Kecemerlangan pelajar banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya ialah penglibatan ibu bapa, guru, sekolah, rakan sebaya dan juga persekitaran.

Komitmen, kerjasama dan juga sumbangan dari pelbagai pihak berkepentingan seperti masyarakat, ibu bapa, pelajar dan guru-guru sendiri amat penting dalam memantapkan kecemerlangan pelajar sebagai generasi baru selaku individu yang mampu menyumbang dan memajukan masyarakat.

Setiap tahun isu berkenaan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan menjadi topik utama dalam mesyuarat agung tahunan di sekolah-sekolah.

RM5 Pun Berkira!

Terbaru, telah tular berkenaan dengan ibu bapa yang merungut tentang kutipan sumbangan untuk projek mengecat sekolah yang berjumlah cuma RM5 untuk setiap keluarga.

sumber: Facebook Fadli Salleh

Lebih mengecewakan lagi ada ibu bapa yang sanggup melaporkan perkara tersebut ke pihak Pejabat Pendidikan dan melapokan PIBG sekolah tersebut telah salah guna kuasa.

Isu ini menjadi tular berikutan post dalam Facebook Mohd Fadli Salleh yang merupakan seorang guru sekolah rendah, yang menzahirkan rasa kesal terhadap sikap ibu bapa yang terlalu berkira dengan pendidikan anak-anak mereka di sekolah.

Dalam post Fadli juga ada membandingkan PIBG di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) SJK (C) di mana pengurusan PIBG mereka jauh lebih baik berbanding dengan PIBG di sekolah kebangsaan.

Selain itu ibu bapa rata-rata menganggap kutipan yuran PIBG ini tidak wajib dan pembangunan di sekolah adalah tanggungjawab kerajaan dan pihak sekolah sendiri bukan ibu bapa. Hal ini telah mengakibatkan mesyuarat PIBG di sekolah tidak mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa sendiri.

 

Keadaan Sekolah Daif

Sekolah di Sabah dan juga Sarawak tidak dinafikan masih kelihatan daif dan ada yang tidak mendapat fasiliti yang lengkap dan baik dalam menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Baru-baru ini telah tular video sekumpulan pelajar sekolah rendah yang menampal pintu kelas mereka yang berlubang dengan menggunakan kotak. Situasi berkenaan difahamkan berlaku di sebuah sekolah rendah di kawasan Kapit, Sarawak.

sumber: Twitter Syauqi Abu

Situasi tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang melihat perkara tersebut sebagai satu yang tidak boleh diterima. Mereka rata-rata menyalahkan pihak kerajaan kerana tidak memberi perhatian dalam membangunkan pendidikan di negeri Sabah dan juga Sarawak.

Tambah mereka lagi, guru-guru yang terpaksa berjalan jauh untuk ke sekolah, ada yang terpaksa menaiki bot atau sampan dan fasiliti di sekolah juga serba kekurangan dan tidak selesa untuk pelajar mengikuti PdP.

Minta Lapor kepada PPD atau JPN

Berikutan dengan kejadian tersebut, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil tindakan dan dalam kenyataan media rasmi KPM telah menyatakan, pihaknya juga memberi peruntukan sebanyak RM100 juta pada tahun ini untuk pembangunan semula di 32 buah sekolah yang ada di negeri Sarawak.

sumber: moe.gov

Bukan itu sahaja, pihak KPM juga memperuntukkan sebanyak RM25.7 juta untuk tujuan penyelenggaraan dan menaik taraf 135 buah sekolah termasuk juga sekolah daif yang mengalami kerosakan struktur yang akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) serta melantik krontraktor mengikut kaedah tender terbuka.

YB Dr Maszlee juga menyarankan pihak sekolah untuk melaporkan sebarang masalah secara terus ke pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk memudahkan pihaknya mengambil tindakan.

Bukan pihak kerajaan sahaja perlu ambil tindakan, tetapi ibu bapa juga seharusnya turut sama-sama membantu pihak sekolah dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka .

Berkenaan dengan isu yuran PIBG ini tidak akan selesai jika ibu bapa sendiri sudah tanam sikap suka berkira dan lebih suka bersuara untuk mempertikai bukannya untuk membantu.

Lantaran itu, PIBG sekolah kebangsaan menghadapi kewangan yang semakin teruk disebabkan oleh sikap ibu bapa yang suka berkira. Yuran PIBG juga adalah berbeza-beza mengikut keperluan sekolah di mana segala keputusan sudah dibuat dalam mesyuarat PIBG. Kebanyakkan sekolah hanya meminta RM50 untuk setahun. Setahun RM50 tidaklah banyak mana untuk memastikan yang terbaik untuk anak- anak kan?

Tetapi sekiranya mempunyai lebih seorang anak di sekolah tersebut, seharusnya perlu pertimbangkan untuk tidak mewajibkan kesemua anak perlu membayar yuran PIBG tersebut. Ini kerana ia akan membebankan ibu bapa terutama kepada golongan pertengahan dan rendah.

KATA ORANG

KATA ANDA

Setuju atau tidak jika pihak KPM mewajibkan ibu bapa untuk membayar yuran PIBG untuk kegunakan keperluan sekolah dari segi fasiliti dan program pelajar?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN