Semalam, tular di media sosial mengenai gambar seekor gajah yang dimandikan dengan kunyit di Zoo Negara oleh kakitangan terlatih.

Gambar tersebut bagaimanapun menerima pelbagai reaksi netizen di media sosial yang rata-ratanya mengeluarkan komen mencuit hati.

Tidak kurang juga, ada yang terkejut dengan tindakan kakitangan zoo melumurkan gajah dengan serbuk kunyit  Adabi kerana mungkin sebelum ini mereka tidak pernah melihat kunyit digunakan untuk memandikan haiwan.

Bagaimanapun, kaedah melumurkan kunyit pada badan haiwan itu sebenarnya sudah lama dipraktikkan di India untuk tujuan merawat kulit gajah dan haiwan yang lain.

 

Jangan Ingat Kunyit Hanya Digunakan Untuk Mengoreng

Sumber: mStar

Mungkin ramai di antara kita menganggap bahawa kunyit hanya digunakan untuk menggoreng makanan dan dijadihan antara bahan masakan sahaja bukan?

Tetapi sebenarnya, serbuk kunyit juga boleh digunakan untuk merawat masalah kulit dan dijadihan bahan perubatan untuk haiwan.

Jadi, jangan pula terkejut apabila melihat haiwan dilumur dengan kunyit di seluruh badan kerana ia salah satu teknik untuk merawat luka kecil dan gigitan serangga pada kulit haiwan berkenaan.

Jika kita sering pergi ke Zoo, kita akan perasan banyak serangga sering menghinggap kulit binatang seperti ini yang pastinya boleh memberi ketidakselesaan pada mereka.

Sumber: Aimanabdullah.com

Selain dari membersih dan menjirus kulit mereka menggunakan air, teknik melumur kunyit pada badan mereka juga boleh bertindak sebagai antiseptik dan pemulih kulit yang baik dengan bahan semulajadi.

 

 

 

Popular Untuk Merawat Masalah Kulit

Apa yang dilakukan oleh pihak Zoo Negara itu bukanlah sesuatu yang baru, malah kunyit sememangnya popular dan digunakan sebagai bahan penjagaan kulit sejak zaman nenek moyang kita lagi!

Sumber: OHSEMPOI.com

Maka, tidak hairanlah saintis Barat giat meneroka khasiat kunyit ini memandangkan tumbuhan ini mempunyai 1,001 khasiat bagi merawat pelbagai masalah kulit serta mengembalikan kecantikan luaran serta dalaman seseorang itu juga.

Mana tidaknya, kunyit ini nampak biasa sahaja tetapi yang sebenarnya ia mengandungi pelbagai zat yang diperkaya dengan Vitamin C selain bahan antiseptik yang dapat mencegah radang kulit akibat jerawat atau luka.

Selain itu, kunyit juga dapat memperbaiki kulit yang rosak akibat terdedah di bawah pancaran matahari.

Sumber: beautynesia.id

Jadi, apabila kita kerap mengamalkan penggunaan kunyit dalam kecantikan, anda pasti dapat melihat keberkesanannya yang mana ia akan menjadikan kulit lebih bersih dan mulus.

Hebat betul khasiat kunyit ini bukan?

 

Kebaikan Dan Kelebihan Kunyit

Bila bercakap mengenai kunyit, banyak sebenarnya khasiat yang terkandung di dalamnya yang boleh digunakan untuk kecantikan selain merawat masalah kulit.

Sumber: AFP

  1. Basmi Sel Kulit Mati

Dengan menggunakan kunyit, ia dapat membantu anda dalam pengelupasan sel kulit mati. Ianya lembut dan menepati setiap jenis kulit tanpa menyebabkan iritasi. Selain itu, skrub yang mengandungi kunyit juga merupakan pilihan yang tepat untuk merawat masalah sel kulit mati yang bertompok di muka.

  1. Merawat Masalah Jerawat

Dalam cuaca yang tidak menentu ada kalanya kulit juga tidak dapat bernafas dengan baik. Bagi kulit yang sensitif dan mudah terdedah pada jerawat, anda boleh sapu kunyit pada bahagian yang dinaiki jerawat. Kunyit bukan sahaja boleh menghapuskan bakteria dan kuman namun juga dapat mengelak pertumbuhan jerawat yang baru.

Sumber: AFP

  1. Melembutkan Kulit Tumit Kaki

Bagi mereka yang mempunyai masalah tumit kaki merekah, berkerak, kering dan keras, anda juga boleh sapukan kunyit pada tumit kaki. Caranya, campurkan serbuk kunyit dengan minyak kelapa dan sapukan pada kulit yang merekah pada tumit kaki. Sapu rata agar ia dapat meresap pada kulit yang kasar. Biarkan ia serap anggaran 10-15 minit dan bilas dengan air, cuci bersih.

  1. Atasi Masalah Kunyit Berminyak

Mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak juga boleh menggunakan kunyit untuk mencegah minyak berlebihan pada bahagian sebum pori-pori kulit.

  1. Cegah Pigmentasi

Diperkaya dengan bahan antioksida yang penting untuk kembalikan kulit yang normal. Kesan antiradang dan antipseptik yang hadir dalam kunyit ternyata dapat mencegah masalah pigmentasi dan sekaligus menyejukkan kulit yang sering terdedah pada pancaran matahari yang berbahaya.

  1. Hapus Kedutan

Untuk mengekalkan keanjalan dan seri pada muka, kunyit dapat melambatkan proses penuaan dan menghapuskan kedutan. Caranya, dengan membuat masker wajah, mencampurkan sedikit kunyit bersama dengan parutan timun. Lakukan sekali setiap minggu dan lihatlah keberkesanannya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Selepas membaca artikel ini, adakah anda percaya bahawa kunyit itu sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat yang bukan sahaja baik untuk tujuan kecantikan tetapi juga untuk merawat masalah kulit?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN