Sering kali kita mendengar keluhan rata-rata rakyat Malaysia yang sukar memiliki rumah ekoran pendapatan bulanan yang kecil serta ketiadaan unit rumah yang mampu milik khususnya di kawasan bandar. Sungguhpun projek perumahan mampu milik dikatakan banyak dibina, namun harga yang ditawarkan seperti paku belanda menyebabkan rata-rata rakyat Malaysia hanya mampu menyewa.

Sumber: Berita Harian

Bagi golongan berpendapatan rendah (B40), ada di kalangan mereka hanya mampu tinggal serumah bersama saudara-mara, ada yang menyewa bilik kecil untuk satu keluarga, malah ada yang mendirikan rumah-rumah setinggan sekadar untuk dijadikan tempat bertuduh.

Kerajaan Wujudkan Program PPR

Memahami situasi tersebut, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan dalam usaha membantu golongan B40 untuk memiliki rumah kediaman sendiri di kawasan bandar memandangkan di situ sahajalah punca mata pencarian mereka. Maka, Program Perumahan Rakyat (PPR) telah diwujudkan.

Program di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah lama diwujudkan. Program ini berjaya mengatasi masalah perumahan setinggan dan memberikan kediaman mampu milik kepada golongan B40.

Sumber: Utusan

Harga Rumah Bersubsidi

Malah, harga rumah PPR yang ditawarkan serendah RM35,000 di Semenanjung dan RM 40,000 bagi di Sabah dan Sarawak, berbeza harga asal yang menjangkau antara RM160,000 ke atas disebabkan subsidi yang ditampung oleh kerajaan. Ia menjadikan PPR merupakan rumah kediaman dengan harga yang mampu milik kepada golongan B40. Konsep sewa-beli PPR merupakan langkah mudah bagi membantu penghuni PPR menyewa dengan kadar tertentu sebelum rumah menjadi milik mereka.

Apa yang menjadi permasalahan ialah ramai di kalangan pemilik rumah PPR menyalahgunakan kelebihan yang diberikan oleh kerajaan. Dalam syarat perjanjian telah tertakluk bahawasanya rumah tersebut tidak boleh dijual atau disewakan kepada orang lain, sekiranya tidak diduduki, perlu dijual semula kepada kementerian. Tetapi apa yang mengecewakan ialah syarat tersebut tidak dipatuhi.

Sumber: Facebook Nizam Ahamad

Dijual dan Disewa Harga Tak Masuk Akal

Bukan setakat dijual kepada pihak luar, malah mereka turut menjadikan rumah tersebut sebagai rumah sewa yang jelas melanggari perjanjian bersama kementerian. Sudahlah melanggar perjanjian, sewa yang dikenakan sangatlah mahal, seiring dengan harga pasaran. Ia tidak sepadan dengan harga pembelian.

Sumber: Facebook Nizam Ahamad

Penyalahgunaan rumah PPR ini boleh diakses di setiap laman sesawang yang menyediakan rumah sewa seperti mudah.my, carousell dan sebagainya. Golongan inilah yang dikatakan merintih bila susah, menekan bila senang. Sekiranya sudah mampu memiliki rumah yang lebih selesa, jual kembali kepada kementerian, beri peluang kepada pihak lain yang lebih memerlukan.

Nasib Golongan Muda

Bagi golongan B40 yang baru bekerja khususnya yang memulakan kehidupan berkeluarga, inilah cabaran paling besar yang mereka perlu tempuhi. Lebih ribuan yang sudah berdaftar dengan PPR bagi memohon sewaan rumah, ada yang memohon sehingga lebih dari 5 tahun, namun peluang tersebut masih tidak dapat diperoleh ekoran penyalahgunaan rumah PPR oleh segelintir golongan yang tidak berperikemanusiaan.

Apa yang menghairankan, sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan, maka isu bangsa dan agama akan dimainkan pula dengan mendakwa mereka didiskriminasi, dianiaya oleh pihak kerajaan, ditambah pula dengan sentimen politik. Begitu mudah permainan mereka.

Wajar Dikenakan Tindakan Tegas

Sikap ini perlu dikikis dalam pemikiran masyarakat supaya tidak melahirkan keturunan-keturunan yang mementingkan diri sendiri. Tindakan yang tegas oleh pihak berkuasa wajar dilakukan seperti penjara, dikenakan denda dan sebagainya bagi memastikan golongan yang sudah berkemampuan tidak terus memonopoli dan menyalahgunakann rumah PPR.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda tentang isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN