Kecoh mengenai isu lagu penyanyi Allahyarham Saleem Iklim yang dinyanyikan oleh anaknya, Syafiq Farhain.

Isunya timbul apabila isteri Allahyarham Saleem, iaitu [email protected] Julia Bachok mempertikaikan tindakan anak tirinya itu yang menyanyikan lagu-lagu Allahyarham.

Sumber:Utusan Online

Minta Izin Dulu Dan Bayar

Julia mahu mana-mana individu ataupun anak tirinya itu perlu meminta izin untuk menyanyikan sebarang lagu yang pernah dibawakan oleh Saleem semasa hayatnya masih hidup.

Lagu-lagu tersebut perlu dibayar kepada dia sebagai isteri Saleem kerana dia perlukan duit itu untuk meneruskan hidup sehariannya.

Sumber:Media Hiburan

Hubungannya dengan Syafiq sudah lama pulih dan ia dibuktikan apabila anak tirinya itu kerap menghubunginya dan datang melawat Saleem ketika arwah ayahnya dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Dia tidak mahu orang lain mengambil keuntungan tanpa pengetahuannya kerana dia masih perlukan dana untuk anaknya yang masih belajar.

Akan Gunakan Undang-Undang

Dalam pada itu, Julia menegaskan sesiapa yang masih berdegil dengan syaratnya itu akan dikenakan tindakan undang-undang dan dia sudah mempunyai peguamnya sendiri.

Dia mahu tahu siapa orang yang akan nyanyikan lagu-lagu suaminya itu. Dan duit itu perlu dihulurkan kepada dia untuk meneruskan hidup.

Sumber:The Malaysian Insight

Dia tidak kisah anak tirinya untuk menyanyikan lagu dari bapanya itu, tetapi mesti minta izin.

Dia tidak marah kepada Shafiq cuma marahkan syarikat rakaman yang membuat untung tanpa keinzinan dia.

Tetapi, sampai sekarang syarikat rakaman tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu ini.

Tak Perlu Minta Izin Pun

Nampaknya, Syafiq tetap dengan pendirian untuk terus menyanyikan lagu bapanya itu jika mendapat permintaan daripada pihak penganjur persembahan.

Sumber:URTV

Katanya, ramai orang minta dia nyanyikan lagu-lagu bapanya itu dan dia hanya menuruti permintaan itu sahaja, dan tidak ada masalah pun untuk menyanyikan semula lagu-lagu dari Iklim.

Dia menegaskan bahawa dia berhak untuk menyanyikan lagu bapanya tanpa meminta izin daripada ibu tirinya itu.

Lagu Hak Milik Syarikat Rakaman

Tegas Shafiq, lagu-lagu bapanya itu adalah hak milik syarikat rakaman. Dan dia sebelum menandatangani kontrak sebagai penyanyi, bapanya itu sudah pun mengizinkan dia untuk menyanyikan lagu darinya.

Ini hanya konflik dalaman keluarga sahaja, dan diharap ibu tirinya itu lebih realistik dalam hal ini.

Kalau betul Julia ada hak terhadap lagu Saleem, ada prosedur undang-undang dan dia boleh tuntut haknya itu, jika dia ditempat yang benar.

KATA ANDA

Apa komen anda dalam isu ini?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN