Sindiket jual bayi yang berlaku di dalam negara kita bukan sesuatu yang baru.

Sebelum-sebelum ini, negara kita pernah dikejutkan dengan aktiviti penjualan bayi di sebuah laman web jual beli.

Sumber: Oh Bulan

Tetapi kini, makin menjadi-jadi pula sindiket penjualan bayi yang seolah-olah dijual seperti ‘produk’ untuk dijual kepada mereka yang berminat.

Apa yang lebih membimbangkan, kegiatan pemerdagangan bayi ini masih dilihat bergiat aktif di negara ini walaupun wujudnya undang-undang yang melarang sama sekali aktiviti seperti ini namun masih tidak dipedulikan.

 

Kenapa Adanya Sindiket Ini?  

Apabila bercakap mengenai sindiket ini, Malaysia tidak asing lagi dengan sindiket ini memandangkan negara kita cukup terkenal sebagai hub penjualan bayi.

Sumber: The Vocket

Banyak faktor sebenarnya yang boleh mempengaruhi seseorang itu untuk terbabit sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan ini.

Memang sekarang ini kita lihat, sesiapa sahaja sanggup mendapatkan wang ringgit dengan menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran kepada sindiket menjual bayi.

Jelas sekali tiada rasa kesal dalam diri ke atas individu yang sanggup melakukan perlakuan jijik seperti ini.

Sudahlah jual bayi kemudian jadikan pula rumah-rumah jagaan gadis terlanjur sebagai lubuk untuk mendapatkan bekalan bayi untuk dijual.

Sumber: Babab.Net

Tidakkah perbuatan itu salah sama sekali?

Yang pastinya, kewujudan sindiket ini serba sedikit membuka peluang kepada pasangan yang terdesak untuk mendapatkan bayi untuk dipelihara seperti anak sendiri dengan cara menggunakan ‘jalan pintas’ tanpa memikirkan risikonya.

 

 

Harga Bayi Bergantung Pada Kecomelan

Sumber: The Vocket

Lagi comel bayi itu, lagi mahal harga yang ditawarkan!

Menurut Ketua Wanita  Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), harga bayi kebiasaannya ditetapkan serendah RM5,000 dan boleh mencecah sehingga RM10,00 mengikut kategori comel seseorang bayi itu.

 

Haram Beli Bayi Dari Sindiket!

Kes ini turut sama mendapat perhatian Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang menegaskan bahawa urusan jual beli bayi dari sindiket penjualan bayi adalah haram sama sekali.

Memang kita tahu tujuan asal mereka yang terbabit dalam kegiatan ini adalah kerana mahu mengambil anak angkat dan perkara itu amat digalakkan dalam Islam.

Sumber: Carian Semasa

Tetapi, proses untuk mengambil anak angkat itu perlulah dilakukan mengikut saluran yang betul.

Sekiranya mengambil anak angkat menerusi pembelian melalui sindiket, tidakkan nanti berlaku kerumitan dalam proses dokumentasi?

Sudahlah mengambil anak angkat melalui sindiket yang mana kita tidak tahu mengenai asal usul bayi tersebut dan juga anak siapa.

Katanya, dalam Islam sendiri sudah menyatakan hukum manusia tidak boleh dijual beli kerana Islam tidak merestui sistem penghambaan.

 

Gunakan Saluran Yang Betul Untuk Ambil Anak Angkat

Apa-apa pun, bagi mereka yang ingin mengambil anak angkat, gunakan saluran yang betul seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya melalui kegiatan sindiket seperti ini yang pasti akan menimbulkan banyak masalah di kemudian hari.

Namun, di sebalik kewujudan sindiket ini, masih terdapat ibu bapa yang sanggup menunggu lama semata-mata mahu mendapatkan bayi untuk dijadikan anak angkat mengikut saluran yang betul dan tidak menyalahi undang-undang.

Sebagai kesimpulanya, bagi membanteras kegiatan ini dari terus menular, pihak berkuasa perlu bertindak tegas mengikut undang-undang sedia ada kerana kegiatan ini merupakan satu jenayah serius melibatkan kesalahan pemerdagangan manusia.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah hukuman yang dikenakan terlalu ringan hingga menyebabkan individu ini tidak serik untuk melakukan jenayah seperti ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN