Perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dilihat memudahkan ramai warga kota yang mahu ke tempat kerja dan mampu menjimatkan masa.

Terkini, pihak Rapid KL melaksanakan konsep pembayaran elektronik sepenuhnya bagi semua laluan bermula pada pertengahan bulan April ini. 

sumber: aduhai wordpress

 

Bas Rapid KL Tanpa Tunai

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid KL, Muhammad Yazurin Sallij berkata pembayaran secara elektronik ataupun tanpa tunai itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan akan bermula dengan koridor Ampang pada 15 April ini.

Bagi Koridor Cheras, Sungai Besi dan Jalan Klang Lama akan sepenuhnya menggunakan sistem tanpa tunai pada 29 April manakala Koridor Damansara, Jalan Ipoh dan Jalan Pahang pada 13 Mei ini. 

 

Begitu juga dengan koridor terakhir dalam lapan koridor yang dilaksanakan tahun ini bagi meningkatkan perkhidmatan bas penumpang di Lembah Klang dan Selangor- Lebuhraya Persekutuan akan melaksanakan sistem tanpa tunai pada 27 Mei.

Maka lengkaplah secara keseluruhan rangkaian bas dengan menggunakan sistem tanpa wang bermula pada 27 Mei. 

 

Pas Perjalanan Tanpa Had

Pada 31 Disember 2018 yang lalu, pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 boleh digunakan sepenuhnya untuk semua perkhidmatan pengangkutan awam Rapid KL.

sumber: FB RapidKL

Pengenalan pas perjalanan tanpa had ini juga merupakan satu inisiatif kerajaan ke arah menggalakkan budaya sistem transaksi tanpa wang.

Untuk melanggan, para pengguna hanya perlu membawa kad pengenalan MyKad dan kad MyTentera untuk anggota tentera ke mana-mana stesen LRT, MRT, BRT atau monorel untuk mendaftar.

Muhammad Yazurin berpesan kepada pengguna yang masih menggunakan wang tunai supaya membeli kad perjalanan tanpa wang bagi memudahkan perjalanan mereka.

 

Jarang Naik Tapi Kena Beli Kad Juga?

Usaha ke arah transaksi tanpa tunai ini bagaimanapun ada juga pihak yang tidak bersetuju dan anggap menyusahkan mereka ketika menggunakan perkhidmatan awam itu.

Bagi mereka yang jarang menggunakan perkhidmatan bas RapidKL ini terasa tidak berbaloi kerana terpaksa membeli kad dan tambah nilai ke dalam kad tersebut semata-mata untuk perjalanan satu hala sahaja.

Untuk mengatasi masalah ini, pihak Touch ‘n Go menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus kepada mereka yang menggunakan kad Touch ‘n Go ketika menaiki bas RapidKL.

sumber: Astro Awani

Malah bukan itu sahaja, pihak Rapid juga menawarkan kad konsesi MyRapid TnG kepada golongan pelajar, Orang Kurang Upaya (OKU)  dan juga warga emas dan boleh menikmati diskaun 50 peratus ketika menaiki bas RapidKL, LRT, Monorel, MRT dan juga bas perantara MRT.

Untuk mendapatkan kad konsesi ini, pengguna perlu memohon secara atas talian dan keistimewaan diberikan kepada warga emas dan OKU yang memerlukan pertolongan khusus boleh memohon secara manual.

Malah pengguna juga boleh menambah nilai ke dalam MyKad secara terus kerana MyKad sudah dilengkapi dengan ciri-ciri Touch ‘n Go. Kini tak perlu risau kerana perlu beli kad jika jarang menggunakan perkhidmatan awam. Mudah kan? 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah penggunaan sistem tanpa tunai perlu dilaksanakan untuk semua perkhidmatan awam yang lain secara menyeluruh?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN