Beberapa orang individu akan dipanggil untuk siasatan di bawah Akta Hasutan kerana didakwa mengkritik Raja-raja Melayu dalam forum Statut Rom di Universiti Malaya, baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, pihaknya telah menerima beberapa laporan polis berhubung isu tersebut dan siasatan sedang dijalankan.
Sebuah forum awam bertajuk Malaysia dan Statut Rom telah dianjurkan di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Universiti Malaya Ahad lalu.

Difahamkan, forum itu diadakan susulan pendedahan rumusan eksekutif dibentangkan oleh ahli akademik yang dikatakan digunakan bagi meyakinkan Majlis Raja-Raja Melayu untuk menolak Statut Rom.

Sumber : Malaysiakini

Antara yang hadir forum yang diadakan di Universiti Malaya itu ialah ahli akademik yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR Syed Husin Ali, Peguam Negara Tommy Thomas, penyelaras koordinator G25 Noor Farida Ariffin, pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi dan peguam Lim Wei Jiet.

 

Dr M Beri Jaminan

Mengambil maklum mengenai siasatan yang bakal dijalankan terhadap beberapa individu itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mana-mana pihak tidak perlu bimbang mengenai siasatan tersebut.

Sumber : The Star

Katanya, pihak yang disiasat tidak perlu takut jika apa yang mereka perkatakan itu benar dan sahih.

Tapi jika mereka menipu, buat-buat cerita untuk pengaruhi emosi, bangkitkan kemarahan dalam kalangan masyarakat, itu adalah satu kesalahan.

Jelasnya, anggota polis hanya menjalankan tugas mereka yang perlu melindungi rakyat dan bertindak serta melakukan siasatan jika wujudkan usaha untuk menimbul huru-hara.
Tambahnya lagi, penyiasatan tidak semestinya akan berakhir dengan pendakwaan.

 

Alasan Tidak Masuk Akal

Seorang peguam dan aktivis yang disoal siasat di bawah Akta Hasutan baru-baru ini, Fadiah Nadwa Fikri menolak jaminan Dr Mahathir supaya tidak perlu bimbang dengan siasatan polis itu.

Katanya, kenyataan perdana menteri mengenai siasatan hasutan tidak semestinya berakhir dengan pendakwaan, jika apa yang dibangkitkan panel forum itu adalah perkara betul merupakan alasan yang tidak masuk akal.

Tegasnya, walaupun tidak didakwa, apabila polis panggil, itu adalah salah guna kuasa dan juga berbentuk intimidasi serta ugutan.

Sumber : Ikim

Fadiah berkata, selagi Akta Hasutan tidak dimansuhkan, pihak berkuasa boleh bertindak sesuka hati menggunakan dana awam untuk menyiasat rakyat “tanpa sebab” walaupun tiada pendakwaan.

Oleh itu, katanya, rakyat masih takut bersuara dan ia jelas adalah pelanggaran kebebasan bersuara dan mengkritik mereka yang berkuasa.

 

Negara Sedang Memerhati Tindak Tanduk Rakyat

Dalam pada masa sama, penyelaras Projek Suaram, Dobby Chew turut senada dengan Fadiah bahawa tindakan menyiasat ini satu intimidasi.

Beliau menyifatkan justifikasi Mahathir mengenai penggunaan Akta Hasutan untuk menyiasat panel forum itu melanggar hak rakyat untuk bersuara.

Katanya, pihak berkuasa tidak sepatutnya “mengawasi” komen yang dibuat dalam forum umum kerana tiada elemen keganasan dalam forum mengenai Statut Rom itu dan siasatan polis menghantar mesej salah kepada orang ramai.

Tambahnya, apabila seseorang dipanggil polis untuk memberi keterangan, ia menghantar mesej negara sedang memerhatikan mereka.

 

Kerajaan Mungkir Janji

Pemimpin DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau menyifatkan siasatan polis bertentangan janji kerajaan untuk menghapuskan Akta Hasutan dan tidak membantu mempromosikan demokrasi matang di Malaysia.

Selain itu, wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean Mengenai Hak Asasi Manusia, Eric Paulsen berkata Akta Hasutan tidak pernah digubal Parlimen Malaysia kerana ia adalah undang-undang zaman pra-penjajah dan ia tiada tempat dalam zaman Malaysia Baru.

Akta Hasutan boleh disalah guna dengan mudah untuk menutup isu sensitif dan kontroversi.

Sumber : Facebbok Bersih 2.0

Oleh itu katanya, wajar untuk dihapuskan akta ini kerana definisi di bawah akta itu “tidak demokratik, kabur dan meluas”.

 

Wajar Akta Hasutan Wajar Dimansuhkan?

Akta Hasutan 1948 merupakan antara akta kuno yang sudah lama dikuatkuasakan di Malaysia ketika era penjajahan British lagi.

Akta ini dikuatkuasakan bagi mengawal ancaman komunis setelah darurat diistiharkan serta menghalang individu luar yang membuat cubaan menghalang tuntutan kemerdekaan.

Sumber : Google

Namun, selepas negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, akta ini terus dikekalkan dan ditambahbaik setelah berlakunya ketegangan kaum pada 13 Mei 1969.
Sehingga kini, akta ini sering kali dikritik pelbagai pihak yang mana ianya dikatakan menyekat kebebasan bersuara.

Malah, akta hasutan ini juga terdedah kepada salah guna terhadap mereka yang sengaja menimbulkan isu perkauman dan agama menerusi media sosial.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah wajar beberapa individu yang terlibat di dalam forum Statut Rom disiasat bawah Akta Hasutan?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN