Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Kulai, Johor telah melaksanakan sistem biometrik menggunakan imbasan cap jari untuk mencatat kedatangan pelajar ke sekolah.

Sumber: Siakap Keli

Pelajar dikehendaki mengimbas cap jari mereka di terminal khas sebelum memulakan sesi pembelajaran di sekolah setiap hari.

Sekolah itu juga adalah perintis penggunaan sistem dan aplikasi berkenaan di Johor.

 

Bendung Masalah Pelajar Ponteng Sekolah

Pengetuanya, Noraini Mohd Nor berkata, sistem canggih itu satu usaha bagi mencapai petunjuk indeks prestasi (KPI) 95 peratus kehadiran pelajar ke sekolah.

Sumber: FMT

Katanya, sistem imbasan cap jari ini mampu mengatasi gejala ponteng, malah membolehkan ibu bapa memantau status kehadiran anak mereka.

Menurutnya, sistem berkenaan dibangunkan dan diuji sejak Oktober tahun lalu sebelum diguna pakai sepenuhnya tahun ini.

Sistem ini juga mengurangkan beban guru merekod kehadiran setiap pelajar secara manual setiap hari.

Manakala, setiap ibu bapa dikehendaki membayar RM15 setahun untuk satu keluarga dan bukan bagi seorang anak.

 

Ibu Bapa Sokong

Sumber: Rojak Daily

Dikatakan rata-rata ibu bapa merasakan aplikasi ini bagus berikutan setiap ibu bapa boleh memantau kehadiran anak masing-masing ke sekolah dan jam berapa tiba terutama anak yang menunggang motosikal.

Aplikasi yang dinamakan Sistem MySekolah Pepatih ini juga memantau kehadiran anak bagi aktiviti sekolah seperti kokurikulum serta keputusan peperiksaan.

Zaman semakin canggih, sekarang ingin pantau anak melalui aplikasi dalam talian sahaja. Tetapi adakah cara ini berkesan untuk ibu bapa itu sendiri memantau anak?

 

Ibu Bapa Bantah

Ada juga segelintir ibu bapa yang tidak menyokong aplikasi ini kerana mereka menganggap aplikasi ini tidak akan berkesan sekiranya ibu bapa itu sendiri tidak memantau secara dekat anak mereka.

Sumber: Kosmo

Aplikasi ini hanya memantau kehadiran anak-anak mereka ke sekolah, bukan memantau pembelajaran mereka di kelas, peperiksaan yang berlaku dan sebagainya.

Bagaimana aplikasi ini dapat mendidik anak-anak mereka lebih berdisiplin? Apa fungsi guru disiplin di sekolah? Pemantauan bukan sekadar untuk lihat anak hadir ke sekolah tetapi sudut yang lebih penting adalah sesi pembelajaran mereka itu lebih baik atau sebaliknya.

 

Hanya Membazir Jika Tidak Berkesan

Rata-rata rakyat Malaysia yang melihat sistem ini dianggap sebagai membazir jika ia tidak berkesan membendung masalah sosial dan ponteng sekolah dalam kalangan pelajar.

Pelajar juga dikatakan akan berbaris panjang atau mengambil masa untuk imbas jari masing-masing. Tidakkah itu membuang masa sesi pembelajaran mereka?

Kalau sebelum ini terus masuk kelas dan sesi pembelajaran bermula. Ini bermaksud, guru-guru juga terpaksa menunggu pelajar-pelajarnya menyelesaikan dulu imbasan jari ini.

Sudut yang jelas berbeza, sudut yang tersembunyi adalah mereka yang dapat tender ini akan lebih untung, bayangkan RM15 setahun dibayar, berapa pelajar yang ada di sekolah itu? Banyak untungnya.

Apa-apa pun diharap sistem ini lebih baik dan jika berkesan ia dapat dilaksanakan di semua sekolah di negara ini.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada Pendapat anda, cara ini akan berkesan untuk membendung masalah pelajar ponteng sekolah?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN