Baru-baru ini tular kisah perkahwinan pasangan pengkid dan ‘maknyah’ di Malaysia. Dalam kita sibuk dengan kisah-kisah kontroversi golongan-golongan LGBT yang semakin hangat dan berani mengamalkan kehidupan songsang mereka.

Malah, masih ada kisah teladan dan pengajaran yang boleh diambil oleh orang ramai terutamanya dikalangan LGBT sendiri.

Pasangan ini dikatakan sudah lama bercinta dan akhirnya kini mendirikan rumahtangga mereka dalam keadaan fitrah. Si isteri yang dulunya berperwatakan lelaki ataupun pengkid kini sudah bertudung manis dan si suami pula yang dulu beperwatakan wanita ataupun maknyah, kini tampil segak sebagai pengantin lelaki.

Tidak pasti apa yang membuka hati mereka untuk berubah, yang pastinya perubahan mereka ini wajar dijadikan inspirasi.

Ramai yang mengecam golongan transgender ini dengan mengatakan seolah-olah kehidupan mereka ini akan berakhir dengan azab dari Allah.

Namun siapa sangka, hati yang dulunya berpaling dari tuntutan agama kini sudah kembali bersinar dengan hidayah dan kembali hidup mengikut fitrah masing-masing.

Yang pastinya, cinta mereka pasti kuat untuk satu sama lain sehingga membuat keputusan untuk hidup bersama dengan mengikat cinta mereka dengan pernikahan.

 

Hidayah Milik Allah, Jangan Persoalkan

Siapa sangka orang-orang yang dulunya tidak mempedulikan tuntutan agama kini sudah berubah dan insaf. Pastinya perubahan ini berlaku berkat dari doa keluarga dan rakan-rakan yang menyayangi mereka.

Sebab itu, kita dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati apabila meluahkan sesuatu. Kerana setiap kata-kata yang keluar dari mulut kita itu adalah doa.

Jadi jika ada telihat kejahatan mahupun kemungkaran mahupun orang dilanda musibah, doakan untuk mereka.

Hidayah itu milik Allah, sesiapa saja yang dikehendakinya boleh berubah dalam sekelip mata jika diizinkan Dia.

 

Netizen Punca Ramai Terus Terleka

Lihat saja di mana-mana laman sosial, rata-rata netizen yang mengikuti mana-mana selebriti mahupun artis pastinya akan sentiasa mencari kesalahan untuk digunakan sebagai modal bagi mengecam dan menghina mereka.

Lihat saja tokoh usahawan Dato’ Alif Syukri, Nursajat dan ramai lagi, kehadiran mereka di sosial media sentiasa dinantikan-nantikan untuk mendapat gosip terbaru tentang mereka. Malahan ada sesetengah netizen yang mulut puaka dengan mudah melontarkan kecaman yang lucah dan kurang ajar kepada mereka.

Namun tidak kurangnya, sesetengah individu yang sangat positif hingga sentiasa menyokong apa-apa kejahilan yang dibuat sesetengah selebriti sehinggakan perkara yang tidak baik itu dianggap sebagai perkara biasa.

Walaupun setiap orang mempunyai hak untuk menjalani hidup mereka, dan jika kita tidak mampu untuk membenci atau membetulkan mereka, cukuplah dengan menjauh diri dan tidak menyokong kejahilan yang dilakukan supaya si pelaku tidak berasa selesa dengan kesalahan yang dibuat.

Sokongan yang dilakukan oleh netizen seperti mengecam mana-mana individu yang menasihati seetengah selebriti dilihat akan memburukkan lagi keadaan dan menghanyutkan selebriti ini untuk terus menerus melakukan apa yang mereka ingini sesuka hati walaupun melampui batas agama dan budaya.

 

Sokong Perubahan, Jangan Hina Berterusan

Dalam ramai yang gembira dengan perubahan pasangan ini, tidak kurang juga mulut-mulut puaka yang mengecam perkahwinan mereka.

Ada yang mendakwa kononya ini hanyalah lakonan dan dibelakang mereka masih mengamalkan kehidupan seperti dulu.

Wajarkah netizen-netizen terus mengecam mereka sedangkan mereka ingin menuju kearah perjalanan kehidupan yang lebih baik?

Cukuplah dengan budaya kecam mengecam yang tidak ada penghujungnya ini, belajar lah meghormati orang lain dan mendoakan yang terbaik untuk mereka. 

Jangan sampai kena batang hidung sendiri baru nak menyesal.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pendapat anda tentang isu ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN