Kelahiran Siti Aafiyah pada tanggal 19 Mac 2018 merupakan penantian yang sangat-sangat dinantikan bukan sahaja kedua ibu bapanya malah peminat setia Dato’ Siti Nurhaliza sendiri.

Jika anda mengikuti perjalanan karier dan hidup beliau, pasti ramai yang tahu betapa lamanya dia dan suami menanti kehadiran cahaya mata sulung ini sehinggakan ramai yang membuat pelbagai spekulasi buruk tentangnya dan keluarga.

Ada yang mengatakan kononnya beliau mandul malah ada juga yang mengatakan kononnya itu balasan terhadapanya kerana merampas suami orang.

Namun sebagai muslim, kita wajib percaya kepada takdir dan itu semua merupakan perancangan yang sudah tertulis sejak dari azali.

Malah Dato’ Siti Nurhaliza dan suaminya dikatakan sangat sabar dalam menanti cahaya mata mereka ini dan tidak putus-putus berusaha sehingga akhirnya selepas hampir 11 tahun mendirikan rumahtangga, lahirlah seorang puteri yang bernama Siti Aafiyah Binti Khalid ke dalam keluarga mereka.

Datuk K juga dikatakan sangat gembira dengan kehadiran Siti Aafiyah kerana walaupun sudah mempunyai anak sebelum ini, Aafiyah merupakan anak perempuan pertama baginya.

Seronok la Aafiyah, jadi princess dalam family.

Namun yang tidak seronoknya apabila orang ramai mula mempertikaikan sikap Dato’ Siti yang dikatakan terlalu obses dengan anaknya sehingga ada yang mengatakan ‘macam dia seorang sahaja yang ada anak’.

Tapi jika kita tengok secara umum, ramai juga artis-artis lain yang macam tu. Biasalah bagi seorang ibu bila ada anak pasti seluruh perhatian dan aktiviti harian semuanya akan berkaitan dengan anak sahaja.

Salah ke seorang ibu bersikap sedemikian?

 

11 Tahun Menanti, Siapa Yang Tak Obses

Sebagai seorang yang baru pertama kali menjadi ibu, pasti ramai ibu-ibu yang faham keterujaan yang dirasai oleh  Dato’ Siti Nurhaliza kerana akhirnya anak yang diimpi-impikan berada di depan mata.

11 tahun menunggu bukan masa yang sekejap, ditambah pula dengan proses dan rawatan yang dilaluinya bagi mencuba mendapatkan zuriat bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan tanpa sokongan keluarga dan semanagat yang kuat.

Malah Dato’ Siti pernah berkongsi bahawa rupanya beliau pernah melakukan rawatan IVF selama 5 kali namun semuanya gagal.

Beliau sentiasa nampak positif apabila diajukan soalan-soalan berkaitan anak dan percaya impiannya itu akan jadi kenyataan juga suatu hari nanti.

 

Budak-budak Pun Kena ‘Cyberbully’

Sebelum ini, banyak isu-isu buli siber dalam kalangan artis berlaku dan rata-ratanya dilakukan oleh pengikut mereka di media sosial.

Adakalanya tindakan mereka ini membuatkan orang tertanya adakah niat mereka untuk mengikuti perkembangan seseorang artis kerana ingin dijadikan bahan ejekan atau kerana betul-betul meminati hasil kerja mereka.

Dan kini sungguh menyedihkan apabila dalam kalangan anak-anak artis juga turut menjadi mangsa buli siber ini.

Apalah dosa anak-anak kecil ini sehingga mereka pun turut menjadi mangsa. Sebelum ini anak Nana Mahazan pernah diejek fizikalnya dan kini Siti Aafiyah juga turut menjadi mangsa.

Dia dikatakan tidaklah secomel mana dan hidung tidak semancung ibunya. Warna kulitnya juga dipertikai dan dibandingkan dengan warna kulit Dato’ Siti yang putih gebu.

Wajarkah di usia yang masih muda ini anak-anak kecil kita dihujani dengan sikap-sikap negatif seperti ini?

Yang mengkritik pun bercakap seperti orang yang tiada akal. Kalau tak suka ‘unfollow’ sahaja, tidak perlu bersusah payah menambah dosa. Jangan sdah kena di batang hidung sendiri baru nak menyesal.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN