Sejak kebelakangan ini, sering kali kita mendengar mahasiswa kelaparan. Jika dahulu ia merupakan suatu perkara yang agak janggal dan kes terpencil. Tetapi hari ini, isu tersebut semakin menjadi sesuatu perkara yang serius. Jumlah mahasiswa yang tidak berkemampuan, semakin bertambah ramai.

Sumber: Selangorkini

Isu ini bukan berlaku di satu dua universiti sahaja, rata-rata ia berlaku hampir di setiap kampus memandangkan kebanyakan daripada mereka lahir dari keluarga berpendapatan rendah (B40). Mereka harus berjimat-cermat demi memastikan perbelanjaan sepanjang tempoh pengajian mencukupi sekurang-kurangnya sehingga habis semester.

Universiti Malaya Paling Terkesan

Mahasiswa Universiti Malaya (UM) misalnya, merupakan antara mahasiswa yang sangat terkesan dengan tekanan kos sara hidup memandangkan berada di tengah kota raya. Dengan kos yuran dan penginapan yang agak mahal jika dibandingkan dengan universiti lain, kebanyakan mahasiswa terpaksa mengikat perut dengan makan sekali sehari memandangkan baki duit Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terlalu sedikit selepas ditolak segala yuran dan penginapan.

Sumber: Berita Harian

Berdasarkan laporan Berita Harian, ramai mahasiswa mencatu wang saku harian dengan memilih menu makanan yang paling menjimatkan berbanding kafe lain. Nasi Bujang merupakan salah satu menu wajib bagi mahasiswa memandangkan harganya yang sangat murah antara RM2.00 sehingga RM2.50 yang mengandungi nasi putih, sup kosong, telur dan sambal belacan.

Sebuku Roti Untuk 2 Hari

Sesiapa pun mungkin tidak menyangka sebuku roti yang dibeli mahasiswa dijadikan makanan untuk dua hari. Bagi mahasiswa lain, mereka berpuasa atau tidur awal pada waktu malam untuk menghilangkan rasa lapar. Bagi yang kreatif, mereka akan menghadiri program, aktiviti atau majlis yang disediakan dengan diberikan makanan percuma.

Masalah ini semakin meruncing kerana ada dalam kalangan rakan mereka yang terpaksa berhenti pengajian akibat masalah kewangan. Secara tidak langsung ia turut mendorong mahasiswa lain mengambil tindakan yang sama. Mujur berbekalkan semangat mengubah nasib keluarga, mendorong kebanyakan mahasiswa meneruskan pengajian dan bekerja secara sambilan pada setiap cuti semester.

Sumber: Kampusuols

Nota Sayu dari UMT

Bagi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), nota yang tertera pada sekeping kertas separuh koyak yang ditinggalkan di sebuah kios makanan, sangat menyentuh hati bagi sesiapa yang membacanya.

Ada dalam kalangan mahasiswa yang susah lebih suka memendamkan diri berbanding meminta pertolongan.

Justeru pembukaan program kebajikan seperti kios makanan terbuka sedikit sebanyak membantu mereka mendapatkan bekalan makanan secara percuma.

Gerakan Pelajar Dan Pensyarah Turut Membantu

Bukan tiada gerakan mahasiswa yang menyuarakan perkara ini kerana ia sudah menjadi manifesto semua gerakan bagi setiap tahun. Malah mereka turut sama mewujudkan program-program kebajikan kepada mahasiswa seperti food for mahasiswa, kios makanan, gerobok rezeki dan sebagainya.

Bagi yang berjawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar, inisiatif dengan pihak luar turut diadakan dengan melancarkan program pemberian makanan percuma pada hari-hari tertentu.

Sumber: Harian Metro

Bagi para pensyarah, mereka melakukan inisiatif dengan memasak makanan di awal pagi untuk diberikan kepada mahasiswa.

Ada juga yang membeli 30 ke 40 unit makanan untuk diberikan secara percuma kepada mahasiswa yang memerlukan.

Namun, semua program dan inisiatif yang dilakukan itu tidak memadai memandangkan jumlah mahasiswa yang kelaparan semakin bertambah dan bertambah saban tahun.

Sumber: eba.consortium

Reaksi Timbalan Naib Canselor HEP

Pendedahan yang dilakukan ini turut mendapat reaksi pantas dari Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UM, Prof Id Dr Abdul Aziz Abdul Raman. Ketika ini, pihak UM sedang mengenal pasti 1,000 mahasiswa dari kalangan miskin tegar berpendapatan isi rumah RM1,000 ke bawah sebulan (BL40).

Beliau turut mengulas bahawa, isu yang paling penting bukan sekadar mengenai tiada wang untuk makan, tetapi makanan tersebut perlu sepadan dengan diet seimbang seorang pelajar.

Dalam masa yang sama pihak UM akan memperkenalkan inisiatif Emergency Cash pada bulan hadapan dengan memberikan bantuan kewangan kepada mahasiswa yang terdesak dengan memberikan RM50 bagi sekali beri atau tidak melebihi RM200 bagi satu sesi pengajian (dua semester).

Sumber: Astro Awani

Anwar Turut Terkesan

Bagi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau amat terkesan tentang kesukaran hidup yang dialami warga kampus khususnya UM memandangkan beliau merupakan salah seorang alumni.

Pembelian menu makanan paling menjimatkan secara berterusan akan mendedahkan mahasiswa kepada serangan gastrik. Beliau kini sedang mendapatkan maklumat secara terperinci daripada persatuan mahasiswa dan pihak pentadbiran UM dalam kadar segera.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa yang menyebabkan mahasiswa hari ini kelaparan?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN