysia.

Sekiranya meneliti Hansard Dewan Rakyat pada tahun 1967, jelas sekali istilah takwim telah pun digunakan dalam hal ehwal berkaitan undang-undang. Maka ia bukanlah perkara baru untuk dipersoalkan.

Bagi seorang peguam yang profesional, Siti Kassim sudah pasti menyedari akan hal ini. Mana mungkin seorang peguam ‘yang hebat’ tidak pernah merujuk istilah-istilah yang pernah digunapakai dalam perundangan di Malaysia. Atau mungkin beliau sengaja buat-buat tidak sedar.

Jadual Juga Berasal Daripada Perkataan Arab

Polemik yang berlaku ini turut mengheret salah seorang ahli akademik bagi memberi teguran. Dr. Rozaimi Ramle yang juga merupakan seorang ilmuan hadis agak bingung dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Siti Kassim.

Ini kerana istilah jadual yang diguna pakai dalam Bahasa Melayu juga merupakan istilah yang diambil dari bahasa Arab. Menurut beliau, Bahasa Arab hanyalah sekadar bahasa dan tidak melambangkan agama. Beliau turut memberikan contoh Abu Jahal yang merupakan tokoh bukan Islam juga fasih berbahasa Arab.

Sumber: Eqwan Roslan

Dengan nada yang agak sinis beliau turut mempersoalkan penggunaan nama Siti (merujuk Siti Kassim) , kerana perkataan itu juga merupakan perkataan yang diambil dari Bahasa Arab. Kenapa tidak menukar nama Siti kepada nama yang mempunyai unsur-unsur ke-Melayuan yang lain?

Jadual Dan Takwim Istilah Mana Yang Lebih Tepat?

Terdapat perbezaan antara kedua-dua istilah ini. Takwim merupakan susunan acara dalam hari dan bulan tertentu yang merujuk kepada perancangan waktu dalam jangka masa yang panjang. Manakala jadual pula lebih merujuk kepada susunan acara dalam jangka masa yang pendek seperti hari dan minggu.

Dalam konteks rancangan persekolahan tahunan yang disusun oleh KPM, boleh dikatakan penggunaan istilah takwim adalah lebih tepat dan khusus penggunaannya berbanding penggunaan istilah jadual yang terlalu umum.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa yang menyebabkan Siti Kassim bertindak sedemikian?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN