Source: Facebook

Kecoh di media sosial apabila satu kejadian yang dirakam melalui rakaman litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak Petron di Setia Alam melibatkan Lando Zawawi Vrus atau nama sebenar beliau Azlan Sani Zawawi yang memarahi pekerja warga asing di stesen berkenaan kerana difahamkan pekerja berkenaan memerahi Lando menyakan rokok di kawasan stesen minyak berkenaan.

Lando ini merupakan pengasas Brotherhood adalah kumpulan aktivis di mana mereka akan memastikan hak pengguna jalan raya terpelihara. Fokus mereka adalah memastikan jalan raya dalam keadaan selamat terutama jika jalan itu berlubang.

Tetapi tindakan kurang bijak Lando itu mendapat perhatian netizen yang menyalahkan Lando menyalakan api rokok di dalam kawasan stesen minyak. Namun, Lando tampil menjelaskan perkara itu bersama pekerja warga asing itu di stesen berkenaan.

 

Siapa Salah?

Sumber: KL Viral

Pekerja Petron itu dikatakan perasan dari luar bahawa Lando sedang menyalakan rokok dan dia dikatakan bertindak agresif dengan menjerit di luar kereta Lando.

Apa yang mengejutkan Lando adalah pekerja itu mengangkat pemadam api serta menarik picu keselamatan dan berkata akan menyembur ke arah Lando sebab dia membakar rokok di kawasan Petron walaupun dalam kereta.

Lando pula jelaskan bahawa apa yang dia buat tidak salah kerana walaupun dia berada dalam perkarangan Petron, dia menyalakan rokok di dalam kereta bukan di luar kereta dan niat dia nyalakan rokok sebab dia akan terus beredar.

Sumber: KL Viral

Pengurus stesen minyak terbabit, William Tsang tampil menjelaskan tuduhan yang dilemparkan terhadap pekerjanya tidak benar.

Katanya, pekerja yang dikenali sebagai Loius itu tiada niat untuk mencederakan Lando seperti yang didakwa sebaliknya beliau hanya memegang pemadam ap, malah tanpa membuka pin keselamatan sebagai persediaan awal sekiranya berlaku kebakaran.

Pengurus tersebut juga mendakwa berdasarkan maklumat dari pelanggan ketika itu, Lando merokok sambal mengeluarkan tangan dari tingkap kereta.

Dari apa yang berlaku dan penjelasan yang diberikan, ia tidak menjelaskan Lando adalah betul.

Merokok dan penggunaan telefon bimbit adalah dilarang keras ketika berada dimana-mana stesen minyak. Tanda amaran rokok juga ditampal pada setiap pam dan Lando jelas melanggar Peraturan Kawalan Tembakau (2017) yang menetapkan merokok dilarang sama sekali di stesen minyak.

Peranan Individu

Sumber: Jakarta Kita

Umum juga mengetahui risiko yang bakal terjadi jika terdapat bahan pencetus kebakaran di sekitar premis berkenaan seperti beberapa kes yang berlaku beberapa tahun lalu yang menyebabkan kebakaran kenderaan ketika berada di stesen minyak.

Jika dilihat semula dalam kes ini sepatutnya pengguna stesen minyak lebih peka dengan undang-undang dan peraturan yang ditampal di setiap stesen pam untuk menjamin keselamatan diri sendiri dan pengguna lain.

Namun, adakah sepatutnya pihak stesen minyak memberi peringatan terlebih dahulu sebelum ‘menyerang’ pelanggan seperti yang dilakukan oleh pekerja berkenaan?

Apa yang penting, seharusnya pengguna dan pekerja mengetahui peranan masing-masing supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

Wajarkah tindakan Lando terhadap pekerja warga asing ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN